Peraduan Nestlé Gaji Seumur Hidup, 150 Rakyat Malaysia Pertama Menang Hadiah Mingguan Wang Tunai RM500

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Peraduan Nestlé Gaji Seumur Hidup, 150 Rakyat Malaysia Pertama Menang Hadiah Mingguan Wang Tunai RM500

Peraduan Nestlé Gaji Seumur Hidup 
150 Rakyat Malaysia Pertama Menang Hadiah Mingguan Wang Tunai RM500

#NestleGajiSeumurHidup


Nestlé Malaysia hari ini mengumumkan 150 pemenang pertama bagi peraduan terbaharu dan terbesar di seluruh negara, Peraduan Nestlé Gaji Seumur Hidup!

Dengan waktu mencabar yang telah menimpa Malaysia dan seluruh dunia, Nestlé dengan rasa besar hati ingin berkongsi berita baik dengan rakyat Malaysia menerusi peraduan ini. Para pemenang dari seluruh Malaysia dengan pelbagai latar belakang yang berbeza serta berumur dari 22 hingga 70 tahun akan menerima hadiah wang tunai sebanyak RM500, yang membawa kepada jumlah keseluruhan pemenang sebanyak RM75,000. 

Setakat ini, lebih 220,000 penyertaan telah diterima, dan rakyat Malaysia masih berpeluang untuk mencapai impian serta meringankan beban mereka. 


Nukilan daripada pemenang mingguan:


Nurdiana Binti Haji Bakri, pengatur cara komputer berumur 37 tahun dari Ipoh, Perak, teruja kerana telah memenangi bukan satu, tetapi dua hadiah mingguan! Ujar beliau, “Saya telah menghantar hampir 100 borang penyertaan jadi bertambahlah peluang saya untuk menang. Sekiranya saya memenangi Gaji Seumur Hidup, saya sudah ia pasti dapat membantu pendidikan anak-anak kami kerana tidak ada yang lebih penting daripada melihat anak-anak kami berjaya. Di samping itu, ia akan membantu membolehkan saya mengerjakan Haji bersama keluarga saya.” 



Seorang lagi pemenang mingguan, Encik Ravi Kumar A/L Govindaroju, seorang akauntan berumur 34 tahun dari Rawang, berkata, “Oleh kerana saya hanya menghantar satu borang penyertaan untuk pertandingan ini, berita kemenangan saya sebagai salah seorang pemenang mingguan adalah agak mengejutkan! Saya benar-benar bersyukur kerana telah memenangi hadiah wang tunai yang sudah tentu akan membantu perbelanjaan bulanan saya, termasuk penjagaan ibu saya yang menghidap kencing manis. Impian saya adalah untuk membeli rumah saya sendiri pada suatu hari nanti dan saya pasti akan menghantar lebih banyak penyertaan untuk membolehkan saya untuk memenangi ‘Gaji Seumur Hidup!’”



Encik Teng Wei Kiong, pemilik kedai berumur 40 tahun, dari Sarikei, Sarawak, berkata, “Selepas mendapat tahu mengenai peraduan ini, saya telah menghantar kira-kira 20 penyertaan dengan membeli produk KIT KAT, MILO dan NESCAFÉ, yang merupakan antara produk kegemaran keluarga saya. Saya amat berpuas hati dengan kemenangan ini dan saya harap saya akan dapat memenangi hadiah utama dan menggunakannya untuk pendidikan anak-anak saya.” 



Harun Bin Wahab, 57 tahun, dari Negeri Sembilan, berkata, “Anak perempuan saya telah membantu seisi keluarga kami untuk menghantar borang penyertaan untuk peraduan ini, dan kami juga menikmati MILO hampir setiap hari di rumah. Kemenangan ini benar-benar tidak diduga. Memandangkan buat masa ini saya tidak mempunyai pekerjaan tetap, pendapatan saya adalah terhad. Jadi, wang hadiah ini akan dapat membantu saya. Saya merancang untuk menghantar lebih banyak borang penyertaan dengan harapan untuk memenangi hadiah utama dan menyimpan wang untuk keluarga saya.”

Peraduan Nestlé Gaji Seumur Hidup menawarkan hadiah wang tunai bernilai hingga RM4 juta, dan membolehkan dua pemenang Hadiah Utama untuk menerima ‘Gaji Seumur Hidup’ RM3,000 setiap bulan, dan 10 pemenang Hadiah Sagu Hati untuk membawa pulang ‘Gaji Untuk Setahun’ sebanyak RM3,000 setiap bulan. Manakala, hadiah wang tunai RM500 akan diberi kepada 50 pemenang setiap minggu sepanjang tempoh peraduan berlangsung.

Dengan 150 pemenang pertama ini, impian akan mula menjadi kenyataan sebelum pengumuman 10 Pemenang Gaji Setahun dan acara terakhir pada bulan Jun 2020 bagi menentukan pemenang-pemenang hadiah Gaji Seumur Hidup!

Sepanjang tempoh peraduan, pengguna di rumah yang ingin menyertai peraduan ini boleh membeli produk Nestlé dengan mudah menerusi laman web e-dagang seperti Lazada dan Shopee, dan menghantar borang penyertaan menerusi Whatsapp. Pengguna juga boleh menyimpan resit mereka dan mengemukakan borang penyertaan melalui pos. Untuk menyertai peraduan ini, pengguna hanya perlu membeli produk Nestlé yang turut serta bernilai sekurang-kurangnya RM15 dalam satu resit dan menjawab satu soalan mudah.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang Peraduan Nestlé Gaji Seumur Hidup dan cara untuk menyertai peraduan yang menawarkan peluang sekali seumur hidup ini, sila ke laman https://www.dearnestle.com.my/event-and-happening/peraduan-gaji-seumur-hidup 

Sekian

14 comments:

  1. Dh try ke aerill? Akak asal shopping je,lupaaaaa.hahahaha

    ReplyDelete
  2. Semalam baru beli susu dan milo, bolehlah kan nak cuba masuk, mana tau rezeki PKP ni kan, walau tak banyak tapi at least berbaloi gak bulan-bulan duit masuk, boleh buat beli barang keperluan kan...

    ReplyDelete
  3. wa, baru tahu ada peraduan sebegini. tak salah mencuba, kot-kot rezeki untuk kita kan. rezeki suami isteri ke, anak-anak ke. rm500 tu besar nilainya :)

    terima kasih nestle.

    ReplyDelete
  4. aida da submit 1 penyertaan.
    but lom ada tuah menyebelahi aida.
    alangkah indahnya dpt gaji rm3k setiap bulan!
    alhamdulillah.

    ReplyDelete
  5. Boleh cuba ni nanti mana tau ada rezeki. Berbaloi tu

    ReplyDelete
  6. tahniah buat semua pemenang. beli barang nestle tapi selalu lupa simpan resit. jenis terus buag resit. lepas ni kena simpan

    ReplyDelete
  7. Tahniah buat semua pemenang. Best tu dapat hadiah, nak join jugalah nanti, sempat lagi kan.

    ReplyDelete
  8. Rasanya ada beli barang Nestle tetapi terlupa lak hal peraduan ini huhu...pas ni nak ingat la kut kut bertuah hihi..

    ReplyDelete
  9. Hadoi lupa nak join , nak tengok resit balik.. terbaik Nestle buat peraduan macam nih. moga covid19 dapat diputuskan dan PKP berakhir

    ReplyDelete
  10. Bertuahnya dorang menang..iena tau peraduan ni tapi asyik lupa je nak join..sibuk nau kerja. Bila tengok dorang dapat hadiah..alahaiiii rugi nya tak join awal2:D
    pas ni kene ingat la mesti join :D

    ReplyDelete
  11. Tahu pasal peraduan ni, tapi asal beli barang je lupa lak pasal contest ni. Lepas ni kena ingat2 le..mana tahu leh menang hadiah gaji semumur hidup

    ReplyDelete
  12. Bertuah sungguh diaornag..Alhamdulilah..diaornag berusha join contest ni..rezeki snagt dapat gaji

    ReplyDelete
  13. Hafi tu surih suami beli maggi 6 bu gkus tapi tuhlah resit dah buang terlupa pula nak join contest faji seumur hidup ni. Rugi rugi.

    ReplyDelete
  14. Syukur alhmadulillah. tahniah kepada pemenang dan good luck kepada peserta. Akak bab contest camni pass dulu. hehe

    ReplyDelete

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Powered by Blogger.