Apa Seterusnya dalam MCU Selepas Avengers Endgame?

Assalamualaikum dan salam sejahtera


Sebagai peminat Marvel Cinematic Universe, mesti anda akan tertanya-tanya apakah filem seterusnya didalam franchise terbesar dan paling berjaya di dunia ni kan? Selepas apa yang terjadi di dalam Avengers : Endgame (2019) dan Spider-Man : Far From Home (2019) apa pula perancangan Marvel Studio?

In shaa Allah dalam artikel kali ini aku akan kongsikan perancangan Marvel Studio dalam fasa berikutnya iaitu Phase 4 dan Phase 5.

APA SETERUSNYA DALAM MCU SELEPAS AVENGERS : ENDGAME?



Pada Julai 2019 yang lalu, Marvel Studios telah mengadakan panel di San Diego Comic-Con dimana presidennya , Kevin Feige mengumumkan secara penuh bagi Phase 4. Antara filem yang tersenarai adalah seperti Black Widow, The Eternals, Shang-Chi and the Legend of the Ten Rings, Doctor Strange in the Multiverse of Madness dan Thor : Love and Thunder. 

Selain itu, beliau juga turut mengumumkan lima siri yang bakal ditayangkan di Disney+ iaitu The Falcon and Winter Soldier, WandaVision, Loki, What If...? dan Hawkeye. Kevin Feige juga turut mengesahkan bahawa filem dan siri ini masing-masing adalah berkaitan dimana siri Loki dan WandaVision adalah disetkan untuk terus berhubung kait dengan filem Doctor Strange in the Multiverse of Madness.

Sebulan kemudian di D23, Kevin Feige mengumumkan tiga lagi siri di Disney+ yang akan dimasukkan ke dalam Phase 4 iaitu Ms. Marvel, Moon Knight dan She-Hulk. Pada bulan September, Disney dan Sony Pictures membuat pengumuman berkenaan filem ketiga Spider-Man yang akan diterbitkan oleh Marvel Studios dan Kevin Feige. Filem ini juga dimasukkan dalam senarai Phase 4.

PHASE 4
FILEM :

πŸ‘‰BLACK WIDOW : 6 NOVEMBER 2020
πŸ‘‰THE ETERNALS : 12 FEBRUARI 2021
πŸ‘‰SHANG-CHI AND THE LEGENDS OF THE TEN RINGS : 7 MAY 021
πŸ‘‰SPIDER-MAN 3 : 16 JULY 2021
πŸ‘‰DOCTOR STRANGE IN THE MULTIVERSE OF MADNESS : 5 NOVEMBER 2021
πŸ‘‰THOR : LOVE AND THUNDER : 18 FEBRUARI 2022


Black Widow 
Tarikh Tayangan : 6 November 2020

Berkisarkan plot selepas Captain America : Civil War (2016), Natasha Romanoff yang ketika itu bersendirian dan cuba untuk berhadapan dengan musuh yang terkait dengan kisah lampaunya. Natasha perlu berhadapan dengan sejarah hidupnya sebagai seorang pengintip dan keluarga yang ada sebelum beliau menjadi seorang Avengers. 

Kalau sebelum ini kita pernah melihat sedikit babak tentang sejarah hidup Natasha Romanoff/Black Widow di dalam Avengers: Age Of Ultron (2015), kini kita dapat melihat dengan lebih jelas dan juga apa yang terjadi sebelum beliau mati di dalam Avengers : Endgame (2019) 

πŸ’₯ : Mungkin ada yang tertanya kalau cerita lama , kenapa perlu dimasukkan ke dalam Phase 4? Aku ada terbaca beberapa ura-ura dan khabar angin bahawa dalam filem ini akan ada watak yang menjadi penting dalam Phase 4.


The Eternals 
Tarikh Tayangan : 12 Februari 2021

Selepas apa yang brelaku ketika Avengers : Endgame (2019), Eternal iaitu makhluk asing yang hidup abad diwujudkan oleh Celestial yang hidup di bumi secara rahsia selema lebih 7000 tahun akhirnya bersatu semula untuk mempertahankan dan selamatkan manusia daripada musuh iaitu Deviants. 



πŸ’₯ : Tak sabar nak tonton lakonan Angelina Jolie di dalam MCU. Untuk filem ini aku tak tau nak jangkakan apa sebab aku tak tahu tentang Eternals. Tapi tak apa sebab Marvel Studio bijak memperkenalkan watak-watak yang kurang dikenali. 



Shang-Chi and the Legend of the Ten Rings 
Tarikh Tayangan : 7 May 2021

Pada Disember 2018, Marvel Studio merancang untuk menghasilkan filem Shang-Cho, iaitu filem pertama MCU yang diterajui oleh orang Asia.  Pada San Diego Comic-Con, pelakon Simu Liu diumumkan akan melakonkan watak Shang-Chi manakala Tony Leung melakonkan watak Mandarin. 

Organisasi Ten Rings telah beberapa kali dipaparkan di dalam Iron Man (2008), Marvel One-Shot All Hail the King (2014) dan Ant-Man (2015). Di dalam Iron Man 3 (2013) seorang penyamar sebagai Mandarin di dalam filem itu dilakonkan oleh Ben Kingsley. 

πŸ’₯ : Filem ini juga aku tak dapat nak jangkakan plot dan bagaimana watak di dalam filem ini akan membantu Avengers. Aku jangkakan filem ini akan mendapat sambutan yang sama seperti filem Black Panther (2018).



Spider-Man 3 
Tarikh Tayangan : 16 July 2021

Pada April 2017, filem ke-3 Spider-Man telah diumumkan, dimana Tom Holland mengatakan bahawa filem ini plotnya akan berkisarkan ketika Peter Parker di tahun akhir sekolah menengah.  Pada Ogos 2019, Disney dan Sony tidak berjaya mencapai kata putus untuk Marvel Studios dan Kevin Feige terlibat dalam filem ini, walaubagaimanapun sebulan kemudian, satu pengumuman bahawa Marvel Studio dan Kevin Feige akan terbitkan filem ini.

πŸ’₯ : Masih lagi terkesima dengan kehebatan filem Spider-Man : Far From Home (2019), aku jadi tak sabar pula untuk lihat apakah plot seterusnya. Ada terbaca tentang khabar angin bagi plot filem ini, nampak menarik dna meyakinkan.


Doctor Strange in the Multiverse of Madness 
Tarikh Tayangan : 5 November 2021

Judul filem ini telah diumumkan pada 2019 di San Diego Comic-Con dimana pengarahnya Scott Derrickson memberitahu bahawa filem kali ini akan memberikan elemen-elemen seram dan menjadi filem seram pertama MCU. Pada bulan Januari 2020, Marvel Studio dan Scott Derrickson mengumumkan bahawa Scott tidak lagi menjadi pengarah kerana perbezaan idea, tetapi beliau masih menjadi penerbit eksekutif. Pada bulan April 2020, Sam Raimi mengesahkan bahawa beliau akan mengarahkan filem ini. 

Filem ini juga akan menampilkan Elizabeth Olsen sebagai Wanda Maximoff/Scarlet Witch dan akan berhubung kait dengan siri Disney+ WandaVision, dan juga siri Loki, menjadikan filem ini filem MCU pertama yang berhubungkait dengan siri televisyen. 

πŸ’₯ : Antara filem yang aku nantikan sebab pelbagai spekulasi dan ura-ura yang aku dengar menjadikan filem ini sangat menarik untuk ditonton. Dikhabarkan beberapa watak yang telah mati serta dari franchise terdahulu akan ada di filem ini. Tak sabar pula.



Thor: Love and Thunder 
Tarikh Tayangan : 18 February 2022

Pada Januari 2018, Chris Hemsworth menyatakan minat dan pendirian beliau untuk terus memegang watak Thor walaupun kontrak beliau dengan Marvel Studio akan tamat selepas Avengers : Endgame (2019). Pada San Diego Comic-Con 2019, judul filem ini telah diumumkan dengan kembalinya juga pelakon Natalie Portman, dimana beliau tidak berlakon di Thor : Ragnarok (2017). Kali ini watak beliau iaitu Jane Foster akan memegang kuasa sebagai Mighty Thor di dalam filem ini. Selain itu, Guardians of the Galaxy juga akan terlibat dengan filem ini. 

πŸ’₯  : Tak sabar nak tengok bagaimana watak Jane Foster memegang kuasa Mighty Thor. Sebelum ni dikatakan Natalie Portman dah tak nak berlakon dalam MCU. Tak sabar jugak nak tengok ahli GOTG dalam filem ini.

SIRI DISNEY+

πŸ‘‰THE FALCON AND THE WINTER SOLDIER : OGOS 2020
πŸ‘‰WANDAVISION : DISEMBER 2020
πŸ‘‰LOKI : AWAL 2021
πŸ‘‰WHAT IF...? : PERTENGAHAN 2021
πŸ‘‰HAWKEYE : 2022
πŸ‘‰MS. MARVEL : 2022
πŸ‘‰MOON KNIGHT : 2022

πŸ‘‰SHE-HULK : 2022



The Falcon and the Winter Soldier 
Tayangan : Ogos 2020

Siri ini mengisahkan tentang Sam Wilson dan Bucky Barnes bekerjasama di dalam dunia dimana mereka akan diuji. Siri ini mengambil tempat masa selepas Avengers : Endgame (2019). Daniel BrΓΌhl  dan Emily VanCamp akan kembali memegang watak MCU mereka di dalam siri ini iaitu Helmut Zemo dan Sharon Carter. 

πŸ’₯ : Antara siri Disney+ yang aku nantikan, tak sabar nak tengok bagaimana Sam Wilson menjadi Captain America. Tapi dalam trailer atau teaser yang ditayangkan sebelum ini, nampak gaya macam orang lain pulak.



WandaVision 
Tayangan : Disember 2020

Sementara hidup dengan kehidupan sederhana di luar kota, Wanda Maximoff dan Vision mula perasan akan sesuatu yang dilihat diluar kebiasaan. Siri ini mengambil tempat masa selepas Avengers : Endgame (2019) dan terus berhubung kait dengan filem Doctor Strange in the Multiverse of Madness. Teyonah Parris akan memegang watak sebagai Monica Rambeau, watak ini sebelum ini dilakonkan oleh Akira Akbar sebagai seorang kanak-kanak di dalam Captain Marvel (2019). Randall Park dan Kat Dennings akan kembali memegang watak MCU mereka sebagai Jimmy Woo dan Darcy Lewis di dalam siri ini.



πŸ’₯ : Yang paling aku nanti-nantikan! Ada banyak khabar angin atau plot leak yang mengatakan bahawa siri ini akan mengambil atau adaptasikan cerita House Of M di dalam komik. Kepada yang tak tau, dalam House Of M, Wanda Maximof akan menjadi 'gila' dan menghasilkan pelbagai kecelaruan dalam dunia.


Loki 
Tayangan : Awal 2021

Siri Loki ini akan mengikut versi Loki yang mencuri Space Stone pada tahun 2012 di dalam Avengers : Endgame (2019). Siri ini akan terus berhubung kait dengan Doctor Strange in the Multiverse of Madness. 


πŸ’₯ : Aku ada dengar khabar angin bahawa Loki di dalam siri ini akan membuat kekacauan di dalam pelbagai universe dan mengakibatkan sesuatu yang dahsyat. Sebab itu siri ini akan berhubung kait dengan Doctor Strange.


What if...? 
Tayangan : Pertengahan 2021

Dalam siri What If....? akan menceritakan tentang peristiwa di dalam Marvel Cinematic Universe yang terjadi secara berbeza.  Siri ini akan mempunyai 10 episod untuk musim pertama, dan musim kedua sudah diumumkan mempunyai 10 episod juga. 

πŸ’₯ : Menarik juga idea mereka. Aku ada dengar salah satu plotnya adalah bagaimana jika Iron Man yang pergi ke planet Sakaar dan bukannya Thor.


Hawkeye 
Tayangan : 2022

Siri ini akan memfokuskan pada Clint Barton/ Hawkeye memberi tunjuk ajar kepada watak Kate Bishop iaitu penerus bagi Hawkeye.


Ms. Marvel 
Tayangan : 2022



Moon Knight 
Tayangan : 2022


She-Hulk 
Tayangan : 2022

 PHASE 5


Pada 2019, di acara San Diego Comic-Con, selepas mengumumkan tentang Phase 4, Kevin Feige mengesahkan tentang beberapa projek seperti Black Panther 2, Fantastic Four di dalam perancangan. Beliau juga memberitahu bahasa keseluruhan Phase 5 telah pun dirancang. 

πŸ‘‰Black Panther 2 
Tarikh Tayangan : 6 May 2022

πŸ‘‰Captain Marvel 2 
Tarikh Tayangan : 8 July 2022

πŸ‘‰Ant-Man 3
Tarikh Tayangan : N/A

πŸ‘‰Blade
Tarikh Tayangan : N/A

πŸ‘‰Fantastic Four
Tarikh Tayangan : N/A

πŸ‘‰Guardians of the Galaxy Vol. 3
Tarikh Tayangan : N/A


MASA DEPAN MARVEL CINEMATIC UNIVERSE

Perancangan rapi yang dirancang oleh  Marvel Studio dijangkakan akan memberi kejayaan yang mungkin lebih berbanding dengan Infinity Saga. Jika dilihat daripada hasil kerja mereka terdahulu, segalanya dirancang dengan begitu baik, siapa sangka beberapa filem dengan watak yang tidak dikenali mampu memberi kutipan melebihi 1 Bilion USD?

Dengan kembalinya hak cipta watak X-Men dan Fantastic Four kepada Marvel Studios serta kerjasam bersama Sony untuk watak Spider-Man, segalanya dilihat begitu baik dan akan menjadi fenomena yang lebih lagi.

Sekian.

Sumber : Marvel | Fandom | Image  | Bosslogic |

1 comment:

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Powered by Blogger.