Rinching Terrace ~ Lokasi Sempurna Untuk Perkahwinan Impian



Assalamualaikum dan salam sejahtera

Rinching Terrace ~ Lokasi Sempurna Untuk Perkahwinan Impian

Apa khabar rakan-rakan dan pembaca semua. Alhamdulillah, kali ini aku nak kongsikan dengan anda tentang LOKASI SEMPURNA UNTUK PERKAHWINAN IMPIAN iaitu di RINCHING TERRACE. Baru-baru ini aku berpeluang untuk menghadiri Majlis Pra Pelancaran dan Hari Terbuka Rinching Terrace ini. Jadi untuk ketahui lebih lanjut tentang Rinching Terrace dan sebagainya, teruskan membaca hingga tamat ya! 

Rinching Terrace ~ Lokasi Sempurna Untuk Perkahwinan Impian

RINCHING TERRACE ~ LOKASI SEMPURNA UNTUK PERKAHWINAN IMPIAN

Rinching Terrace merupakan lokasi persendirian yang eksklusif yang mampu memuatkan 1500 tetamu dalam satu majlis. Dilengkapi dengan kemudahan asas yang lengkap dan persekitaran yang selesa bersama pemandangan yang menakjubkan untuk pengunjung. Sejak tahun 2018, Rinching Terrace telah mengalami transformasi daripada hanya sebuah kawasan hutan yang terbiar, kepada sebuah taman subur hijau yang eksklusif, selesa dan tersendiri.

LOKASI : Terletak di antara Bangi dan Kajang, Rinching Terrace dihubungkan dengan Lebuh Raya Utara Selatan iaitu keluar melalui tol Bandar Mahkota, Bangi dan hanya 10 minit memandu dari Bangi Golf Resort.

LANDSKAP :  Kawasan yang dibangunkan ini sudah dipenuhi dengan landskap rumput asli nan menghijau dan pohon-pohon renik serta dihiasi dengan pokok-pokok tua berusia ratusan tahun. Antara pokok yang ditanam ialah pokok kemuning (orange jessamine) yang berusia lebih 100 tahun dan pokok 'tree man'. Landskap tanah bertingkat dan bercerun yang ditawarkan ini tidak terdapai dimana-mana lokasi perkahwinan di Malaysia!

Kesemua landskap ini dijangka akan siap sepenuhnya hujung Disember ini dan sudah bersedia untuk menerima tetamu mulai awal bulan Januari 2020.

LOKASI UTAMA

Rinching Terrace menawarkan tiga lokasi utama yang anda boleh pilih salah satu atau ketiga-tiganya sekali. Lokasi tersebut adalah Rinching Terrace Glass House, Khemah Agam (Marquee Tent) dan Taman Terbuka (Garden).

➤ RINCHING TERRACE GLASS HOUSE
Glass House merupakan sebuah banglo dua tingkat berdinding kaca yang berfungsi sebagai dewan utama dan mampu memuatkan 250 tetamu dalam satu majlis. Uniknya banglo ini ialah ia kelihatan seperti satu tingkat dari pandangan hadapan tetapi jika dipandang dari sisi belakangnya, sebenarnya ia mempunyai tingkat bawah menghadap ke arah taman.

Rinching Terrace ~ Lokasi Sempurna Untuk Perkahwinan Impian

Glass House menampilkan dekorasi ringkas dann moden. Lampu chandelier bulat diletakkan di ruang tengah bagi memberikan kesan mewas dan diimbangi dengan penataan lampu-lampu LED yang ringkas di seluruh silingnya.

Rinching Terrace ~ Lokasi Sempurna Untuk Perkahwinan Impian

Bertentangan dengan pintu masuk, sebuah pelamin tersergam indah untuk meraikan kehadiran tetami. Istimewanya pelamin ini, latar belakang dinding kaca tidak ditutup. Rinching Terrace Glass House juga dilengkapi dengan sistem penataan cahaya dan bunyi untuk memberikan kesan lebih dramatik.

Di tingkat bawah Glass House ini terdapat dua buah bilik iaitu bilik pengantin dan bilik rehat. Terdapat juga tandas lelaki dan perempuan serta surau untuk para tetamu.

Rinching Terrace ~ Lokasi Sempurna Untuk Perkahwinan Impian


➤ KHEMAH AGAM [ MARQUEE TENT ]
Khemah agam terletak di sebelah kiri Glass House dan bertentangan dengan Taman Terbuka. Khemah ini dikhaskan untuk para tetamu menikmati juadah yang disediakan sewaktu majlis berlagsung dan mampu memuatkan 400 tetamu dalam satu masa.

Rinching Terrace ~ Lokasi Sempurna Untuk Perkahwinan Impian

Secara umumnya, majlis akan berlangsung serentak iaitu di dalam khemah untuk para tetamu dan Glass House untuk acara makan beradap dan bersanding. Bagaimanapun tidak menjadi halangan untuk anda memasang pelamin di sini. 

Dari khemah ini, anda boleh menyusuri trek sebelum menuruni tangga untuk ke Taman Terbuka berhampiran.

➤ TAMAN TERBUKA (GARDEN)
Lokasi di bahagian belakang Khemah Agam dan Glass House, taman terbuka ini memberikan impak suasana persis alam hijau nan damai lagi mengasyikkan, sesuai untuk majlis perkahwinan atau sebarang acara keraian.

Rinching Terrace ~ Lokasi Sempurna Untuk Perkahwinan Impian


Ruang taman terbuka ini mampu memuatkan sehingga 1000 tetamu dalam satu majlis dan anda boleh mengadakan majlis tanpa mengira waktu sama ada siang ataupun malam. Turut disediakan ialah sebuah binaan pentas kekal sebagai tapak pelamin atau untuk acara lain.

Rinching Terrace ~ Lokasi Sempurna Untuk Perkahwinan Impian

Rinching Terrace ~ Lokasi Sempurna Untuk Perkahwinan Impian

Rinching Terrace ~ Lokasi Sempurna Untuk Perkahwinan Impian


PAKEJ LENGKAP DAN MENARIK

Bahagian yang paling ditunggu-tunggu pastinya adalah pakej yang ditawarkan! Di Rinching Terrace, pakej yang ditawarkan lengkap dengan lokasi, katererpelamin,persalinan pengantin dan fotografi. Yang penting, anda tidak perlu mencari pakej lain, kerana pakej yang ditawarka sudah lengkap!

Tiga pakej yang ditawarkan istimewa untuk para pelanggan Rinching Terrace :-

✨ Pakej Silver = Marquee Tent Only RM 38,800 untuk 1000 tetamu
✨ Pakej Gold = Glass House & Marquee Tent (2 Halls) RM 44,800 untuk 1000 tetamu
 Pakej Platinum = Glass House & Marquee Tent (2 Halls) RM 51,800 untuk 1000 tetamu dengan lebihan menu dan pelamin serta busana eksklusif dan terbaru.


RAKAN KERJASAMA
Rinching Terrace ~ Lokasi Sempurna Untuk Perkahwinan Impian

Untuk makluman anda, Rinching Terrace hanya berkerjasama dengan rakan niaga yang terbaik sahaja di dalam industri perkahwinan dan pengurusan acara ini. Bagi memastikan urusan majlis anda terjamin, Rinching Terrace telah melantik tiga rakan rasmi eksklusif iaitu Afkar (arkar_katering), Miezipro (miezipro) dan SASES (sases.official).

Mereka telah berkecimpung dalam industri perkahwinan dan begitu terkenal dengan reputasi servis mereka yang terbak dan telah berpengalaman menjayakan acara yang melibatkan ramai VVIP. Jadi, jangan bimbang dan risau, hari istimewa anda akan dirusukan mereka yang professional.


MAJLIS PRA PELANCARAN DAN HARI TERBUKA

Pada hari pembukaan, Rinching Terrace telah mengadakan sebuah prebiu eksklusif kepada rakan media/blogger, pelanggan korporat, rakan kongsi strategik dan orang ramai. Kami (media dan blogger) diberi penerangan terperinci berkenaan konsep dan kemudahan yang disediakan di Rinching Terrace dan dibawa melawat ke kawasan sekitar.

Rinching Terrace ~ Lokasi Sempurna Untuk Perkahwinan Impian

Sambil tetamu menikmati suasana keraian dan melawat ke sekitar taman, tetamu dan media juga bertuah kerana dapat menyaksikan pameran koleksi persalinan pengantin oleh rakan butik pengantin rasmi, SASES. Sambil duduk santai, tetamu juga dihidangkan dengan juadah pengantin yang sangat menyelerakan oleh rakan katerer rasmi, Afkar. Momen-momen penting dan indah ketika majlis pra pelancaran ini telah dirakam oleh rakan fotografi rasmi, Miezipro.

Rinching Terrace ~ Lokasi Sempurna Untuk Perkahwinan Impian

Rinching Terrace ~ Lokasi Sempurna Untuk Perkahwinan Impian

Rinching Terrace ~ Lokasi Sempurna Untuk Perkahwinan Impian

Rinching Terrace ~ Lokasi Sempurna Untuk Perkahwinan Impian

Rinching Terrace ~ Lokasi Sempurna Untuk Perkahwinan Impian

Rinching Terrace ~ Lokasi Sempurna Untuk Perkahwinan Impian

RINCHING TERRACE WEDDING & EVENTS

➽ TELEFON : PUAN MIRA : 019 390 8527
➽ ALAMAT : Rinching Terrace, Riching Hilir, 43500, Kajang, Selangor.
➽ EMAIL : rinchingterrace@gmail.com
➽ IG : rinchingterrace
➽ WAZE : Rinching Terrace Weddings & Events


#rinchingterrace  #rtwedding #rtglasshouse rtgardenwedding

Sekian

13 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


  1. satu pilihan lokasi yang sangat menarik untuk meraikan majlis perkahwinan khasnya buat orang2 sekitar kajang, Bangi dan Semenyih kan :)

    ReplyDelete
  2. Yg da kwin klu nk kwin lgi boleh x??hahaa..btw lokasi die strategik..xsusah pn nk cari klu da kuar hway bndar mhkota msti jmpa..buat wedding konsep garden msti cantikk..

    ReplyDelete
  3. Dah ada lokasi, so bila Aerill nak share kad jemputan nie? Apakah warna temanya? Rawlins nak prepare sesiap hehe

    ReplyDelete
  4. Such a beautiful wedding location, those who are looking for a garden wedding can go for it.

    ReplyDelete
  5. wah cantiknya tempat dia. siapa yg buat majlis perkahwinan kat sini memang senang semuanya diuruskan oleh Rinching Terrace. nice sharing :)

    ReplyDelete
  6. Oh. Cantik jgk lokasi rinching terrace ni. Suasana wedding di taman. Kalau buat belah malam pon nice ni

    ReplyDelete
  7. Luas nya kalau 1500 tetamu boleh muat. Dah laaa cantikkkkk sekali pakej photografi, pelamin semuaaa 😍😍 Kena kumpul duit ni hehe

    ReplyDelete
  8. Khemah agam tu oklah sebab boleh memuatkan lebih ramai tetamu. Kalau open garden tu, takot hujan. hehe. Macam mana dengan makanan katering dorang, sedap tak?

    ReplyDelete
  9. Sebuah perkahwinan akan menjadi indah dan glam jika kewangan mengizinkan. Segalanya sudah diatur. Menarik lokasi ni jika berada di kawasan sana.

    ReplyDelete
  10. Menarik tempat wedding. Siap ada 3 tempat untuk dipilih. Luas betul kawasan dia

    ReplyDelete
  11. Bestnya kita banyak tengok tempat perkahwinan yang menarik dan juga service terbaik tapi tu lah kita calon pun tak ada lagi heheh moga Allah bagi kita peluang untuk bekerluaga dan di temukan jodoh yang baik-baik...

    ReplyDelete
  12. Bila ada pakej macam ni..tak pening dah bakal pengantin nak buat persiapan. Semua serba lengkap cuma kena sediakan ongkos ikut bajet sendiri. Jangan ter'over bajet pulak

    ReplyDelete
  13. Terraced houses are universal in huge numbers of our towns and urban areas and hope to offer incredible worth.WPC Terrassendielen

    ReplyDelete

Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

Previous Post Next Post