Sambut Halloween 'Day Of The Dead' di Sunway Lost World Of Tambun, Ipoh



Assalamualaikum dan salam sejahtera


Entri kali ini aku nak kongsi dengan anda semua pengalaman Halloween pertama aku. Aku nak tegaskan bahawa sambutan ini bukanlah kepercayaan atau terus akidah aku terpesong dan sebagainya tetapi sebagai salah satu cara mengenali budaya dan keunikan orang lain. Aku masih Islam ya selepas balik daripada sambutan ni.

Berbalik kepada tajuk asal, sebelum ini aku dan cerita di bahagian pertama iaitu tentang Pengalaman Pertama Kali Ke Sunway Lost Word Of Tambun. Di artikel itu aku ceritakan apa yang aku buat di hari pertama dan juga apa yang menarik di Sunway Lost World Of Tambun. Untuk bahagian ketiga ini aku nak kongsi apa yang dilakukan dari awal sehingga ke akhir bagi sambutan Day Of The Dead yang aku dan rakan-rakan lalui.

Sewaktu berjalan-jalan sekitar Sunway Lost World Of Tambun di waktu siang, kami melalui kawasan dan melihat persiapan dan banner untuk acara tersebut.

Pada waktu malam lebih cantik ya!

Baiklah, bersambung daripada artikel sebelum ini, selepas sahaja berehat di hotel, pada jam 6 petang kami disuruh ke pintu masuk Sunway Lost World Of Tambun untuk mendaftar untuk acara malam tersebut. Pada awalnya aku macam pelik kenapa nak kena turun awal sebab acaranya waktu malam.


Ya, sangkaan aku salah! Acara yang pertama untuk Day Of The Dead ini adalah Body Painting! Bukanlah painting pada seluruh badan, tetapi perlu mengikut peraturan yang ditetapkan. Untuk mereka yang mempunyai alergik kulit tu, mungkin tak digalakkan.

Proses mengecat muka dan tangan!

Body painting yang aku pilih hanyalah di bahagian dahi sahaja.


Sementara menunggu rakan-rakan media lain siap untuk dicat, kami diberikan darah untuk diminum! Memang lepas minum terus jadi drakula. Haha. Takdelah, minuman biasa, tetapi warna merah dan bungkusannya sama seperti bungkusan darah di hospital.

Menaiki kenderaan (keretapi?) bersama dengan Kak Sha, Nad, abang-abang SWATV


Untuk pengetahuan anda, untuka cara Day Of The Dead dijalankan di Luminous Forest yang merupakan salah satu tarikan menarik di dalam Sunway Lost World Of Tambun. Nak tahu kenapa?

Laluan masuk ke dalam Luminous Forest.

Kena berhati-hati ketika berjalan di atas laluan ini, kerana ianya terapung atas air, dan terumbang ambing. Hanya beberapa orang sahaja yang dibenarkan untuk berada di laluan ini dalam satu-satu masa.

Salah satu tangga yang terdapat di dalam Luminous Forest. Sangat cantik!

Antara yang menarik di dalam Luminous Forest.

Replika kubur

Aku juga sempat bergambar dengan salah satu hantu yang ada di dalam Luminous Forest ni.

Kubur lagi.

Laluan yang sama seperti imej ketiga.

Setelah selesai melalui kawasan hutan, mendaki bukit, naik tangga, turun tangga, jumpa hantu, bergambar dengan hantu, kemudian kami ke kawasan yang dikhaskan untuk makan malam. Dekat kawasan ini juga ada aktiviti lain seperti membuat patung hantu DIY dan juga game. Tapi aku lupa nak ambil gambar sebab teruja dengan makanan. #lapar

Makanan pada malam tersebut.

Makan sambil ditemani dengan tengkorak.


Kemudian ada ucapan daripada beberapa orang VIP dan VVIP dan juga persembahan daripada hantu-hantu ini. Bila lagi nak tengok hantu menari depan mata kan? Aku sempat merakam video, kalau nak tonton boleh lihat di Instagram ya. @aerill_hassan

Jadi itulah pengalamannya. Kalau nak tahu lebih lanjut tentang perayaan ini, tentang tema dan sebab, berapa harga dan sebagainya boleh baca artikel yang aku tulis di PROJEKTRAVEL.COM

------------


Sebelum turun daripada hotel ke Sunway Lost World Of Tambun, kami diberitahu akan mempunyai masa dalam 2 jam untuk mandi manda selepas acara Day Of The Dead. Alhamdulillah, aku sememangnya membawa pakaian untuk ditukar selepas selesai acara tersebut.

Persembahan 'makan api'.

Aku agak terkilan sebenarnya. Sebab tak dapat nak ambil gambar ketika mandi. Memang  seronok sebab suasana ketika malam dan siang sangat berbeza. Banyak juga kolam yang aku dan rakan media terokai termasuklah kolam air panas, panas yang suam dan juga panas yang panas. Haha.

Selesai mandi.

Selesai mandi, lebih kurang jam 10.30 malam macam tu, kami semua pulang ke bilik hotel masing-masing untuk berehat selepas penat mandi manda. Memang seronok sebab aku tak pernah mandi di mana-mana taman tema air. Sedih kan? Haha. Family aku semuanya pernah pergi di beberapa tempat. Aku belum pernah sebab masa family aku pergi dulu, aku berada di asrama.

Apa-apapun pengalaman kali ini sangat menarik sebab dapat rasai sesuatu yang baru. Nak tahu pasal hotel tak? In shaa Allah aku akan tulis tentang hotel dan juga perjalanan pulang. Nantikan artikel berikutnya.

Terima kasih diucapkan kepada Projek Travel dan juga Sunway Lost World Of Tambun kerana memberi peluang dan pengalaman yang sungguh indah dan menyeronokkan.

35 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


  1. mantap la bloggers. boleh jalan2 lost world. ni kene buat vlog, tambah lagi mantap hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha, vlog tak berapa nak reti lagi. equipment yg ada pun mcm tak sesuai :)

      Delete
  2. wah bestnya.. jangan hantu tu ikut balik rumah sudahlah..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. risau jugak sebenarnya haha sebab saya masa dkt LWOT tu stay bilik sorang2 haha :)

      Delete
  3. Replies
    1. mmg best and hantunya tak menakutkan. bagi saya tak seram :)

      Delete
  4. seram lah jugak sebenarnya tengok prop semua tu. haha

    ReplyDelete
  5. This looks really fun. I am tempted to go there with my family. This reminds me of the cartoon Coco. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes exactly! i remember that cartoon and i think it's the same :)

      Delete
  6. Eiiii idak la saya tergamak nak minum air tu sebab imagine darah la pulak. Pasti seram je ke sini ye?. Tema sana sini hantu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha, saya minum jugak sebab tau apa kandungan airnya. masih ada perbezaan dengan darah sebenar ;)

      Delete
  7. Wow!!!!!!! Menarik dan meriah. Good post. Have a good day and take care.

    ReplyDelete
  8. Bestnya theme dia tahun ni. Air darah tu pun menarik and fun sbb dia betul2 nampak mcm darah haha. Boleh la pergi ni. Thanks for sharing

    ReplyDelete
    Replies
    1. jemput pergi ya. air darahnya rasa macam darah tau! haha tkde lah rasa air biasa je.

      Delete
  9. Siapa yang minat dengan suasana suspen mcm ni boleh la ke Lost World of Tambun ni...

    ReplyDelete
  10. Makan pon tengkorak teman ea. Hehe.. Best apa event camni. Suka2 je kan. Tak salah pon. Air darah tu rasa sirap ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang best event ni. haha air darah tu rasa manis sirap. :)

      Delete
  11. Perghhh bulan ni mmg bulan Halloween eh.. Anak pun asyik nak ber Halloween... Trick or treat la apa la... Mama dia plak lambat pick up apa dia tu...
    Air dalam pek mcm Sarah kt Spital tu Air sirap ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha, selalu nampak dalam filem halloween budak2 selalu buat mcm tu. ya air sirap2 manis je. :)

      Delete
  12. Meriahnya sambutan hallowen kat sini. Teruja tengok. Suka dengan aktiviti yg disediakan oleh pihak lowt setiap tahun

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang meriah. saya pun suka dengan tema kali ni. lain daripada yg lain :)

      Delete
  13. Seram pulak tengok tengkorak atas meja. Hmm banyak kali fikir juga kalau nak ke sini. Tapi paling best bawak member datang sini la kan. Boleh luangkan masa sama-sama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ramai-ramai takdelah seram sangat. Satu lagi tema kali ni pun tak seram. Lebih kepada meraikan kematian haha.

      Delete
  14. Hahaha hamboi letak disclaimer awal2 dia masih Islam kat atas. Tak salah saja nak tengok2 budaya orang luar jangan disambut dijadikan budaya sendiri je.

    Lagipun seronok tengok colourful mcm ni. Glow in the dark lagi~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha, sebab bukan boleh zaman sekarang ni, mesti kena buat disclaimer sebelum dikecam haha.

      Delete
  15. Luminous forest tu cantik! Day of the dead ni rasanya sambutan orang Mexico. Dalam movie kartun Coco cerita pasal ni. Tengkorak pun nampak cantik je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu , saya pun rasa tema yg sama dengan filem coco.

      Delete
  16. Musim Halloween sekarang ni. Tarikan untuk Tambun.. tunggu anak2 dah besar skit, boleh la nak try bercuti di Tambun.. skang ni Sunway Lagoon je yang biasa gi. Hehehe

    ReplyDelete
  17. Seronoknya Airah tak pernah lagi sambut Halloween dekat mana-mana. Tunggu baby besar sikit la next year

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh la sambut halloween di sini. atau bukan musim halloween pun boleh je :)

      Delete
  18. musim halloween ya sekarang ni, sana sini ada je event bertemakan halloween. taman tema ni saya kena tunggu anak2 besar sikit baru berbaloi bawak depa

    ReplyDelete

Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

Previous Post Next Post