Tubing, Flying Fox dan Abseiling di Teratak Riverview Ulu Bernam



Assalamualaikum dan salam sejahtera

Tubing, Flying Fox dan Abseiling di Teratak Riverview Ulu Bernam


Apa khabar pembaca dan rakan-rakan semua? Alhamdulillah, hari ini anda diberi peluang sekali lagi untuk membaca perkongsian aku yang terbaru.  Masih lagi artikel berkenaan tempat menarik dan aktiviti-aktiviti menyeronokkan yang anda boleh lakukan di Daerah Hulu Selangor. Sebelum ini aku dah kongsikan tentang aktiviti Paragliding di Kuala Kubu Bahru. Anda boleh lihat dan baca artikel tersebut di : - Paragliding Kuala Kubu Bahru.

Kali ini aku nak kongsikan pula aktivit menarik dan lasak seterusnya yang anda boleh dapat di Daerah Hulu Selangor iaitu di Teratak Riverview Ulu Bernam. Teratak Riverview merupakan sebuah resort berhadapan dengan Sungai Bernam. Sesuatu yang unik adalah sungai ini merupakan sempadan antara Perak dan Selangor.

 Resort ini mempunyai pelbagai kemudahan seperti :-
➤ Chalet
➤ Tempat Perkhemahan
➤ Asrama
➤ Dewan
➤ Surau

Antara aktiviti-aktiviti menarik yang tersedia di sini adalah seperti :-
😊Tubing
😊Water Confident
😊Rentas Halangan
😊Flying Fox
😊Abseiling
😊Tempat Berbasikal
😊Paintball
😊Jungle Trekking & Night Walk
😊Kem Motivasi & Ceramah
😊Hari Keluarga 

Alhamdulillah, kami semua diberi peluang untuk menyertai dan melakukan tiga aktiviti utama iaitu Abseiling, Flying Fox dan juga Tubing. Jadi, aku akan cerita lebih terperinci tentang aktiviti ini di bawah ya!
-------

PERJALANAN MASUK  KE TERATAK RIVERVIEW

Tubing, Flying Fox dan Abseiling di Teratak Riverview Ulu Bernam

Disebabkan bas yang membawa rombongan kami sepanjang trip ni tak dapat masuk melalui jalan kampung yang kecil, beberapa buah kenderaan 4WD membawa kami dari jalan masuk, terus ke Teratak Riverview ini.

Tubing, Flying Fox dan Abseiling di Teratak Riverview Ulu Bernam

Pada mulanya aku ingatkan bahawa kami semua akan diberhentikan di hadapan pintu Teratak Riverview itu sahaja, rupanya terus dibawa menyeberangi sungai kemudian ke tempat mereka iaitu geng 4WD berlatih memandu kenderaan.

Tubing, Flying Fox dan Abseiling di Teratak Riverview Ulu Bernam

Tubing, Flying Fox dan Abseiling di Teratak Riverview Ulu Bernam

Tubing, Flying Fox dan Abseiling di Teratak Riverview Ulu Bernam

Pengalaman pertama aku menaiki 4WD dan menyeberangi sungai! Memang teruja, seronok bila kenderaan yang kita naik terpusing-pusing, bergerak ekstrem ke kiri kanan, rasa macam dalam video game pulak! Haha.

MAKAN TENGAHARI

Tubing, Flying Fox dan Abseiling di Teratak Riverview Ulu Bernam

Lepas sahaja sesi menaiki 4WD, kami semua terus makan tengah hari di pondok yang disediakan. Alhamdulillah,menu makanan ala kampung memang sangat sedap!

Tubing, Flying Fox dan Abseiling di Teratak Riverview Ulu Bernam

ABSEILING
Aktiviti pertama yang dijalankan adalah abseiling. Apa itu abseiling? Mengikut wikipedia : the sport or activity of descending a rock face or other near-vertical surface by using a doubled rope coiled round the body and fixed at a higher point.

Kalau dalam bahasa melayunya aktiviti menuruni cerun hampir 90° atau tepat 90° dengan menggunakan tali. Seingat aku, rasanya aku pernah buat aktiviti yang sama masa kem kepimpinan ketika aku darjah 6, bermakna  12 tahun yang lalu, aku pernah buat aktiviti ini.

Tubing, Flying Fox dan Abseiling di Teratak Riverview Ulu Bernam

Seperti biasa, sebelum apa-apa aktiviti, pastinya ada penerangan daripada mereka yang bijak pandai dalam aktiviti ini. Panduan dan hal-hal berkaitan keselamatan juga turut diberi penerangan supaya semua yang menyertai jelas dengan apa yang bakal berlaku.

Tubing, Flying Fox dan Abseiling di Teratak Riverview Ulu Bernam

Kali ini aku bukan hanya memakai peralatan sahaja seperti di artikel Paragliding di Kuala Kubu Bahru , tetapi aku dapat lakukan aktiviti jugak! 

Tubing, Flying Fox dan Abseiling di Teratak Riverview Ulu Bernam

Perasaan semestinya gementar, tapi macam biasa, aku buat cool sahaja. [ Dalam hati memang berdebar habis ] Tapi aktiviti ni tak lama, beberapa saat sahaja tup -tup dah sampai bawah. Ada beberapa teknik juga yang diberitahu yang boleh diguna pakai ketika turun.

Tubing, Flying Fox dan Abseiling di Teratak Riverview Ulu Bernam
Ketinggian dari atas hingga ke bawah.

FLYING FOX
Aktiviti seterusnya adalah FLYING FOX. Apa itu flying fox? Untuk mereka yang tak tahu , flying fox adalah  :-

Flying Fox, also known as Zip Line, is the famous adventure activity for fun and thrill. You are harnessed and attached on wire rope with the help of pulley at the higher end and then slide free fall on that wire rope.

Kalau dalam bahasa lebih mudah, aktiviti dimana anda akan dihayunkan dari satu titik yang tinggi ke satu titik lain dengan memegang wayar atau tali. Seingat aku, aku tak pernah lagi buat aktiviti seperti ini seumur hidup. Ini adalah pengalaman pertama ya!

Tubing, Flying Fox dan Abseiling di Teratak Riverview Ulu Bernam

Selain perasaan takut dan gayat, sememangnya memang agak gerun sebelum menaiki atau sebelum melakukan aktiviti ini. Sebab memang tempat mulanya sangat tinggi. Macam yang diberitahu di awal artikel ini, tempat mulanya adalah di negeri Selangor manakala di penghujungnya adalah negeri Perak.

Tubing, Flying Fox dan Abseiling di Teratak Riverview Ulu Bernam
Tempat akhir untuk flying fox.

Tubing, Flying Fox dan Abseiling di Teratak Riverview Ulu Bernam
Tempat bermulanya aktiviti Flying Fox.

Tubing, Flying Fox dan Abseiling di Teratak Riverview Ulu Bernam

Apa yang menariknya adalah, kita dapat melihat pemandangan sekitar kawasan ini yang begitu cantik, dengan langit yang membiru penuh dengan awan cantik. Sangat indah hari tersebut. Alhamdulillah, atas kurniaan Allah S.W.T.

Tubing, Flying Fox dan Abseiling di Teratak Riverview Ulu Bernam

Tubing, Flying Fox dan Abseiling di Teratak Riverview Ulu Bernam

Sempat juga berselfie bersama Dboy dan Kak Nana sebelum melakukan aktiviti seterusnya.

TUBING
Aktiviti terakhir adalah Tubing. Mesti ramai yang tak tahu apa itu tubing kan? Menurut wikipedia bahasa Inggeris : -

Tubing (also known as inner tubing, bumper tubing or just tubing) is a recreational activity where an individual rides on top of an inner tube, either on water, snow, or through the air. The tubes themselves are also known as "donuts" or "biscuits" due to their shape.

Kalau dalam bahasa Melayu yang merupakan bahasa kebangsaan Malaysia, wajib dipelajari dan ditutur oleh semua rakyat Malaysia, tubing adalah aktiviti bersama dengan pelampung berbentuk donut besar, dan anda akan dibawa arus sungai, melalui arus sungai yang deras dan juga arus sungai perlahan.

Seperti flying fox, ini juga merupakan kali pertama aku melakukan aktiviti ini. Sudah lama jugak aku tak turun mandi manda di sungai. Mungkin sebab banyak kali mandi di kolam renang. Haha.

Tubing, Flying Fox dan Abseiling di Teratak Riverview Ulu Bernam

Tubing, Flying Fox dan Abseiling di Teratak Riverview Ulu Bernam

Tak ada pulak gambar ketika sedang bertubing. Yang bestnya bila kita baring di atas pelampung, dan terus mengikut arus. Ada beberapa teknik yang boleh dilakukan sekiranya kita tersesat ke bahagian tepi atau bahagian berbatu.

Tubing, Flying Fox dan Abseiling di Teratak Riverview Ulu Bernam

Jangan risau ya ketika melakukan aktiviti ini akan ada petugas yang akan menjaga ketika diwaktu perlepasan dan juga di penghujung. Serta di bahagian yang bahaya seperti batuan yang banyak, atau kawasan yang dalam. Jadi in shaa Allah keselamatan ketika melakukan aktiviti ini terjaga.

Tubing, Flying Fox dan Abseiling di Teratak Riverview Ulu Bernam

Memang tak puas jika sekali sahaja dapat buat aktiviti ini, dua kali pun sebenarnya masih tak puas.

PEMANDANGAN SEKITAR TERATAK RIVERVIEW 

Tubing, Flying Fox dan Abseiling di Teratak Riverview Ulu Bernam

Tubing, Flying Fox dan Abseiling di Teratak Riverview Ulu Bernam

Tubing, Flying Fox dan Abseiling di Teratak Riverview Ulu Bernam

Tubing, Flying Fox dan Abseiling di Teratak Riverview Ulu Bernam

Tubing, Flying Fox dan Abseiling di Teratak Riverview Ulu Bernam


PERJALANAN PULANG

Tubing, Flying Fox dan Abseiling di Teratak Riverview Ulu Bernam

Kalau ketika perjalanan datang ke Teratak Riverview ni kami menaiki kenderaan 4WD, perjalanan pulang pula kami menaiki lori! Aku dapat merasakan lori ini sebenarnya digunakan untuk membawa binatang seperti lembu, kerbau dan sebagainya. Haha.

Tubing, Flying Fox dan Abseiling di Teratak Riverview Ulu Bernam

Memang pengalaman seronok dapat naik lori ni, melalui jalan kampung. Kemudian kena mengelak dahan-dahan yang menjulur ke bahagian tengah jalan raya. Satu lagi pengalaman yang tak akan dilupakan. Oh, perjalanan pulang kami bukan pulang ke rumah sendiri ya! Perjalanan seterusnya adalah ke Dusun Bonda di Batang Kali. Nantikan artikel berikutnya.
--------

Jadi, sekian sahaja cerita dan perkongsian aku untuk kali ini. Alhamdulillah, pengalaman baru yang sangat seronok dan mengujakan. Sememangnya aktiviti-aktiviti macam ni dapat melegakan stress dan tekanan akibat kerja atau pelbagai lagi yang membelenggu kepala otak.

TERATAK RIVERVIEW ULU BERNAM

Tubing, Flying Fox dan Abseiling di Teratak Riverview Ulu Bernam
PELAN TERATAK RIVERVIEW

👉HUBUNGI :

🕿 MOHAMAD NOOR HAKIM BIN KASSIM
013 - 533 5033
🕿 NORHANAH BINTI MD NOOR
019 - 511 5033
🕿  MUHAMMAD NOOR HAZIQ BIN MOHD NOOR HAKIM
017 - 343 1346

👉PEJABAT
Lot No.10 Jalan Kemudi 2A/2, Fasa 2, Laman 1, Taman Bernam Jaya, 44100, Kerling, Selangor.

👉EMAIL : teratakriverview@yahoo.com
👉WEBSITE :  teratakriverview.blogspot.com


Sekian


 #MajlisDaerahHuluSelangor #MDHS  #BukitBatuPahat #VM2020 #VisitMalaysia2020

Artikel ini dihasilkan dari program Lawatan Produk Pelancongan @ Hulu Selangor Sempena Kempen VISIT MALAYSIA 2020 Negeri Selangor yang berlangsung dari 03 - 04 Disember 2019.

22 comments:

  1. wuishhh mencabar tu jalan nak masuk..tapi sonok boleh buat macam-macam

    ReplyDelete
  2. ya ampun menariknya x sabar tunggu anak besar buat aktiviti mcm ni

    ReplyDelete
  3. Hamboiii. Seronoknya sekali skala dapat join aktiviti lasak lagi mencabar diri ni. Tempat dia pun cantik dan tenang jer.

    ReplyDelete
  4. Sgt menarik.
    Aktiviti lasak. View hijau. Segar. Ada sungai.
    Wow! Husband aida minat ni semua. Aida yg lasak2 tu x la sgt. More to the place itself. Terbaik.

    ReplyDelete
  5. Fuhhh kecut perut gak ni nak buat aktiviti cam gini ngah. KakYa kan takut nau ngan ketinggian ni haa. Gayat aihh tinggi2 rasa2 kalau kena paksa mau nangis ni hahaha ..

    ReplyDelete
  6. Eh saya pernah Kursus team building dekat sini tahun lepas, memang banyak aktiviti boleh dibuat dekat sini semua mencabar dan perlukan kerjasama dalam pasukan. Sayanya sy tak dapat buat water rafting sebab masa tu hujan lebat dan dikuartiri ada kepala air. kalau next ditawarkan ke sini sy nak buat aktiviti tu...

    ReplyDelete
  7. Aerill, kalau kita pergi sendiri, memang diaorang akan sediakan kenderaan 4WD tu ke untuk mereka² yang nak sampai ke situ?

    Suka aktiviti² macam ni. Dengan pemandangan yang hijau, air sungaii. fuhh nikmat alam semulajadi.

    Yang pelampung macam donut tu berat tak korang pikul? 😅

    ReplyDelete
  8. Seronok juga nak buat aktiviti2 lasak kat sini. Boleh bermalam, buat aktiviti-aktiviti menarik. Tak jauh dah kay Hulu Selangor je. nak cuba flying fox.

    ReplyDelete
  9. Wow! So adventurous! Mouse mommy just thinking on my single time , mmg lasak dan join mcm2 aktiviti. Have an enjoyable trip!

    ReplyDelete
  10. Best buat aktiviti dkt sni..sebab nad pena buat fmly day kt sni..pling best mndi air sungai tue..uii sejukk sampai ke tulang..mlm tue kiteorg bakar2..

    ReplyDelete
  11. Bestnya..macam2 aktiviti korang buat. Sis kebanyakkan dah buat jugak tapi lama dah..now nak buat aktiviti mcm ni memang kena pikiq 10 kali..tenaga dah tak ada..hehehe

    ReplyDelete
  12. I used to go off road when I was younger, love these activities they seem so fun.

    ReplyDelete
  13. Selama duduk area sini. Tk pernah tahu ulu bernam ada tmpt rekreasi menarik mcm ni. Masuk sungai tubing tu best

    ReplyDelete
  14. Omg... There are so many exciting activities can be played with a group of friends

    ReplyDelete
  15. Bestnya macam macam aktiviti boleh buat kat sini. Bawak family datang sini best ni.

    ReplyDelete
  16. Bestnya dapat join mcm2 aktiviti adventure kat sini. Mesti seronok giler

    ReplyDelete
  17. Bestnya buat aktiviti gini tapi Qiss penakut. So jangan ajak tau.hehehe tapi best la kan.. jalan nak masuk pun dah mencabar sangat-sangat.

    ReplyDelete
  18. wow best yer buat aktiviti lasak ni dengan kawan2, konfem kecoh giler kan dengan semangat , plus takut dan excited.

    ReplyDelete
  19. Wuhoooo semua menakutkan for me hahaha tapi sesekali untuk lawan ketakutan apa salahnya, err

    ReplyDelete
  20. Menariknyaa! Sejak dah beranak dua ni, dah lama tak buat aktiviti adventure gini. Rindunyaa!

    ReplyDelete
  21. TB ni penakot kalau bab-bab aktiviti lasak ni.. tapi dalam hati ni pernah la teringin nak try Flying fox tu.. haha.. cuma bila dah barumur ni... takut pulak apa-apa hal.. kot pingsan atas tu.. wakakaka

    ReplyDelete

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Powered by Blogger.