January 2020 Blog Recap



Assalamualaikum dan salam sejahtera



Selamat datang bulan baru iaitu bulan Februari 2020. Alhamdulillah akhirnya sudah memasuki bulan Februari. Mengikut perkembangan semasa dan pengetahuan aku, rasanya dah banyak perkara berlaku dalam hanya bulan Januari. Ya! Banyak kejadian atau perkara yang mengejutkan dunia berlaku hanya pada bulan Januari walhal tahun 2020 baru sahaja bermula.

Kembali kepada topik asal, artikel kali ini adalah untuk membuat rumusan atau summary bagi bulan Januari 2020 untuk blog Aerill Hassan ini.

" Recap is short for recapitulation or briefly going over what has already been said. "

In shaa Allah aku akan jadikan artikel recap ini sebagai salah satu artikel wajib bagi setiap bulan supaya dapat lihat progress atau apa yang berlaku dalam bulan tersebut. Untuk bulan Januari ini, sebanyak 22 artikel berjaya di published dan ditulis. Alhamdulillah. Bukan senang ya nak menulis walaupun satu artikel sahaja. Di bawah ini aku akan senaraikan antara artikel penting sepanjang bulan Januari 2020.

1. Travelogue Singapore DayTrip bersama Nourah Travel

Kisah pengalaman dan itinerari sepanjang perjalanan daytrip ke Singapura anjuran Nourah Travel. Pertama kali aku ke luar negara dan melihat budaya dan suasana negara orang. ✌😎

2. Senarai Konsert Dato' Sri Siti Nurhaliza Sepanjang Tahun 2019

Setiap tahun aku akan meraikan hari kelahiran penyanyi No 1 negara dengan mengabdikan satu artikel khas untuk beliau dan inilah artikel tersebut untuk ulang tahun kelahiran beliau yang ke 41. ✌😎

3. realme Perkenalkan realme Buds Air dan Peranti pintar realme 5i

Pengalaman ke pelancaran produk terbaru daripada realme. Dapat berjumpa artis terkenal serta dapat bawak balik produk lumayan. ✌😎

4. Review Dusun Bonda, Batang Kali, Selangor | Apa Yang Menarik Di Sini ?

Pengalaman aku menginap di Dusun Bonda, Batang Kali, Selangor. Pengalaman dan beberapa gambar sekitar lokasi yang sangat menarik dan penuh dengan kedamaian. ✌😎

5. Buat Rawatan Dermapen di Dr Medispa & Wellness, Kajang

Pertama kali membuat rawatan muka untuk kurangkan kesan parut jerawat. Pengalaman yang seronok, agak menyeramkan dan hasilnya terbaik! ✌😎

6. Raikan Tahun Baru Cina 'Auspicious Reunion' di Hotel Sheraton Imperial Kuala Lumpur 

Makan makanan cina bersempena dengan Tahun Baru Cina 2020. Yang paling best pastinya ber'yee sang'. ✌😎

7. Jewel In The Crown, Nikmati Masakan Citarasa India Utara

Pengalaman makan di sebuah restoran bercitarasakan India Utara. Rasa India Utara yang bukan biasa-biasa tetapi luar biasa. ✌😎

8. Apa Yang Sedap di The Opsroom Kitchen, Monster Kg Baru, Kuala Lumpur?

9. Demonstrasi Kelas Makanan Thailand "Thai Cooking with Your Heart"

Pengalaman memasak makanan Thailand di Kedutaan Thailand. Menu dan resepi yang sangat ringkas tapi sedap dan teringat sehingga sekarang.✌😎

10. Langkah Yang Perlu Dilakukan Sekiranya Blog Anda di Auto Copy Paste

Salah satu perkara yang tidak diminta iaitu bila blog di copy paste 100%. Apa solusinya? Semuanya berada dalam artikel tersebut.

Jadi senarai diatas adalah antara 10 artikel terbaik yang dihasilkan oleh aku. (Sendiri punya claim) In shaa Allah setiap bulan aku akan buat satu artikel khas sebegini sebagai salah satu recap apa yang terjadi sepanjang bulan tersebut. Jemput membaca artikel-artiel ini ya. ✌😎

Sekian

No comments:

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Powered by Blogger.