Pertama Kali Beli Barang Untuk Mak di CJ WOW SHOP

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Pertama Kali Beli Barang Untuk Mak di CJ WOW SHOP

Macam yang anda baca di tajuk entri kali ini, aku nak ceritakan tentang pertama kali beli barang yang ditayangkan di saluran beli belah online CJ WOW SHOP. In shaa Allah aku akan ceritakan prosesnya dari awal sehinggalah barnagnya sampai dirumah dengan selamat  3 hari sebelum raya.

CJ WOW SHOP

CJ WOW SHOP yang ditayangkan di saluran Media Prima merupakan salah satu rancangan yang aku akan elakkan untuk tengok. Begitu juga dengan saluran beli belah televisyen lain seperti Go Shop dan sebagainya. Ye lah, dulu-dulu di TV9 waktu petang pasti ada rancangan kartun yang banyak, tapi sekarang dah ditukar kepada rancangan CJ WOW SHOP.

MACAM MANA BOLEH 'TERBELI'?

Di suatu petang yang indah, ketika aku sedang sibuk buat kerja menggunakan laptop di dapur, adik aku panggil suruh datang ke ruang tamu. Rupanya ia adalah sebab mak aku berminat dengan salah satu produk yang ditayangkan di CJ WOW SHOP. Nampak gayanya pengacara yang mempromosikan produk ini telah berjaya menghasut mak aku untuk beli. Okay, disebabkan aku anak yang baik lagi mendengar kata, aku pun terus melihat produk tersebut di laman web.






Dengan harga RM160,  tambahan pula percuma kos penghantaran, aku rasa berbaloilah jugak beli produk ni.  Sudah lama jugak mak aku tak beli barangan dapur macam periuk, belanga dan sebagainya. Yang ada dirumah pun dah berpuluh-puluh tahun usianya.


Yang lebih menarik sebab ada hadiah percuma, senduk, pemegang pot dan juga set compartment yang cantik. Jadi, tanpa melengahkan masa aku pun terus beli dan membuat pesanan.

Untuk produk ini, aku menggunakan pembayaran Cash On Delivery. Sudah lama juga aku tak gunakan pembayaran COD bila membeli barang online. Kalau beli di Shopee dan sebagainya, aku gunakan online banking sahaja. Tapi kali ini aku cuba guna pembayaran Cash on Delivery.

TEMPOH PENGHANTARAN


Aku membuat pesanan untuk Little Homes Non Stick Set ini pada 9 Mei 2020 dan jangkaan barang ini sampai di rumah adalah selama 7 hari bekerja. Pada awalnya aku agak risau tentang penghantaran barang terutamanya di musim perayaan dan Covid-19 ni. Banyak jugak aku tengok gambar di laman sosial media yang menunjukkan lambakan barang ditempat pengumpulan barang sebelum dihantar ke rumah pelanggan. Ada juga yang sudah berbulan-bulan barang masih belum dapat ditangan.

Alhamdulillah, pada 15 Mei barang telah dipick-up oleh courier iaitu GDEX, kemudian proses penghantaran akhirnya selesai pada 21 Mei 2020 iaitu 3 hari sebelum hari raya aidilfitri. Sempatlah mak aku untuk gunakan periuk Little Homes ni untuk membuat rendang dan lauk raya nanti.


DAH SAMPAI : LITTLE HOMES NONSTICK XL COOKWARE SET 


21 Mei 2020,  lebih kurang jam 12.30 tengah hari, Little Homes Non Stick ni pun sampai di rumah. Lori GDEX yang berhenti betul-betul didepan rumah, kemudian kita hanya perlu membayar wang secukupnya.  Kita kenalah bijak disini ya, kenalah sediakan duit secukupnya, barulah mudah urusannya.




Lepas buka sahaja kotak diatas, anda boleh lihat produk yang disusun dengan baik. Kotak yang sampai pun dilihat baik-baik sahaja, tanpa sebarang kemek yang teruk dan sebagainya. Ada aku lihat dalam twitter agaknya ada gambar bungkusan yang teruk kemek dan rosak. Alhamdulillah, kotak yang aku terima baik-baik sahaja.

32cm NON-STICK POT WITH GLASS LID (8L)




32cm NON-STICK WOK 






32cm sahaja untuk saiz kedua-dua pot dan wok yang diterima. Mungkin bagi anda kecil, tapi aku rasa dah besar saiznya. Penutup periuk tu pulak boleh digunakan untuk kedua-duanya sekali! Memang berbaloi.
FLOWER PARTY SET (CANDY BOX)


Ini pulak antara hadiah percuma yang diberikan. Set compartment yang mempunyai 5 bahagian kelopak. 


Bolehlah nanti aku letak kuih raya, kekacang dan sebagainya dalam bekas ni. Yang lagi unik, kita boleh buka dan tutup kelopak bunga ni dengan memutarkan bahagian atas sahaja! Memang cantik dan unik. Walaupun raya kali ini mungkin tiada tetamu yang akan datang, tapi apa salahnya letak kuih di tempat sebegini. Contoh lain adalah meletak bahan-bahan di atas laksa, bihun sup mahupun soto. 😅

KESIMPULANNYA

Apa yang aku nak tegaskan disini adalah tidak salah jika kita menghadiahkan ibu atau bapa kita barangan yang mereka suka. Walaupun apa yang kita berikan ini tidaklah seberapa berbanding apa yang mereka telah lakukan untuk kita. Selain dapat menggembirakan mereka, aku jugak rasa puas hati bila mana barang yang sampai tepat dengan jangkaan mereka.

Membeli belah secara online sekarang ni sudah menjadi satu kebiasaan. Mungkin antara norma baharu selepas COVID-19 adalah lebih banyak pembelian secara online. Sekarang pun kita boleh lihat pelbagai medium digunakan untuk membeli secara online, ditelevisyen, telefon pintar dan sebagainya Semuanya untuk memudahkan kita dan urusan pembelian barang.


Sumber : CJWOWSHOP 

Sekian

5 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


  1. Wah menarik ni.. tengah cari kuali jugak skrg ni..

    ReplyDelete
  2. Saya dah order Tapi macam mana nak tahu barang tu dah pos ke belom?

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum. Cmner nk order untuk mak? Saya duduk perlis mak duduk kelantan. Saya isi kod dia tulis salah kod.

    ReplyDelete

Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

Previous Post Next Post