Beli Telefon Pintar realme 5i di Shopee



Assalamualaikum dan salam sejahtera



Apa khabar buat semua pembaca dan rakan-rakan sekalian? Alhamdulillah, aku seperti biasa masih menjalani kehidupan seharian dengan langkah berjaga-jaga dari virus COVID-19. Untuk kali ini aku nak berkongsi dengan anda tentang telefon pintar baru aku. Alhamdulillah, pada bulan  yang lalu aku sudah bertukar telefon pintar yang baru setelah bertahun-tahun menggunakan telefon pintar lama.

 TELEFON HUAWEI NOVA LITE 

Sebelum ini, aku menggunakan telefon pintar Huawei Nova Lite. Aku pernah menulis tentangnya di Huawei Nova Lite . Sebuah telefon pintar keluaran tahun 2017. Banyak jasa yang diberikan oleh Huawei Nova Lite ini untuk kerja-kerja blog dan sebagainya. Tetapi lama kelamaan, aku boleh lihat performancenya makin teruk. Mungkin disebabkan hanya berkapasiti 16GB dan RAM hanya sebesar 3GB sahaja, tak cukup mampu untuk buat kerja-kerja yang lebih berat dan sebagainya. AKu juga ada beberapa kali cerita tentang pertukaran LCD telefon itu di Tukar LCD Huawei Nova Lite .

 PILIHAN : REALME 5i 

Dah bertahun jugak aku cuba-cuba mencari telefon pintar baru, dengan harga yang sesuai, spesifikasi yang bagus tapi tak jumpa juga. Alhamdulillah, pada bulan Januari 2020 yang lalu, aku dijemput ke majlis peancaran realme 5i . Aku tertarik dengan spesifikasi dan juga warna yang menarik. Walaupun ada juga beberapa review yang mengatakan telefon ini agak terkebelakang sebab hanya menggunakan Micro USB sahaja sebagai port mengecas, aku masih suka dan tertarik.


 BELI TELEFON PINTAR DI SHOPEE 

Beberapa minggu atau hari selepas itu, sampailah telefon pintar realme 5i di pintu hadapan rumah. Alhamdulillah, telefon ini sampai dengan selamat. Aku sebenarnya risau juga sebab aku beli telefon ini di Shopee.  Banyak juga dengar kes-kes ditipu dan sebagainya.

Tips aku bila beli barangan yang mahal di Shopee adalah dengan melihat review daripada pembeli. Kemudian, cuba mesej dengan penjual tentang barang, tentang butiran lanjut dan sebagainya. Alhamdulillah, bila aku dah mula percaya, aku terus buat pembelian. Dalam beberapa hari, telefon tersebut sampai di rumah.

Dibungkus dengan rapi.



 ADA FREE GIFTS TAK? 

Mungkin ramai yang nak tahu apakah free giftnya? Sebenarnya aku tidak mendapat sebarang free gift selain dari tempered glass dan port pengecas dalam kereta. Ya. Mesti pelik kan?

Ceritanya begini, harga di pasaran adalah RM 599. Tapi bila aku lihat di Shopee, ada pilihan dengan harga yang lebih murah dan harga yang lebih mahal. Rupanya harga yang mahal atau murah itu adalah berdasarkan free gift. Contohnya macam yang aku beli ni, dengan harga RM 537 sahaja tanpa sebarang free gifts. Jimatlah sedikit duit tu.

Banyak jugak sebenarnya free gift yang anda boleh dapat. Tapi aku fikir-fikir balik, kebanyakan free gifts tu semuanya aku dah ada dan sedang guna. Jadi, tak perlu kot free gift tu.


Aku beli telefon pintar ini di spraygadget dan kedai ini berpangkalan di Pulau Pinang. Ada pelbagai lagi produk atau telefon pintar yang dijual di kedai itu. Anda bolehlah lihat.

 APA JADI DENGAN TELEFON HUAWEI NOVA LITE? 

Telefon Huawei Nova Lite aku berikan pada ayah aku. Sebenarnya memang aku bercadang nak beli telefon baru untuk ayah aku, tapi ayah aku bukanlah pengguna telefon pintar yang tegar. Sehingga artikel ini ditulis, ayah aku menggunakan telefon tersebut tanpa sebarang masalah, sama ada kurang ruang GB atau sebagainya.

Sekian.

2 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


  1. Abe kie pun beli jenama hp ni d shopee bln lps utk anak.

    ReplyDelete
  2. Lepasnie buat lagi entry review realmi 5i pulak nak tgk mcm mana performance dia okay ke tidak

    ReplyDelete

Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

Previous Post Next Post