Kisah Seram : Misteri Diganggu Berkali-Kali di Rumah Sendiri

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Kisah Seram : Misteri Diganggu Berkali-Kali di Rumah Sendiri

Apa khabar buat semua pembaca dan rakan-rakan semua? Kembali lagi ke rancangan "Kisah Seram Apa Minggu Ini? Alhamdulillah, kita telah memasuki episod ke 65. Tak sangka kali ini merupakan kali yang ke 65 aku kongsikan kisah seram di sini. Baiklah kali ini aku nak kongsikan dengan anda satu kisah seram yang tidak kurang seramnya juga. Tema kisah seram kali ini adalah rumah sendiri. Ya, bertepatan dengan Perintah Kawalan Pergerakan dimana anda perlu berada di rumah sendiri, jadi kali ini aku memilih tema yang sama. Jemput baca kisah ini sebeum tidur ya. ✌😎


MISTERI DIGANGGU BERKALI-KALI DI RUMAH SENDIRI

Kisah Seram : Misteri Diganggu Berkali-Kali di Rumah Sendiri

Kisah ini terjadi kepada diri saya sendiri dan juga bersama keluarga. Rumah kami mula dibina pada peghujung tahun 2013. Tahun pertama kami tinggal di rumah ni iaitu pada tahun 2014, ketika saya tinggal di rumah bersama abang kerana ibu bapa kami keluar untuk menyelesaikan urusan mereka di luar, kami hanya tinggal berdua sahaja. 

Pada mulanya tidak merasa apa-apa yang seram kerana kami masih gembira kerana telah berpindah ke rumah baru kami. Tetapi apabila waktu maghrib ketika saya bersama abang duduk bersembang di ruang tamu rumah kami, secara tiba-tiba remote control astro yang diletakkan di atas speaker terjatuh dengan sendiri tanpa disentuh oleh sesiapapun. 

Kami mula hairan memikirkan bagaimana remote tu boleh terjatuh sendiri sedangkan remote tu tidak diusik oleh sesiapapun, nak dikatakan remote tu jatuh disebabkan gegaran pada speaker memang tidak masuk akal kerana ketika itu kami tidak menonton tv dan speaker juga tidak digunakan. Jadi bagaimana remote tu boleh terjatuh dengan sendiri. Kemudian, saya angkat semula remote tu dan letakkan di atas meja pula, tiba-tiba kami terdengar bunyi seperti botol kaca bergolek. Kami terus keluar dari rumah untuk melihat apa yang berlaku.

Tetapi,kami tidak melihat sebarang botol kaca yang tegak mahupun yang tergolek di sekitar rumah kami. Mustahil jika kucing yang terlanggar botol kaca hingga jatuh bergolek sedangkan tidak ada satupun botol kaca di luar rumah. Kami pun merasa tidak sedap hati, terus masuk ke dalam rumah dan duduk di ruang tamu bersama dan menunggu ibu bapa kami pulang ke rumah. Rumah kami ini sebenarnya dikatakan ada makhluk lain disekitarnya, datuk saya yang mempunyai sedikit kebolehan melihat rumah kami ketika masih dalam pembinaan dan pada keesokannya, dia berkata ketika dia sedang tidur dia termimpi ada sesuatu yang menyerupai abang saya di rumah kami. 

Tetapi dia berkata benda itu tidak mengganggu, jadi siapa pula yang mengganggu kami pada waktu maghrib itu? Seterusnya, bapa saya ni ialah seorang kakitangan kerajaan yang telah bersara. Jadi, pada waktu malam dia kadang-kadang keluar untuk ke warung berdekatan untuk berjumpa kawan-kawannya dan duduk untuk minum teh. Apabila hendak pulang ke rumah, dia menunggang motorsikalnya hingga ke rumah kami. Ketika dalam perjalanannya, dia tidak diganggu tetapi ketika sampai di rumah, dia terdengar bunyi tin yang banyak.

Diapun masuk ke rumah dan terus tidak mengendahkan bunyi itu. Setelah beberapa tahun berlalu, saya kembali di ganggu. Pada suatu malam itu, sedang tidur kemudian apabila terjaga sekitar pukul 1-3 pagi, saya telah terjaga tetapi mata tidak boleh terbuka, saya tidak boleh mengeluarkan suara dan saya sukar untuk bernafas. Saya cuba untuk mengeluarkan suara tetapi gagal. 


Kisah Seram : Misteri Diganggu Berkali-Kali di Rumah Sendiri


Saya hanya teringat kalimah "Allahuakhbar". Saya terus cuba sebut dan sebut untuk beberapa kali kemudian terus saya boleh bergerak, mata boleh dibuka, saya boleh bernafas dengan mudah dan saya boleh bercakap. Alhamdulillah tidak berlaku apa-apa pada saya. Beberapa bulan kemudian, saya diganggu lagi....haish..asyik2 lah saya kena ganggu..nasib lah katakan. Ketika saya sedang baring-baring di atas katil di dalam bilik saya sambil bermain telefon, tiba-tiba bantal yang disusun terjatuh dengan sendiri kemudian saya terdengar orang memberi salam "Assalamualaikum".

Bunyinya sungguh perlahan seperti jauh dari saya dan nada suaranya begitu lembut dan sopan sekali,saya mula berasa hairan, kemudian saya keluar dari bilik dan melihat tiada sesiapa yang datang dan ahli keluarga saya tidak mendengarnya. Hanya saya seorang sahaja yang di dalam bilik yang terdengar suara itu walhal, di dalam bilik saya sukar untuk mendengar suara orang yang datang dan memberi salam di hadapan rumah kami. 

Saya pun tidak mahu mengendahkan suara itu dan terus sambung bermain games di telefon saya. Nasib baik hanya itu sahaja gangguannya,kalau lebih teruk mungkin saya tidak akan berani tinggal di rumah seorang diri dan tidak berani untuk tidur seorang diri.Terima kasih kerana sudi membaca kisah saya yang tidak seberapa ini,harap anda terhibur....

JANGAN BIARKAN DIRI ANDA DISELUBUNGI MISTERI!!!!!


Sumber : Cerita Seram | Google Image

4 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


  1. Mohon dijauhkan dari diganggu jin n syaitan.

    ReplyDelete
  2. seram. Selalu juga diganggu. Mungkin sebab Ina ni lemah semangat. Pengalaman hampir sama yang part tv tu. seramm

    ReplyDelete

Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

Previous Post Next Post