Senarai Masjid Terbesar di Malaysia (2019)



Assalamualaikum dan salam sejahtera

Senarai 6 Masjid Terbesar di Malaysia

Malaysia mempunyai banyak masjid yang reka bentuknya unik, menarik dan lain daripada yang lain. Beberapa masjid terkenal di Malaysia bukan sahaja menerima kunjungan dari pelancong dalam negara, tetapi juga menarik minat pelancong dari luar negara. Oleh itu, kali ini adalah perkongsian mengenai 6 masjid terbesar di Malaysia mengikut jumlah kapasiti. Selamat membaca.

Artikel Berkaitan : [ 10 Bangunan Tertinggi di Dunia 2019 ]


SENARAI MASJID TERBESAR DI MALAYSIA

6. MASJID BANDARAYA KOTA KINABALU
MASJID BANDARAYA KOTA KINABALU
Sumber Gambar : Wikipedia

Kapasiti : 12,000

Mula dibina pada 1989 dengan beberapa kali pembinaan tertangguh, akhirnya masjid ini siap dibina dan dibuka pada tahun 2000. Masjid ini dibina dengan kos pembinaan sebanyak RM 34 juta. Reka bentuk masjid ini mengambil inspirasi daripada Masjid Nabawi, Madinah, Arab Saudi.

5. MASJID PUTRA
MASJID PUTRA
Sumber Gambar :  Lets Go Holiday

Kapasiti : 15,000

Masjid ini mula dibina pada tahun 1997 dan siap dan dibuka pada tahun 1999. Terletak berdekatan dengan pejabat Perdana Menteri Malaysia. Kos pembinaan masjid ini adalah sekitar RM 250 juta. Berhadapan dengan masjid ini terletaknya dataran yang mempunyai bendera-bendera bagi negeri di Malaysia. 

4. MASJID NEGARA
MASJID NEGARA
Sumber Gambar : The Malaysian Times

Kapasiti : 15,000

Masjid Negara ini siap pada tahun 1965 dan arkitek bagi masjid ini adalah Howard Ashley, Hisham Albakri dan Dato Baharuddin Abu Kasim. Berkeluasan sekitar 13 ekar. Masjid ini telah melalui beberapa proses pengubahsuaian pada tahun 1987. 

3. MASJID WILAYAH PERSEKUTUAN
MASJID WILAYAH PERSEKUTUAN
Sumber Gambar : Media Halal Local

Kapasiti : 17,000

Masjid ini telah dibina sekitar tahun 1998 dan 2000. Masjid ini dibuka pada tahun 2000 dan telah dirasmikan Yang di-Pertuan Agong ke 12, Tuanku Syed Sirajuddin ibni Almarhum Syed Putra Jamalulail. Masjid ini mengambil inspirasi daripada Blue Mosque di Istanbul, Turki. 


2. MASJID TUANKU MIZAN ZAINAL ABIDIN
MASJID TUANKU MIZAN ZAINAL ABIDIN
Sumber Gambar : DGPH

Kapasiti : 20,000

Masjid ini terletak di Precint 3, Putrajaya berhadapan dengan Istana Kehakiman. Pembinaan masjid ini bermula pada tahun 2004 dan akhirnya siap pada tahun 2009. Kos pembinaan masjid ini adalah sekitar RM 208 juta. Masjid ini dirasmikan oleh Yang di-Pertuan Agong ke 13 iaitu Tuanku Mizan Zainal Abidin pada tahun 2010.

1. MASJID SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH
MASJID SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH
Sumber Gambar : PHEV

Kapasiti : 24,000

Masjid ini merupakan masjid terbesar di Malaysia dan juga yang kedua terbesar di Asia Tenggara selepas Masjid Istiqlal di Jakarta, Indonesia. Masjid ini dibina pada tahun 1982 dan siap pada tahun 1988. Masjid ini juga dikenali sebagai Masjid Biru.


Begitulah kira turun dari 6 hingga 1. Dalam senarai ini, manakah masjid yang pernah anda lawati? Untuk aku sendiri, hanya 3 sahaja masjid yang pernah dilawati. Sebenarnya teringin nak pergi ke Masjid Sri Sendayan di Negeri Sembilan. Walaupun tak berada dalam senarai, tetapi ramai yang mengatakan masjid tersebut cantik. In shaa Allah suatu hari nanti bolehlah pergi.


Sekian.

3 comments:

  1. Replies
    1. in shaa Allah kalau ada rezeki ke Sabah, bolehlah solat di sana kan? :)

      Delete
  2. Nama: __ Hendi Zikri Didi
    Bandar: _______________ Melacca
    pekerjaan: _ Pemilik perniagaan
    Sebarang notis: ____ hendidi01@gmail.com

    Halo semua, sila berhati-hati tentang mendapatkan pinjaman di sini, saya telah bertemu dengan banyak peminjam palsu di internet, saya telah menipu saya hampir menyerah, sehingga saya bertemu seorang rakan yang baru saja memohon pinjaman dan dia mendapat pinjaman tanpa tekanan, jadi dia memperkenalkan saya kepada legitamate AASIMAHA ADILA AHMED LOIR FIRM, saya memohon Rm1.3 juta. Saya mempunyai pinjaman saya kurang dari 2 jam hanya 1% tanpa cagaran. Saya sangat gembira kerana saya diselamatkan daripada mendapatkan hutang miskin. jadi saya nasihat semua orang di sini memerlukan pinjaman untuk menghubungi AASIMAHA dan saya memberi jaminan bahawa anda akan mendapat pinjaman anda.

    Pusat Aplikasi / Hubungi
    E-mail: ._________ aasimahaadilaahmed.loanfirm@gmail.com
    WhatsApp ____________________ + 447723553516

    ReplyDelete

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Powered by Blogger.