Adab Ketika Berada Di Tanah Suci



Assalamualaikum dan salam sejahtera


ADAB KETIKA BERADA DI TANAH SUCI | Baru-baru ini kecoh di media sosial tentang seorang lelaki yang memakai pakaian wanita ketika mengerjakan umrah. Pelbagai kontroversi berlaku yang membuatkan kisah viral lain terus lenyap daripada arus berita. Di kesempatan yang sama, kali ini aku nak berkongsi dengan anda tentang adab-adab yang perlu dilakukan atau diingati atau disedari ketika berada di Tanah Suci. Semoga sama-sama kita dapat beradab baik, jaga kelakukan dan sebagainya ketika dimana-mana sahaja.

ADAB KETIKA BERADA DI TANAH SUCI


MAKKAH, bandar suci umat Islam di mana terletaknya Masjid Al-Haram dan Baitullah iaitu Kaabah. Berada di Tanah Haram Makkah menjadi impian muslim yang beriman untuk datang beribadah, tidak kira walau dari pelusuk mana pun tempat asal mereka. Perasaan rindu yang sentiasa terpaut inilah yang mungkin di rasai oleh setiap muslim tatkala ada ahli keluarga, sahabat dan kenalan yang akan berangkat ke tanah suci.

Rindu ingin selalu beribadah tiada henti
Rindu melantunkan do'a dan mengadu pada-mu.
Menangis dan bermunajat kehadirat-Mu

Firman Allah SWT yang terakam jelas di dalam al Quran

ومن يعظم شعائر الله فإنها من تقوى القلوب

Barangsiapa mengagungkan syiar-syiar Allah, maka sesungguhnya
itu timbul dari ketaqwaan hati.

Surah al- Haj ayat 32

Artikel Berkaitan :  [ Syarat-Syarat Untuk Taubat Nasuha ]

ADAB KETIKA DI TANAH SUCI

Para alim ulama telah menggaris dan menyusun adab-adab ketika berada di tanah suci. Berikut adalah diantaranya :-

1. MENUNJUKKAN AKHLAK YANG MULIA

Dilakukan dengan penuh akhlak yang mulia dan kelemah-lembutan, serta dengan sikap tawadhu’ yakni rendah hati ketika dia berkendaraan, bersinggah sementara pada suatu tempat dan dalam bergaul bersama yang lainnya, dan bahkan dalam segala hal keadaannya.

2. MENYEDARI DIRI SEBAGAI TETAMU ALLAH

Dan termasuk bentuk pengagungan seorang yang beribadah haji atau umrah terhadap syi’ar-syi’ar Allah adalah menyibukkan dirinya dengan banyak berzikir, bertakbir, bertasbih, bertahmid dan istighfar.

Dan sungguh Allah pun telah memerintahkan para hambaNya untuk mengagungkan, memuliakan dan menjaga kehormatan sya’airullah (syi’ar-syi’ar Allah). Allah berfirman:

Demikianlah (perintah Allah). Dan barangsiapa mengagungkan apa-apa yang terhormat di sisi
Allah maka itu adalah lebih baik baginya di sisi Tuhannya…al-Hajj: 32.

3. MEMAHAMI PERJALANAN TERSEBUT ADALAH IBADAH 

4. REDHA DENGAN APA YANG DISEDIAKAN 

5. MENJAUHI PERCAKAPAN DAN PERBUATAN KEJI

6. MENGELAKKAN DIRI DARI BERSIKAP SOMBONG DAN TAKBUR

Dilakukan dengan ikhlas. Memurnikan niat dalam melaksanakan hajinya hanya kerana Allah Ta’ala semata, tanpa riya dan sum’ah.

Sumber : Tabung Haji

Artikel Berkaitan :  [ Doa dan Tips Untuk Mendapatkan Zuriat ]


7. SENTIASA BERSYUKUR 

8. MENGHINDARI PERTENGKARAN 

Menjauhi segala dosa dan perbuatan maksiat, perbuatan bidaah dan semua hal yang menyalahi syariat. Kerana hal tersebut memberi kesan negatif terhadap semua amal soleh dan menghalangi dari diterimanya amal tersebut. Hal ini berdasarkan beberapa dalil, di antaranya firman Allah Ta’ala:

(Masa untuk mengerjakan ibadat) Haji itu ialah beberapa bulan yang termaklum. Oleh yang demikian sesiapa yang telah mewajibkan dirinya (dengan niat mengerjakan) ibadat Haji itu, maka tidak boleh mencampuri isteri, dan tidak boleh membuat maksiat, dan tidak boleh bertengkar, dalam masa mengerjakan ibadat Haji.  

al-Baqarah: 197

9. MEMPERBANYAKKAN IBADAT SEPERTI TAWAF, MEMBACA AL QURAN, IKTIKAF, DOA TAUBAT DAN BERISTIGHFAR 

10. SEMANGAT TOLONG MENOLONG DAN BEKERJASAMA


Semoga kita yang dijemput untuk ke sana sama ada mengerjakan umrah mahupun haji adalah lebih baik mengikut adab-adab dan panduan yang diberikan oleh mereka yang lebih tahu. Ya, selain dapat menjaga ibadah dan sebagainya, ia juga dapat memberikan tanggapan baik terhadap rakyat Malaysia.


SEKIAN

SUMBER : FACEBOOK | GOOGLE IMAGE

7 comments:

  1. Alhamdulillah terima kasih atas ilmu2, dan semoga beliau dan kita semua sentiasa dikurniakan hidayah-NYa. InshaAllah amin.

    ReplyDelete
  2. waalaikumussalam. alhamdulillah sangat bermanfaat ^_^

    ReplyDelete
  3. Sebenarnya semua perkara perlukan adab yang perlu dijaga terutama sebagai umat islam. Lagi2 kalau berada di haramain kan. Semoga beliau kembali kepada fitrah asal kejadian.

    ReplyDelete
  4. ilmu yg bermanfaat. patut nya kena bersyukur sbb dijemput utk menjadi tetamu Allah dan Rasulullah. Seandainya Allah tak izin..memang takkan sampai jejak ke sana. Patutnya kena sedar dan bersyukur

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah.. Penjelasan yg bermanfaat.

    ReplyDelete

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Powered by Blogger.