Fadhilat dan Kelebihan Surah An-Nas

Assalamualaikum dan salam sejahtera


FADHILAT DAN KELEBIHAN SURAH AN-NAS | Kali ini adalah perkongsian mengenai salah satu surah yang terdapat dalam kitab suci Al Quran iaitu Surah An-Nas. Surah An-Nas adalah surah terakhir iaitu yang ke 114 setelah Surah Al Falaq, dalam Al Quran. Ia terdiri daripada enam ayat dan tergolong dalam surah Makkiyyah (turun sebelum hijrah). Nama ‘An-Nas’  yang bermaksud manusia, diambil dari perkataan ‘An-Nas’ yang disebut pada setiap akhir ayat surah ini.

Surah ini pendek dan ringkas namun membawa erti mendalam tentang perlunya manusia kepada Allah sebagai pelindung mutlak daripada kejahatan syaitan durjana. Iaitu ia menganjurkan manusia memohon perlindungan kepada Allah dari godaan syaitan baik yang berasal dari golongan manusia mahu pun jin. Surah An-Nas ini juga adalah penerang hati.


FADHILAT SURAH AN-NAS


Surah ini adalah bagi menganjurkan manusia memohon perlindungan kepada Allah SWT dari godaan syaitan baik yang berasal dari golongan manusia mahu pun jin.

1.  Surah An-Nas merupakan salah satu ‘Al Mu’awwidzataini’, iaitu dua surah yang mengandungi permohonan perlindungan.

2.  Surah An-Nas ini juga adalah dianggap surah penenang dan penerang hati.

3.  Surah An-Nas, jika dibaca sebanyak 1000 kali, boleh menjadi pengasih dan daya penarik.

Daripada Aisyah r.ha. katanya : “Nabi SAW apabila ke tempat hamparan tidur setiap malam baginda menatadah kedua tangannya kemudian menghambus kedua tapak tangan lalu membaca surah Ikhlas, surah Al-Falaq dan surah An-Nas kemudian baginda menyapu ke bahagian badan yang dapat dicapai oleh kedua tangan, baginda memulakannya dari kepala, muka, dan bahagian badan yang dapat dicapai. Baginda melakukan seperti demikian sebanyak tiga kali.” (Hadis Riwayat Bukhari)

SURAH AN-NAS


بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
"Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani"


قُلۡ أَعُوذُ بِرَبِّ ٱلنَّاس
Katakanlah (wahai Muhammad) aku pohon perlindungan pada Tuhan yang memelihara manusia.


مَلِكِ ٱلنَّاسِ
Yang menguasai (dan memerintah) manusia.


إِلَـٰهِ ٱلنَّاسِ
Tuhan yang disembah manusia.


مِن شَرِّ ٱلۡوَسۡوَاسِ ٱلۡخَنَّاسِ
Dari kejahatan (Syaitan) pembisik yang datang dan menghilang.


ٱلَّذِى يُوَسۡوِسُ فِى صُدُورِ ٱلنَّاسِ
Yang membisik (kejahatan) di dalam dada manusia.


مِنَ ٱلۡجِنَّةِ وَٱلنَّاسِ

Iaitu dari (Syaitan) jin dan manusia.

Ayat Surah An-Nas pendek dan ringkas tetapi membawa makna yang mendalam tentang perlunya manusia kepada Allah SWT sebagai pelindung mutlak daripada kejahatan syaitan durjana.

Surah ini mengandungi tiga sifat Allah SWT: ‘Rububiyah’, ‘Mulkiyah’ dan ‘Uluhiyah’. Allah pengurus, Raja dan ‘Illah’ segala sesuatu. Semuanya adalah makhluk-Nya, di bawah kerajaan-Nya, dan mengabdi kepada-Nya. Oleh kerana itu, maka Allah memerintahkan kepada sesiapa saja agar memperlindungkan diri kepada Allah SWT yang mempunyai 3 sifat agung tadi, dari segala macam bisikan al-khannas, iaitu syaitan yang akan diwakilkan kepada manusia.


KESIMPULANNYA

Maka sudah sepatutnya bagi kita selalu memohon pertolongan dan perlindungan hanya kepada Allah SWT semata-mata. Mengakui bahawa sesungguhnya seluruh makhluk berada di bawah tatacara dan kuasa-Nya. Semua kejadian ini terjadi atas kehendak-Nya. Dan tiada yang boleh memberikan pertolongan dan menolak mudarat kecuali atas kehendak-Nya pula.

Semoga Allah SWT menjadikan kita sebagai hamba-hamba-Nya yang sentiasa meminta pertolongan, perlindungan dan mengikhlaskan seluruh ibadah hanya kepada-Nya.

SEKIAN

Sumber : Surah An-Nas | Google Image

5 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


  1. Manfatkanlah fadilat dan kelebihan Surah An-Nas.
    Semoga kita sentiasa dilindungi daripada gangguan syaitan

    ReplyDelete
  2. Hello, i think that i saw you visited my website thus i came to “return the favor”.I’m trying to find things to improve my website!I suppose its ok to use some of your ideas!!

    Have a look at my homepage;대구오피

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete

Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

Previous Post Next Post