1,000,000



Assalamualaikum dan salam sejahtera


Apa khabar buat semua pembaca dan rakan-rakan sekalian? Alhamdulillah, kali ini aku nak kongsikan dengan anda bahawa pageview untuk blog ini sudah menjangkau 1,000,000. Alhamdulillah. Syukur.

Sebenarnya aku tak sangka pageview blog Aerill Hassan ini akan capai angka sebegitu. Yalah aku menulis bukan sebab nak kejar pageview atau sebagainya, aku hanya mulakan blog ini untuk berkongsi kisah hidup, kisah dan info yang aku rasa patut dikongsi dengan pembaca diluar sana.

Satu lagi, ya aku mengaku walaupun dah lama aku mula berblogging, tapi baru nak capai 1 juta? Ada yang tempoh berblogging baru lagi tapi pageview dah berjuta-juta lemon. Macam yang aku bagitau, aku bukanlah mengejar pageview. 

Satu lagi, dalam tempoh berblogging hampir 10 tahun ni, ada beberapa tahun juga yang aku tak aktif berblogging. Banyak kali jugak aku membiarkan blog ini kosong sahaja,sehinggakan adakalanya dalam sebulan pageviewnya tak sampai 1,000 pun. Alhamdulillah, bila dah ada semangat balik untuk menulis dan sebagainya, aku boleh nampak pageview makin bertambah.

Jutaan terima kasih diucapkan buat semua pengunjung, tak kisahlah yang datang sekadar nak mencuri idea atau datang singgah sebentar, kemudian tutup, atau yang datang memang betul-betul membaca artikel atau sebagainya.

Aku harapkan semua penulisan aku memberi manfaat buat semua orang. Yang mana yang baik, bolehlah menjadi ikutan. Yang mana yang buruk, jadikan pengajaran. Terima kasih sekali lagi ya.

[ Entah bila pulak pageview boleh capai 2,000,000]

3 comments:

  1. Walaupun dah byak kali komen.. tetap nak komen lagi sekali haha.. Tahniah~ bukan senang kan nak capai 1 Juta Pv lagi2 yg jarang2 post gitu.. Sbagai tanda support sy klik iklan ya.. semoga dimurahkan rezeki selalu, berikan kesihatan dan umur yg diberkati. Keep on blogging ^^

    ReplyDelete

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Powered by Blogger.