Jewel In The Crown, Nikmati Masakan Citarasa India Utara



Assalamualaikum dan salam sejahtera

Jewel In The Crown, Nikmati Masakan Citarasa India Utara

Apa khabar rakan-rakan dan pembaca semua? Alhamdulillah, kali ini aku nak kongsikan dengan anda satu restoran menarik untuk anda nikmati menu-menu daripada India Utara (Northen India) yang anda boleh dapat di Kuala Lumpur sendiri! Nak tahu di mana? Pasti anda dah baca tajuk bukan? Ya, restoran tersebut dikenali sebagai Jewel In The Crown

Terima kasih diucapkan buat pihak restoran atas jemputan untuk menikmati makanan-makanan ini. Ya, aku bukanlah seorang yang rajin makan makanan yang berbeza daripada yang selalu aku makan. Boleh dikatakan menu setiap hari adalah hampir sama. Peluang yang diberikan kali ini sangat istimewa untuk aku mencuba sesuatu yang belum pernah aku makan dan pastinya unik!

Sebelum ke bahagian menu dan gambar-gambar makanan yang lazat, aku akan tunjukkan dahulu kepada anda semua suasana di dalam restoran Jewel In The Crown terlebih dahulu.

SUASANA JEWEL IN THE CROWN

Jewel In The Crown, Nikmati Masakan Citarasa India Utara

Jewel In The Crown, Nikmati Masakan Citarasa India Utara
Chandelier yang tersergam megah menjadi satu tarikan buat pengunjung.

Jewel In The Crown, Nikmati Masakan Citarasa India Utara
Pentas yang sesuai untuk pelbagai majlis juga terdapat di restoran ini.

Jewel In The Crown, Nikmati Masakan Citarasa India Utara
Ruangan restoran yang luas dah corak karpet yang menarik!

Jewel In The Crown, Nikmati Masakan Citarasa India Utara

Jewel In The Crown, Nikmati Masakan Citarasa India Utara
Lukisan potret yag menggambarkan masyarakat India.

Jewel In The Crown, Nikmati Masakan Citarasa India Utara

Suasana di restoran Jewel In The Crown ini sangat menarik dan bagaikan berada di negara India apabila semua hiasan melambangkan tradisi daripada sana. Selain itu, alunan muzik dan lagu-lagu dari negara tersebut juga menambah lagi elemen India.

MENU MAKANAN

Sekarang tibalah waktu yang dinantikan dan aku pasti akan membuatkan anda terliur! Untuk makanan yang dihidangkan kepada kami semua, terdapat tiga bahagian iaitu Starter , Main Course dan Sweet Dish.

💛STARTER💛

Hera Bhara Kebab
👆HERA BHARA KEBAB👆

Pertama kali ya aku rasa Hera Bhara Kebab ni. Salah satu menu yang sedap dan unik. Penuh dengan rasa rempah. Kalau dekat rumah, bolehlah dibuat untuk minum petang dengan family dan sebagainya.


Chicken Tikka
👆CHICKEN TIKKA👆

Yes! Siapa yang tak suka ayam kan? Tambahan pula bila nampak ayam yang dihidangkan sebegini rupa! Sebenarnya nak bagitahu juga yang ayam dan aku tak boleh dipisahkan (walaupun sebenarnya kena kurangkan ayam). Rasa Chicken Tikka ini sangat sedap. Ayamnya dimasak dengan baik! 

Fish Tikka
👆FISH TIKKA👆

Kalau tadinya ayam, kali ini adalah ikan pula. Untuk Fish Tikka ini, bagi aku rasanya sedap dan berbeza. Mungkin aku tak pernah makan ikan yang dimasak bersama rempah-rempah sebegini. Sedap juga ya! Untuk ikan pula, ada beberapa ikan sahaja yang aku boleh makan, ikan keli contohnya aku tak makan. (note untuk bakal isteri 😋)

Mutton Seekh Kebab
👆MUTTON SEEKH KEBAB👆

Satu lagi hidangan kebab iaitu Mutton Seekh Kebab. Kalau ada yang pernah ikuti beberapa review makan yang aku tulis sebelum ini pasti tahu bahawa aku tak makan daging kambing. Tapi untuk tidak menghampakan tuan punya restoran aku gagahkan diri untuk merasa secebis atau satu gigit sahaja. Alhamdulillah. Rasanya sedap, tapi macam biasa, aku tak makan daging kambing, jadi mungkin menu ini aku tak akan pesan jika ke sini lagi. ✌

💛MAIN COURSE💛

Chicken Biryani
👆CHICKEN BIRYANI👆

Siapa yang tak suka nasi biryani boleh angkat tangan? Ha, anda adalah seorang yang sangat rugi. Nasi biryani merupakah salah satu nasi yang aku suka sebab nasi ni lebih mengenyangkan berbanding nasi biasa. Chicken Biryani di restoran ini terbaik kerana semua elemen di dalam hidangan ini sangat lengkap! Ayam yang dimasak bersama dengan nasi juga sangat enak!

Fish With Coconut Gravy
👆FISH WITH COCONUT GRAVY👆

Baiklah, untuk menu seterusnya iaitu Fish With Coconut Gravy, pendapat peribadi aku adalah ia rasa seakan-akan sama dengan kari ikan yang lain. Yang berbeza mungkin jenis rempah yang digunakan which is aku tak tahu dan juga jenis ikan yang digunakan. Untuk ikan yang digunakan di restoran ini, ia sangat sedap dan penuh dengan isi (obviously). Memang sedap ditambah pula dimakan bersama dengan nasi biryani.

Mutton Rogan Josh
👆MUTTON ROGAN JOSH👆

Menu seterusnya adalah Mutton Rogan Josh. Sekali lagi menu kambing ya rakan-rakan. Seperti biasa untuk tidak menghampakan pihak yang menjemput, aku menjamah sedikit daging kambing tersebut dan seterusnya aku berikan pada rakan disebelah. Rasa kuahnya sangat sedap dengan elemen pedas yang dominan.

Garlic Naan
👆GARLIC NAAN👆

Soalan lagi untuk anda, siapa suka garlic naan? Yes, kita serupa. Kalau diberi berpuluh-puluh keping aku rasa aku boleh habiskan. Sebenarnya untuk food review kali ini, kami tidak diberi menu diawal ya. Bermakna segala menu yang dihidangkan adalah suprise! Disebabkan Garlic Naan merupakan kegemaran aku, banyak juga aku habiskan walaupun makanan-makanan lain yang banyak sudah tersusun rapi di dalam perut.

Dal Tadka
👆DAL TADKA👆

Oh ya, tidak lengkap garlic naan tanpa kuah Dal Tadka! Rasa bagi Dal Tadka sedap dan lebih unik berbanding yang boleh kita dapatkan di restoran mamak. Mungkin ada beberapa jenis rempah yang lain daripada yang lain?

Mix Vege
👆MIX VEGE👆

Satu lagi menu unik yang aku tak pernah makan sebelum ini iaitu gabungan sayuran-sayuran yang sedap dan unik di dalam satu hidangan. Daripada gambar pun anda dah boleh agak sayuran apa yang berada dalamnya kan?

💛SWEET DISH💛

Gulab Jamun
👆GULAB JAMUN👆

Menu yang terakhir adalah manisan yang dikenali dengan nama Gulab Jamun. Pertama kali jugak aku lihat dan rasa menu ini. Rasanya sangat sedap, tambah-tambah bebola tersebut yang rasanya seakan-akan puding roti.


SESI MAKAN-MAKAN

Sempat bergambar ketika sedang menghabiskan makanan. (aku sedang memandang masa lalu )

With Dboystudio


----------


Terima kasih diucapkan kepada Mr Benny Bedi iaitu pemilik bagi restoran ini atas jemputan kepada kami semua untuk merasa dan menikmati hidangan India Utara. Sememangnya satu pengalaman yang sangat menarik dan tak akan aku lupakan. Terima kasih juga kepada abang Marcus Osmand atas jemputan.

-----------


JEWEL IN THE CROWN

Alamat : Level 1, Menara MBF, Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur.

Tel : 03- 2181 4900

#northindiancuisine #jewelinthecrown #foodblogger

12 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


  1. I am not a fan of indian food. But reading your review makes me wanna dine at this restaurant. Good review and pictures.

    ReplyDelete
  2. Menu yang ditawarkan memang menarik. Dah lama tak makan masakan india ni. InysaAllah boleh pergi nanti bila ada kelapangan.

    ReplyDelete
  3. Nasi beriyani dia nampak sedap. Makanan lain pun nampak menarik.

    ReplyDelete
  4. Siapa tak suka makan makanan india..tengokla, dengan akri, nasi briyani..banyak pulak tu..pergh, ni makan tak ingat apa dah..hehee

    ReplyDelete
  5. Cantiknya restoran ni. Menu pun nampak sedap2. Boleh buat tempat gathering family / kawan2 kat sini. Exclusive gitu :)

    yanmie
    http://www.yanmieonline.com

    ReplyDelete
  6. Sampai hati tak ajak Rawlins sekali. Terliur tau tengok juadah lazat-lazat nie.

    ReplyDelete
  7. not really a fan of indian foods, but sekali sekala terliur jugakkk.

    ReplyDelete
  8. Cantik restoran. Ada macam kat India tak? Sis kalau makanan India ni memang fav sis, seminggu sekali dua atau tiga memang kena makan, nak kata ada darah India x jugak..:D

    ReplyDelete
  9. Nampak klasik sgt makanan kat sini. Semua nampak sedap dan mwnarik

    ReplyDelete
  10. sedap2 ni. paling saya suka tikka, nasi beriani dan nan tu. syoknya

    ReplyDelete
  11. Nama: __ Hendi Zikri Didi
    Bandar: _______________ Melacca
    pekerjaan: _ Pemilik perniagaan
    Sebarang notis: ____ hendidi01@gmail.com

    Halo semua, sila berhati-hati tentang mendapatkan pinjaman di sini, saya telah bertemu dengan banyak peminjam palsu di internet, saya telah menipu saya hampir menyerah, sehingga saya bertemu seorang rakan yang baru saja memohon pinjaman dan dia mendapat pinjaman tanpa tekanan, jadi dia memperkenalkan saya kepada legitamate AASIMAHA ADILA AHMED LOIR FIRM, saya memohon Rm1.3 juta. Saya mempunyai pinjaman saya kurang dari 2 jam hanya 1% tanpa cagaran. Saya sangat gembira kerana saya diselamatkan daripada mendapatkan hutang miskin. jadi saya nasihat semua orang di sini memerlukan pinjaman untuk menghubungi AASIMAHA dan saya memberi jaminan bahawa anda akan mendapat pinjaman anda.

    Pusat Aplikasi / Hubungi
    E-mail: ._________ aasimahaadilaahmed.loanfirm@gmail.com
    WhatsApp ____________________ + 447723553516

    ReplyDelete
  12. The next time I read a blog, I hope that it doesnt disappoint me as much as this one. I mean, I know it was my choice to read, but I actually thought you have something interesting to say. All I hear is a bunch of whining about something that you could fix if you werent too busy looking for attention. Best lemon squeezer India

    ReplyDelete

Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

Previous Post Next Post