Assalamualaikum dan salam sejahtera


Penyanyi No 1 Negara, Dato' Sri Siti Nurhaliza kembali lagi dengan buah tangan terbaru iaitu lagu hasil karya Hafiz Hamidun dan Fedtri Yahya yang berjudul Basyirah. Sama-sama kita hayati lagu ini dan liriknya. Anda boleh membeli dan mendengar lagu ini di platform seperti Spotify, iTunes dan sebagainya.


Tajuk Lagu :  Basyirah
Penyanyi :  Dato Sri Siti Nurhaliza
Komposer :  Hafiz Hamidun
Penulis Lirik :  Fedtri Yahya


Ku membaca warkah dunia

Kisah hidup penuh rintangan
Moga Dia ampun segala
Musibah yang membangkitkan harapan

Tidak dapat aku bayangkan
Tidak dapat aku hitungkan
Airmata tanpa jeritan
Rintih hiba di malam kegelapan

Bila Dia menghadirkan
Sakit yang membelenggu
Mengajar hati ini .. menzikirkan
Luahan jiwa

Apakah mayapada
Berakhir dengan lara
Ibarat angin duka
Dari lembah yang hampa

Dalam tangis aku ratibkan
Dalam syahdu ku munajatkan
Kalam rindu dalam tasbihku
Moga detik berkah bawa mubaraknya

Hadir insan berterusan hulur firasat sejati
Perisaikan diri menjaga nyawa tak terganti
Budi yang terpuji
Kesabaran yang mulia..

Bila Dia menghadirkan
Sakit yang membelenggu
Mengajar hati ini
Menzikirkan luahan jiwa

Apakah mayapada
Berakhir dengan lara
Ibarat angin duka
Dari lembah yang hampa

Semoga kepedihan ... membawa basyirah...

Baca Juga : 10 Konsert Terbaik Dato' Sri Siti Nurhaliza

VIDEO LIRIK BASYIRAH


SEKIAN


2 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Previous Post Next Post