5 Smartphone Terbaik Bawah RM1000 (2020)

Assalamualaikum dan salam sejahtera



Apa khabar semuanya? Semoga berada dalam suasana yang sihat dan ceria. Baiklah, kali ini aku nak kongsi dengan anda semua, pendapat aku sendiri mengenai 5 telefon pintar terbaik untuk tahun 2020 dibawah harga RM1000. Ya, walaupun tahun 2020 masih belum tamat, dan kita berada di pertengahan tahun, tapi boleh lihat setakat ini banyak juga jenama yang mengeluarkan telefon pintar terbaru.

Untuk senarai kali ini aku tidak akan memasukkan sebarang telefon pintar keluaran Apple kerana aku kurang sedikit pengetahuan di bahagian itu, tambah pula aku ni pengguna android sejak azali.πŸ˜…

Okay, pemilihan kali ini adalah mengikut spesifikasi iaitu platform, storan rom dan ram, kamera dan bateri. In shaa Allah dalam senarai ini juga aku dah tunjuk sekali link untuk pembelian, jadi tak payah nak cari dah linknya. Harganya pulak memang betul-betul dibawah RM1000 ya!

Jadi tanpa membuang masa, jom kita lihat.✌😎

5 SMARTPHONE TERBAIK TAHUN 2020 BAWAH RM1000

REDMI NOTE 9S



KELUARAN: APRIL 2020
HARGA : RM 849

πŸ‘‰Platform : Qualcomm® Snapdragon™ 720G
πŸ‘‰Bateri : 5020mAh
πŸ‘‰Kamera
Rear Camera : 48MP, 8 MP, 5 MP, 2MP
Front Camera : 16 MP
πŸ‘‰Storan  & Ram : 6GB + 128GB

Beli di pautan ini 🠊 https://bit.ly/2WEmkCD

Telefon pintar Redmi Note 9S merupakan antara keluaran terbaru di tahun 2020. Memiliki ciri-ciri menarik dan reka bentuk terkini! Mempunyai Quad Camera, memang antara telefon yang sangat bagus dari sudut kameranya. Selain itu, untuk permainan game dan ruang aplikasi yang besar iaitu RAM sebesar 6GB pada harga RM 849 memang sangat berbaloi!

REALME 6

KELUARAN : MAC 2020
HARGA : RM 959

πŸ‘‰ Platform : Mediatek MT6785 Helio G90T (12 nm)
πŸ‘‰ Bateri :4300mAh
πŸ‘‰ Kamera
Rear Camera : 64MP, 8MP, 2MP, 2MP
Front Camera : 16MP
πŸ‘‰ Storan & Ram : 4GB + 128GB

Beli di pautan ini 🠊 https://bit.ly/3cebMko

Jenama realme sememangnya sejak akhir-akhir sangat aktif mengeluarkan telefon terbaru. Kali ini adalah siri terbarunya iaitu realme 6. Dengan harga RM999, apa yang tersedia adalah Android 10, dan dengan kamera yang turut berkuasa tinggi. Kamera hadapannya 16MP dan terletak disudut tepi sebelah kiri! 

HONOR 9X PRO


KELUARAN : OGOS 2019
HARGA : RM999

πŸ‘‰ Platform : Kirin 810 (7 nm)
πŸ‘‰ Bateri : 4000mAh
πŸ‘‰ Kamera
Rear Camera : 48MP, 8MP, 2MP
Front Camera : 16MP
πŸ‘‰ Storan & Ram : 6GB + 256GB

Beli di pautan ini 🠊 https://bit.ly/3dtzrgG

Walaupun telefon pintar Honor 9X Pro ini dikeluarkan pada tahun 2019, tetapi ciri-ciri dan spesifikasi yang tersedia masih tidak lapuk dek hujan tak lekang dek panas. Menggunakan chipset bertaraf flagship iaitu Kirin 810, telefon ini mempunyai tiga kamera dibelakang dan harga untuk pasaran sekarang adalah RM999. 

OPPO A91


KELUARAN : DISEMBER 2019
HARGA : RM999

πŸ‘‰ Platform : Mediatek MT6771V Helio P70 (12nm)
πŸ‘‰ Bateri : 4025mAh
πŸ‘‰ Kamera
Rear Camera : 48MP, 8MP, 2MP, 2MP
Front Camera : 16MP
πŸ‘‰ Storan & Ram : 8GB + 128GB

Beli di pautan ini 🠊 https://bit.ly/2L8CbEj

Telefon pintar OPPO A91 ini didatangkan dengan RAM sebesar 8GB dan sangat sesuai untuk gaming dan sebagainya. Dikeluarkan pada hujung tahun 2019, bateri pada telefon ini mencecah 4025mAh. Mempunyai empat kamera dibelakang dan satu kamera hadapan. Memang berbaloi!

VIVO Y19



KELUARAN : NOVEMBER 2019
HARGA : RM899

πŸ‘‰ Platform : Mediatek MT6768 Helio P65 (12nm)
πŸ‘‰ Bateri : 5000mAh
πŸ‘‰ Kamera
Rear Camera : 16MP, 8MP, 2MP
Front Camera : 16MP
πŸ‘‰ Storan & Ram : 6GB + 128GB

Beli di pautan ini 🠊 https://bit.ly/2YMcIs8

Vivo Y19 ini dikeluarkan pada hujung tahun 2019 dan harga pasaran sekarang adalah RM899. Mempunyai kapasiti bateri sebesar 5000mAh dan RAM sebesar 6GB, telefon ini memang mampu untuk menampung gaming dan fungsi2 lain secara efektif! 

KESIMPULANNYA

Telefon pintar yang berkuasa tinggi dan mampu berfungsi dengan baik merupakan salah satu aspek penting dalam pemilihan telefon pintar. Sama ada untuk kegunaan harian, kerja atau permainan online, telefon pintar yang terbaik perlu dipilih dengan bijak. 

Jika boleh memilik telefon pintar yang betul-betul pintar dengan harga yang murah, apa lagi yang ditunggu? Sebab setiap tahun pastinya akan keluar banyak telefon pintar dengan pelbagai tawaran yang lebih menarik. Pilihan yang ada hanyalah menunggu sehingga telefon pintar yang lebih baru keluar dipasaran atau membeli yang ada dipasaran tetapi fungsi tetap hebat dan menepati citarasa.

SEKIAN

Sumber Rujukan :  GSM ARENA | GOOGLE IMAGE | SHOPEE

10 comments:

  1. dah pengaruh kawan aku suruh beli note 9s haha

    ReplyDelete
  2. di kala mma tgh survery henpon.. tq for sharing

    ReplyDelete
  3. Survey ajelah dulu pas² ni baru tengok mana yang nak sebenarnya hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu. kena banyakkan survey & buat kaji selidik sebelum beli smartphone :)

      Delete
  4. Thanks. X boleh tukar hp lg sbb nak tunggu yg ada 5G kuar di pasaran...

    ReplyDelete
  5. dr dlu guna samsung je..wah hp lain pun ok. dh lama usha oppo. rmai kata camera ok

    ReplyDelete
  6. saya guna realme 5 pro. ok lah harga bajet.
    now dah keluar pula realme 6.

    ReplyDelete
  7. Semuanya mempunyai spec yang menarik . Fuhhh pilih- pilih yang mana berkenan

    ReplyDelete

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Powered by Blogger.