Review Filem : Spider-Man: Brand New Day (2026)

Aerill Hassan
0
Assalamualaikum dan salam sejahtera

Review Filem : Spider-Man: Brand New Day (2026)

Filem Spider-Man: Brand New Day (2026) ialah sebuah filem adiwira Amerika Syarikat tahun 2026 yang diadaptasi daripada watak Marvel Comics, Spider-Man. Diterbitkan oleh Columbia Pictures, Marvel Studios, dan Pascal Pictures, serta diedarkan oleh Sony Pictures Releasing, ia merupakan filem ke-38 dalam Marvel Cinematic Universe (MCU) dan filem keempat dalam siri filem Spider-Man MCU selepas Spider-Man: No Way Home (2021). Filem ini diarahkan oleh Destin Daniel Cretton, dan ditulis oleh Chris McKenna serta Erik Sommers. Tom Holland membintangi watak Peter Parker / Spider-Man, bersama Zendaya, Sadie Sink, Jacob Batalon, Jon Bernthal, Florence Pugh, Tramell Tillman, Marisa Tomei, dan Mark Ruffalo. Dalam filem ini, Peter melindungi Bandar Raya New York secara tanpa nama sebagai wira Spider-Man dan menyiasat ancaman baharu yang kuat sementara kuasa super beliau mengalami evolusi yang mengejutkan dan berpotensi berbahaya.

Spider-Man: Brand New Day (2026) ditayangkan buat kali pertama di Dolby Theatre di Hollywood, Los Angeles, pada 27 Julai 2026, dan mula ditayangkan di Amerika Syarikat pada 31 Julai sebagai sebahagian daripada Fasa Enam MCU. Filem ini mendapat ulasan positif daripada pengkritik dan telah mengutip kutipan tiket sebanyak $73 juta (1 Ogos 2026).


*SPOILER : ADA SINOPSIS PENUH FILEM DALAM ARTIKEL INI, JIKA BELUM TONTON, BOLEH KELUAR BACA ARTIKEL LAIN DULU ✌

SPIDER-MAN: BRAND NEW DAY (2026)

Review Filem : Spider-Man: Brand New Day (2026)


Pengarah : Destin Daniel Cretton
Lakonlayar : Chris McKenna, Erik Sommers
Penerbit : Kevin Feige, Amy Pascal, Avi Arad, Rachel O'Connor
Sinematografi : Brett Pawlak
Edit : Nat Sanders, Gina Sansom, Harry Yoon
Muzik : Michael Giacchino
Tarikh Tayangan : 31 Julai 2026
Durasi : 145 minit
Bajet : $USD 225 juta

Rotten Tomatoes : 90%
Metacritic : 66/100


BARISAN PELAKON FILEM SPIDER-MAN: BRAND NEW DAY (2026)

Review Filem : Spider-Man: Brand New Day (2026)
  • Tom Holland sebagai Peter Parker / Spider-Man
  • Zendaya sebagai Michelle "MJ" Jones-Watson
  • Sadie Sink sebagai Jean Grey
  • Jacob Batalon sebagai Ned Leeds
  • Jon Bernthal sebagai Frank Castle / Punisher
  • Florence Pugh sebagai Yelena Belova / Black Widow
  • Tramell Tillman sebagai William "Bill" Metzger
  • Marisa Tomei sebagai May Parker
  • Mark Ruffalo sebagai Bruce Banner / Hulk
  • Michael Mando sebagai Mac Gargan / Scorpion
  • Zabryna Guevara sebagai Sheila Rivera
  • Liza Colón-Zayas sebagai Jean DeWolff
  • Marvin Jones III sebagai Lonnie Lincoln / Tombstone
  • Olivia Booth-Ford sebagai Sara Grey
  • Shannon Young Cho sebagai Cindy
  • Billy Clements sebagai Ramrod,
  • Naomi Watts menyumbang suara untuk E.V., pembantu kecerdasan buatan (AI) Parker.


SINOPSIS FILEM SPIDER-MAN: BRAND NEW DAY (2026)

Review Filem : Spider-Man: Brand New Day (2026)

Berikutan jampi Dr. Stephen Strange, seluruh dunia telah lupa akan kewujudan Peter Parker. Empat tahun kemudian, Parker secara tanpa nama melindungi Bandar Raya New York sebagai wira sanjungan mereka, Spider-Man, namun dia telah jarakkan diri daripada orang yang pernah dikenanginya, termasuk bekas kekasihnya Michelle "MJ" Jones-Watson dan bekas sahabat baiknya Ned Leeds.

Review Filem : Spider-Man: Brand New Day (2026)

Parker campur tangan apabila sebuah kereta kebal mengamuk di seluruh bandar dan menceroboh bangunan Jabatan Kawalan Kerosakan (DODC). Pemandunya telah dirasuki secara telepatik, dan individu telepatik itu berpindah dari satu badan ke satu badan yang lain untuk membantu Mac Gargan, seorang penjenayah dipertingkatkan (enhanced) yang pernah ditangkap Parker sebelum ini, untuk melarikan diri. Parker bertanyakan maklumat daripada Yelena Belova, yang memberitahunya bahawa seseorang telah berulang kali menyerang DODC untuk mencari "V-Max". Parker menyoal pengarah DODC, Bill Metzger, yang mendakwa dia tidak tahu apa-apa.

Review Filem : Spider-Man: Brand New Day (2026)

Parker secara tidak sengaja tersembung dengan Ned dan MJ, yang telah berpindah semula ke New York selepas tamat pengajian dari MIT. Ned dan MJ tidak mengenalinya, dan MJ kini mempunyai teman lelaki baharu. Parker pulang ke rumah dalam keadaan bersedih, dan keesokan paginya dia terbangun dengan deria yang semakin tajam serta sarang labah-labah organik yang keluar dari pergelangan tangannya. Dia menjejaki Gargan, yang kini dirasuki, ketika dia cuba menceroboh masuk semula ke dalam DODC. Individu telepatik itu mengejeknya, dan Parker bertindak balas dengan keganasan luar biasa—membelasah Gargan sehingga tidak sedarkan diri dan mencederakan parah seorang pegawai polis yang tiba di tempat kejadian.

Review Filem : Spider-Man: Brand New Day (2026)

Dengan harapan dapat mengawal mutasi baharunya, Parker bertemu Bruce Banner untuk bertanya tentang peranti perencat (inhibitor device) yang menekan alter ego beliau, Hulk. Berdasarkan nasihat Banner, Parker mereka bentuk perencatnya sendiri untuk menghadkan kuasanya, dan mula membina perencat kedua untuk menekan kebolehan telepatik musuhnya. Sebelum Parker sempat menyiapkannya, individu telepatik itu menemuinya di rumah dan, selepas mendapat tahu tentang MJ, merasuki MJ serta memperdaya Parker untuk mendedahkan wajahnya. Parker mengaku kalah selepas hampir tidak sempat menyelamatkan MJ, walaupun dia berjaya melihat individu telepatik itu secara terus dan mengambil fotonya menggunakan HUD beliau.

Review Filem : Spider-Man: Brand New Day (2026)

Parker membawa MJ ke tempat perlindungan Frank Castle untuk memastikan dia selamat. Dengan peralatan Castle dan pandangan daripada MJ, Parker menyiapkan kedua-dua perencat, dan mendapati bahawa individu telepatik tersebut bernama Jean Grey. Apabila Jean menyerang DODC sekali lagi—kali ini secara berdepan dan menggunakan Hulk yang dirasuki, Parker menundukkannya dan menyerahkannya kepada DODC. Sebelum tidak sedarkan diri, Jean mendedahkan nama seseorang bernama Sara. Metzger mendakwa Sara ialah rakan kerja yang baru meninggal dunia yang diketahui Jean semasa merasuki fikirannya.

Apabila Parker kembali, MJ berdepan dengannya membawa surat yang pernah ditulis Parker untuknya dan Ned yang menjelaskan jampi yang telah memadamkan ingatan mereka. Parker menjelaskan perkara sebenar dan meluahkan cintanya, namun MJ memohon maaf kerana dia tidak mengenali Parker dan tidak dapat membalas perasaannya. Walau bagaimanapun, MJ menjemputnya ke apartmennya, dan Parker meluangkan masa mengeratkan hubungan semula dengan MJ dan Ned.


Selepas mendengar MJ menceritakan bahawa dia tidak ingat apa-apa sepanjang dirasuki, Parker menyedari Metzger telah menipunya. Dia menghubungi Yelena, yang mendapat tahu daripada fail DODC yang disunting bahawa Sara ialah adik perempuan Jean, seorang lagi individu telepatik yang telah diculik oleh DODC. Satu-satunya petunjuk yang ada ialah "V-Max", mesej yang didengarinya secara telepatik daripada Sara, namun Metzger tidak tahu maksudnya dan mula menjalankan eksperimen ke atas fikiran Jean. Jean menyedari "V-Max" ialah teks yang kian pudar pada label salur udara di atas sel tahanan, perkara terakhir yang dilihat Sara sebelum dia meninggal dunia.

Berang dengan kenyataan itu, kebolehan Jean menjadi semakin kuat dan dia secara psionik mengunci kawasan bandar di sekelilingnya. Parker yang mempunyai imuniti separa terhadap kebolehan Jean menceroboh masuk ke DODC untuk menghentikannya. Jean menolaknya dan merasuki sekumpulan besar ninja Hand untuk menentang Parker. Pada awalnya terdesak, Parker menanggalkan perencatnya dan menerima mutasi baharunya, menggunakan sarang labah-labah organik dan deria yang dipertingkatkan untuk menewaskan Hand. Parker membiarkan Jean membaca fikirannya, di mana Jean menemui ingatan tentang Ibu Saudaranya, May, yang menerima kebolehannya dan menyayanginya seadanya. Parker memberikan kefahaman dan simpati kepada Jean atas kehilangannya, serta secara sengaja meletakkan dirinya di hadapan Jean apabila Castle cuba menembaknya dari luar, menyebabkan Parker mengalami kecederaan parah yang hampir maut.

Review Filem : Spider-Man: Brand New Day (2026)

Parker terbangun di hospital bersama Castle, yang menjelaskan bahawa Jean telah memastikannya kekal hidup semasa dia dalam keadaan kritikal. Castle memohon maaf atas tindakannya dan membantu Parker meninggalkan hospital tanpa disedari. Ekoran kejadian itu, Jean yang diselubungi rasa bersalah meninggalkan bandar secara senyap-senyap, Metzger menghilang, DODC berada di bawah siasatan, dan Parker berjanji bahawa dia tidak perlu bersendirian lagi untuk menjadi Spider-Man. Apabila dia bertemu Ned semula, dia memperkenalkan dirinya.

Dalam babak selepas kredit (post-credits scene), aplikasi "Spidey Tracker" milik Ned menunjukkan bahawa Spider-Man berada di suatu tempat di angkasa lepas.


ULASAN FILEM SPIDER-MAN: BRAND NEW DAY (2026)



Selepas menonton filem Spider-Man: No Way Home (2021), aku menantikan khabar tentang filem Spider-Man terbaru dan akhirnya selepas beberapa tahun, Spider-Man kembali lagi dengan sebuah filem baru. Teruja sudah semestinya, adakah filem terbaru ni akan mengatasi filem terdahulu atau bagaimana? Bagaimana dengan "vilain" dalam filem ini? 

Baru-baru ini aku berkesempatan menonton filem ini, tayangan diawal pagi bersama adik beradik aku di GSC Amanjaya, Sungai Petani.  Pengalaman menonton filem ini sudah semestinya seronok, tetapi ada satu bahagian yang buatkan aku stress. Orang sebelah aku datang, tapi mengeluarkan bau tak menyenangkan, mungkin tak mandi, tak gosok gigi atau apa, tapi baunya sangat tak selesa. Aku cuba untuk tak menegur sebab mungkin akan memalukan dia, tapi sekarang rasa macam menyesal tak tegur.  Sebenarnya sebelum ni pun pernah terjadi, di pawagam yang sama, tayangan awal pagi, ada yang datang tak mandi & tak gosok gigi. Kenapalah jadi begitu?

Kembali kepada filem, aku teruja menantikan siapakah villain, dan adakah cameo yang menarik dan sebagainya, jadi terimalah ulasan aku untuk filem ini. 

Jalan Cerita | Filem ini mengisahkan bagaimana Peter Parker meneruskan kehidupan secara bersendirian. Dalam pada dia mengikut perkembangan rakan-rakannya dari jauh, tiba-tiba muncul individu misteri yang cuba mengganggu urusan harian beliau. Secara keseluruhannya, jalan ceritanya mudah untuk difahami. Aku memang suka bagaimana pihak Marvel & Sony cuba membawakan penceritaan yang terasa lebih dekat dengan 'street level' bandar New York, menunjukkan bagaimana Spider-Man benar-benar berfungsi sebagai wira tempatan komuniti tersebut. Satu kejutan menarik ialah villain utama filem ini rupanya adalah DODC, cuma ia hanya terbongkar pada penghujung cerita.

Review Filem : Spider-Man: Brand New Day (2026)

Lakonan | Dari segi persembahan, semua pelakon memberikan persembahan yang cukup mantap, terutamanya Sadie Sink, Tom Holland dan Zendaya. Selain mereka, watak yang paling mencuri tumpuan ialah Liza Colón-Zayas yang berjaya membawa peranan sebagai watak 'mother figure' buat Peter Parker dengan amat berkesan.

Review Filem : Spider-Man: Brand New Day (2026)

Sinematografi | Sinematografi dalam filem ini terasa agak berbeza jika dibandingkan dengan trilogi terdahulu. Visualnya kelihatan lebih segar, sekaligus menyerlahkan lagi sisi matang watak Peter Parker dan juga Spider-Man.

Aksi | Aku memang cukup seronok layan babak-babak aksi dalam filem ini. Lebih-lebih lagi apabila Spider-Man berentap dengan pelbagai watak lain seperti Hulk, The Hand, Scorpion dan pelbagai watak ikonik lagi.

Emosi | Selain aksi, filem ini juga sarat dengan permainan emosi. Antaranya emosi Jean Grey terhadap kakaknya, Sara Grey, yang rupanya telah ditangkap dan dibunuh oleh DODC. Hubungan dan emosi antara Peter Parker dengan MJ, Peter Parker dengan Ned Leeds, serta gandingan duo Spider-Man dan Punisher turut memberi impak yang mendalam.

Hubungan & Pautan MCU | Aku suka bagaimana filem ini dipersembahkan sebagai sebuah filem MCU yang sebenar. Watak-watak daripada siri dan filem MCU lain kelihatan sangat natural dan tidak dipaksa. Masing-masing mempunyai latar tugas tersendiri sebelum hadir membantu Spider-Man. Kerjasama Peter Parker dengan watak-watak seperti Black Widow (Yelena Belova), Bruce Banner (Hulk), dan Punisher nampak sangat menarik di layar perak.

Review Filem : Spider-Man: Brand New Day (2026)

Selain itu, tarikan paling besar sudah tentu apabila filem ini menjadi wadah untuk memperkenalkan watak X-Men ikonik, iaitu Jean Grey! Rasanya ramai sudah sedia tahu betapa popularnya watak Jean Grey dalam dunia X-Men. Jadi, keputusan memperkenalkan beliau menerusi filem Spider-Man ini memang satu langkah yang genius, tambah-tambah lagi dengan pemilihan Sadie Sink untuk memegang watak tersebut.

Masa Hadapan MCU / Spider-Man | Aku masih tak pasti apa hala tuju Spider-Man selepas ini, adakah akan muncul dalam filem Avengers: Doomsday (2026), atau Avengers: Secret Wars (2027), adakah dia akan kembali bersama MJ & Ned? Namun yang pasti, ramai penonton setuju bahawa Spider-Man dan Punisher perlukan satu lagi projek khas bersama. Chemistry antara mereka berdua memang cukup padu dan menarik! Untuk Jean Grey pula, watak tersebut pastinya akan muncul dalam filem X-Men yang bakal ditayangkan beberapa tahun lagi. Tak hairanlah ramai yang makin teruja untuk menantikan kehadiran filem X-Men kelak!

Review Filem : Spider-Man: Brand New Day (2026)

Sebagai kesimpulannya, filem Spider-Man: Brand New Day (2026) merupakan sebuah filem yang berjaya. Sepanjang 145 minit filem ini, tiada satu pun babak yang 'boring' dan filem ini mudah untuk difahami serta sesuai untuk tontonan seisi keluarga. In shaa Allah sekiranya akan ditayangkan dalam platform 'streaming' aku pasti akan tonton lagi filem ini dirumah pula. Untuk itu, aku berikan filem ini :-

⭐⭐⭐⭐⭐⭐⭐⭐⭐/10

Rujukan : 
  • Marvel Studios
  • Sony
  • Wikipedia
  • Google Image




Post a Comment

0Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!