Kisah Hari Raya Aidilfitri 2020

Assalamualaikum dan salam sejahtera


Artikel pertama selepas hari raya Aidilfitri 2020. Hari raya ke enam barulah aku ada masa untuk menulis coretan disini. Sebenarnya bukanlah tiada masa, cuma mood nak menulis masih belum ada. Baiklah sebelum ini aku ada cerita tentang persiapan raya Aidilfitri 2020 yang serba sederhana tapi meriah. Kali ini aku nak cerita tentang hari raya Aidilfitri.

HARI RAYA AIDILFITRI 

Kebiasaannya, pagi 1 Syawal akan meriah dirumah, dengan masing-masing sibuk buat kerja, ada yang nak mandi, ada yang baru nak iron baju, susun kuih dalam balang, potong lemang dan ketupat dan sebagainya. Kemudian, bersiap-siap ke masjid untuk solat sunat Aidilfitri. Lepas selesai solat di masjid, kami akan beraya sesama ahli keluarga di rumah, kemudian beraya di rumah jiran-jiran.

Lepas habis beraya di rumah jiran, kami sekeluarga akan pulang ke kampung sebelah mak yang terletak 15KM sahaja dari rumah. Beraya di kampung bersama tokwan, makcik, maksu dan makngah. Kebiasaannya rumah tokwanlah kami akan berkumpul sehingga petang. Kemudian keesokkan harinya kami sekeluarga akan pulang ke kampung sebelah ayah yang berada nun jauh di utara negeri Kedah.

Di sebelah ayah, kami akan beraya dari rumah ke rumah, sebab boleh dikatakan keseluruhan kampung tersebut merupakan adik beradik, saudara mara terdekat dengan ayah aku. Memang penat tapi seronok sebab pergi banyak rumah, jumpa saudara mara. 

Lepas tu, balik ke rumah pulak dalam keadaan penat, berbaju raya. Kemudian keesokkan harinya, beraya dirumah, kawan-kawan ayah, mak, kawan-kawan kakak dan kawan aku akan datang untuk beraya. Jadi mak aku akan masak something special untuk diberikan kepada mereka yang datang.

Hari berikutnya pula akan ada majlis rumah terbuka di kawasan rumah aku, dan kadang-kadang ada jugak jemputan rumah terbuka di beberapa tempat daripada kenalan ayah aku. Rumah terbuka ni sehingga hari terakhir Syawal masih ada ya!

Baby Daniel bersama Tokwannya. (Ayah Aku)


AIDILFITRI 2020

Tahun 2020 agak berbeza tapi disambut dalam sederhana sahaja kerana ada beberapa perkara yang terjadi yang menyebabkan suasana sedikit berbeza. Macam yang aku ada cerita sebelum ni, tokwan aku sudah tiada. Seminggu sebelum hari raya pula anak sedara aku, Baby Daniel baru sahaja selesai buat pembedahan jantung berlubang. Jadi raya yang disambut adalah sederhana.

Tambahan pula pandemik Covid-19 yang berlaku, memang berbezalah kali ini. Hari raya pertama, kami dirumah masih sibuk membuat persiapan dan sebagainya. Cuma yang berbeza solat Aidilfitri di rumah sahaja. Kemudian beraya di rumah jiran yang terdekat sahaja.

Tahun ni kami tak balik kampung. Sama ada kampung sebelah mak atau sebelah ayah, dua-dua tak balik. Beraya di rumah sahaja, pertama adalah disebabkan Covid-19, kedua adalah disebabkan Baby Daniel yang tak boleh terima tetamu sebab masih dalam tempoh pemulihan. Alhamdulillah, sehingga ke cerita ni dikarang, Baby Daniel dan tunjuk beberapa pemulihan, berat pun main naik. Alhamdulillah.

Rumah terbuka dan sebagainya memang sudah tiada. Jadi raya tahun ni mungkin tidak akan dirasai sehingga ke akhir Syawal seperti kebiasaannya. Aku tengok pun ramai yang dah masuk kerja seawal raya ke 3.

Baby Daniel, Kakak Aku dan Abang Ipar Aku.


SYUKUR & REDHA

Bagi aku, apa yang penting buat masa sekarang ni adalah bersyukur dengan apa yang berlaku. Bersyukur dengan rezeki kesihatan, kewangan dan sebagainya yang diberikan Allah S.W.T. Walaupun mungkin apa yang kita terima bukanlah apa yang diharapkan, tapi dengan bersyukur setidak-tidaknya kita akan rasa puas dengan apa yang dapat.

Seterusnya kita perlu redha dengan ketentuan. Segalanya dah terjadi, jadi kita perlu ikut dan terima serta redha dengan ketentuan Ilahi. In shaa Allah, segalanya akan lebih baik di masa akan datang. 



Dikesempatan ini, saya, Mohamad Khairil Hassan atau dikenali sebagai Aerill ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin. 🥀


SEKIAN

4 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


  1. memang sunyi sikit bila beraya pada musim PKPB ni. Tp abam kie sempat balik kg ayah dan mentua jap. Ptg tu dah kembali ke rumah. Mmg patuh SOP sungguh.

    ReplyDelete

Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

Previous Post Next Post