Perbezaan Novel Coronavirus dan SARS Coronavirus



Assalamualaikum dan salam sejahtera

Perbezaan Novel Coronavirus dan SARS Coronavirus

Apa khabar buat semua pembaca dan rakan-rakan sekalian? Kali ini aku nak kongsikan dengan anda satu fakta atau informasi berkenaan isu yang sedang hangat sekarang ini iaitu NOVEL CORONAVIRUS atau 2019 n-Cov. Rasanya ramai yang dah tahu dan mula panik dengan kes yang mengejutkan dunia ini. Malaysia turut tidak terkecuali apabila sudah mula ada rakyat yang dijangkiti dengan virus ini.


Baiklah, disebabkan dah ramai yang kongsikan tentang punca dan apa itu virus 2019 n-Cov ini, jadi aku nak kongsikan sesuatu yang berbeza sedikit. Iaitu berkenaan dengan perbezaan antara virus Novel Coronavirus dengan Sars Coronavirus. Kedua-duanya merupakan adik beradik. Masih ingatkah anda ketika wabak SARS yang mula menyerang manusia pada tahun 2002? Ketika itu aku masih di darjah 1 ya.😎✌

PERBEZAAN NOVEL CORONAVIRUS DAN SARS CORONAVIRUS

Wabak pneumonia yang kecoh berlaku di Wuhan, China baru-baru ini telah disahkan puncanya. Ia disebabkan oleh sejenis virus baharu yang digelar sebagai novel coronavirus atau 2019 n-Cov. 

Pada peringkat awal, pakar menganggap coronavirus jenis baharu ini memiliki ciri yang hampir sama dengan sindrom pernafasan akut teruk atau SARS coronavirus

Walau bagaimanapun, setelah diteliti dengan lebih lanjut, kedua-dua virus ini sebenarnya memiliki beberapa perbezaan! Ingin ketahui apakah perbezaannya? Baca dengan lebih lanjut di bawah.


1. LOKASI ASAL KEMUNCULAN VIRUS

Perbezaan Novel Coronavirus dan SARS Coronavirus

Novel coronavirus (2019 n-Cov) mula menyerang ratusan penduduk yang menetap di Wuhan, China pada akhir tahun 2019.

Simptom-simptom yang muncul seakan sama, dan menyerupai simptom pneumonia, iaitu kesesakan nafas, demam dan juga batuk.

Menurut laporan daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), sehingga 28 Januari 2020, terdapat lebih daripada 4,000 kes individu yang dijangkiti dengan virus ini. Ia dikesan di beberapa negara, seperti:

πŸ‘‰ China
πŸ‘‰ Jepun
πŸ‘‰ Korea Selatan
πŸ‘‰ Thailand
πŸ‘‰ Singapura
πŸ‘‰ Amerika Syarikat
πŸ‘‰ Malaysia

Daripada angka tersebut, 106 orang individu yang dijangkiti telah meninggal dunia. Kesemua korban yang meninggal dunia akibat virus ini berasal dari China.

Manakala bagi SARS, ia pertama kali berlaku pada penghujung tahun 2002 di wilayah Guangdong, China.

Hampir sama dengan kes 2019 n-CoV ini, dunia bertindak agak lambat setelah berlakunya penyebaran SARS coronavirus.

Kerajaan China lambat bertindak memaklumkan informasi berkenaan virus ini sebelum akhirnya melaporkan wabak SARS kepada WHO, dengan jumlah hampir 305 individu yang telah dijangkiti dan 5 daripadanya telah meninggal dunia!

Pada tahun 2004, wabak SARS coronavirus mulai berkurang dan menghilang secara perlahan-lahan.

Kerajaan dari negara-negara yang telah dijangkiti dengan wabak ini saling bertukar informasi perubatan bagi mengendali dan membanteras penularannya dengan lebih berkesan.


2. PENYEBARAN VIRUS

Kedua-dua novel coronavirus dan SARS coronavirus mempunyai ciri yang sama iaitu ia berasal daripada haiwan.

Novel coronavirus merebak dipercayai daripada ular, manakala SARS coronavirus pula merebak dari sejenis musang di bahagian selatan China. Namun persamaannya, kedua-duanya tersebar di kalangan manusia!

Setakat ini, novel coronavirus dilaporkan sudah mampu berjangkit antara manusia dengan lebih cepat.

Buktinya, lebih 4,000 individu telah dijangkiti dengan virus ini, walaupun mereka tidak bersentuhan secara langsung dengan haiwan atau ikan di bandar Wuhan, China.

Akan tetapi, Center for Disease Control atau CDC menyatakan , mereka masih tidak pasti berkenaan proses penularannya, sama ada ia sama dengan SARS ataupun tidak. 

Untuk SARS coronavirus, proses penyebarannya telah dipastikan melalui air liur yang terkeluar ketika penghidap batuk atau bersin.

SARS coronavirus juga dapat merebak melalui permukaan atau benda yang telah disentuh oleh penghidap SARS atau yang telah dicemari dengan air liur mereka.

3. PENINGKATAN RISIKO

Perbezaan Novel Coronavirus dan SARS Coronavirus

Simptom novel coronavirus adalah lebih ringan berbanding daripada SARS. Menurut Bahagian Kesihatan Australia, simptom-simptom bagi novel coronavirus ini hampir menyerupai masalah pernafasan, seperti:

πŸ‘‰ Demam
πŸ‘‰ Batuk
πŸ‘‰ Sesak nafas
πŸ‘‰ Kadar pernafasan yang lebih cepat
πŸ‘‰ Sakit tekak
πŸ‘‰ Selesema atau hidung berhingus

Selain itu, risiko kematian akibat novel coronavirus juga masih dianggap rendah berbanding SARS coronavirus.

Walau bagaimanapun, kita tidak boleh sekali-kali meremehkan serangan virus ini. Langkah berwaspada perlulah sentiasa dipertingkatkan. 

Untuk SARS pula, simptom-simptom yang berlaku adalah hampir serupa. Untuk simptom pada peringkat awal, penghidap SARS biasanya akan mengalami demam dengan suhu badan lebih daripada 38 darjah Celsius.

Kemudiannya, beberapa simptom lain akan muncul. contohnya:

πŸ‘‰ Batuk
πŸ‘‰ Kesejukan sehingga menggigil
πŸ‘‰ Flu
πŸ‘‰ Sesak nafas
πŸ‘‰ Sakit kepala
πŸ‘‰ Cirit-birit

Walaupun SARS dianggap lebih bahaya jika dibandingkan dengan 2019 n-Cov kerana wabak SARS telah mengakibatkan lebih banyak kematian, namun, informasi mengenai novel coronavirus adalah masih sedikit. Maka, ia masih tidak boleh dipandang remeh.


Sumber  Rujukan : 

➤ Australian Government Department of Health. (2020). Novel coronavirus. Retrieved 22 January 2020, from https://www.health.gov.au/health-topics/novel-coronavirus#how-it-spreads 
➤ Roxburgh, H. (2020). Here’s what scientists know so far about the ‘Novel Coronavirus’ from China. Retrieved 22 January 2020, from https://www.sciencealert.com/here-s-what-scientists-know-so-far-about-the-novel-coronavirus-from-china
➤ World Health Organization. (2020). Novel Coronavirus (2019-nCoV): Situation Report-1. Retrieved 22 January 2020, from https://www.who.int/docs/default-source/coronaviruse/situation-reports/20200121-sitrep-1-2019-ncov.pdf

Sumber : Hello Doktor  | Medscape

Artikel ini adalah kerjasama bersama antara HelloDoktor.com dan Aerill Hassan. Segala maklumat dan informasi lebih lanjut boleh dilihat di laman web HelloDoktor.com 

15 comments:

  1. Info yang sangat berguna. Kalau takde sentuhan langsung dengan haiwan ni tapi kalau mereka makan haiwan ni pun boleh terkena juga kan?. Virus ni sangat smart sering mutasi untuk jadi jenis lain pulak.

    ReplyDelete
  2. nice sharing.. dok follow juga kisah2 berita virus ni kat youtube,. takut sungguh la hai tengok situasi dari negara china ni.. moga2 dijauhkan kita dari dijangkiti penyakit ni.. aamiin

    ReplyDelete
  3. sakit kepala, batuk, flu antara simpton yang kita mmg kena berjaga sangat kan

    ReplyDelete
  4. dah ramai yang berjangkit dengan ncov ni sampai cecah 40k! Sekarang WHO dah sahkan penyebaran melalui udara dan droplets. Nasib team medik Malaysia dah jumpa cara untuk sembuhkan peskait

    ReplyDelete
  5. Ramai yang konpius kan, kita kena banyak pembacaan mengenai ni..Sis awal hrtu memang baca sana sini..takut...cuma sekarang lebih menakutkan sebab boleh terkena melalui udara...

    ReplyDelete
  6. Risau betul lah dengan macam-macam penyakit sekarang ni, la ni coronavirus pulak. Harap kita semua dijauhkan dengan sebarang penyakit yang merbahaya. Terima kasih atas info ya

    ReplyDelete
  7. Takut kes penyakit ni sekrg..ni baca baru paham..aduhh..memang kene ambil langkah berhati-hati. Pulak tu ia kena tanpa ita sedar

    ReplyDelete
  8. Virus baru ni tetap buat kite kena berjaga2 sbb cepat merebak. Cuma kecewa la masih ada lg sebar berita palsu kt group. Kena alert dgn sumber yg betol.

    ReplyDelete
  9. Takutnya. Daripada haiwan ye virus ni. Macam2 virus datang dari China.

    ReplyDelete
  10. Terima kasih untuk info ini... Benda nie mudah tersebar bila tiada kesedaran dalam diri seseorang... Dah tahu dijangkiti, tetap juga nak melancong / jumpa orang lain...

    ReplyDelete
  11. Memang takut la wabak2 ni..mudah sangat tersebar so yg penting kita jaga diri kita, jaga kebersihan..

    ReplyDelete
  12. memang menguji kita la sekarang ni. cuma kena take extra precaution sebab saya tak nampak tanda2 ia mereda

    ReplyDelete
  13. Sebagai orang Islam, kita beruntung sebab kita menjaga kebersihan. Wudhu kita, solat kita dan cara kita bersin/batuk kebiasaannya terjaga. Akak memang OCD / perfectionist dalam kebersihan. Dari akak kecil memang ada sapu tangan / tisu / wet tisu dibawa kemana-mana. Akak terapkan kebersihan dekat anak-anak. Tambahan anak sulong akak premature 32 minggu. Memang kena jaga paru-paru dari dijangkiti kuman.

    Kadang-kadang ada org bersin, kami lari. Serius lari. Sebab mereka batuk/bersin bersepah tu bukannya tutup mulut. Walaupun tidak ke arah muka kita. Tapi ketinggian dia sembor tu sama level tinggi anak akak. So, rum for your life! haha

    ReplyDelete
  14. Mmg menakutkan both viruses ni... Nasib la org Islam ni ada tata teetib untuk semua hal. Kebersihan tu amat dititik beratkan.

    ReplyDelete

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Powered by Blogger.