10 Selebriti Paling Ramai Follower di Instagram (2020)

Assalamualaikum dan salam sejahtera



10 SELEBRITI PALING RAMAI FOLLOWER DI INSTAGRAM | Mempunyai pengikut yang ramai di mana-mana laman sosial merupakan salah satu perkara yang digemari ramai. Bila ramai pengikut, barulah seseorang itu dikatakan berpengaruh dan popular.

Di kebanyakan negara, kedudukan paling ramai pengikut kebiasaannya dihuni oleh para selebriti, ahli politik, bintang sukan dan sebagainya. Di Malaysia, kedudukan teratas sejak beberapa tahun kebelakangan ini dihuni oleh penyanyi, pelakon dan juga pelawak. Pada tahun 2019, penyanyi No 1 negara menghuni tangga teratas dengan jumlah pengikut seramai 6.4 juta. Bagaimana pula dengan tahun 2020? 

Jumlah pengikut Instagram mereka berdasarkan tarikh 1 Julai 2020.


10. Nur Fazura [@missfazura] -5.2m





Nur Fazura merupakan seorang pelakon, penyanyi dan usahawan. Beliau merupakan isteri kepada pelakon Fattah Amin. Pernah menerima pelbagai anugerah atas lakonan beliau.



9. Scha Alyahya [@schaalyahya] -5.3m





Scha Alyahya merupakan seorang model, pelakon dan juga pengacara. Scha sebelum ini pernah menyertai Air Asia sebagai seorang pramugari dan berhenti setelah menyertai dunia seni hiburan tanah air. Merupakan ibu kepada Lara Alana dan isteri kepada selebriti Awal Ashaari.










8. Amyra Rosli [@aamyrarosli] -5.4m




Amyra Rosli merupakan seorang pelakon,model dan juga selebriti. Pada tahun lepas, beliau tidak memasuki carata 10 kedudukan teratas dan tahun ini, beliau berjaya melonjak ke tangga ke 8. Merupakan isteri kepada pelakon Amar Baharin.


7. Hanis Zalikha [@haniszalikha] -5.7m






Hanis Zalikha mula dikenali melalui dunia blogger. Kemudian, Hanis Zalikha menceburi bidang permodelan dan juga lakonan. Hanis Zalikha pernah tercalon dalam kategori Most Influential Blog Award 2011. Beliau juga merupakan isteri kepada pelakon Hairul Azreen dan ibu kepada Yusuf Iskandar.




6. Janna Nick [@jannanick] -5.9m

Janna Nick merupakan seorang pelakon, pengacara dan penyanyi berumur 25 tahun. Karier lakonan Janna Nick bermula pada tahun 2012 manakala nyanyian pula pada tahun 2016.  

5. Mira Filzah [@mfmirafilzah] -6.4m





Mira Filzah merupakan seorang pelakon, model, pengacara dan usahawan, mengasaskan MF Shawls pada tahun 2017.



4. Nora Danish [@noradanish] -7m






Nora Danish merupakan seorang pelakon, model dan juga pengacara. Mula menempa drama melalui drama komedi Puteri.









3. Zizan Razak [@zizanraazk869] -7.3m






Zizan Razak merupakan salah seorang pelawak tersohor tanah air. Selain pelawak, Zizan juga dikenali sebagai pengacara, pelakon dan juga penyanyi. Satu-satunya selebriti lelaki dalam senarai ini.




2. Neelofa [@neelofa] -7.4m

Neelofa merupakan pelakon, pengacara, model dan juga usahawan yang berjaya. Neelofa merupakan pengasas bagi jenama tudung Naelofar Hijab.



1. Siti Nurhaliza [@ctdk] -7.6M

Kekal unggul ditangga pertama adalah penyanyi No 1 Negara, Dato' Sri Siti Nurhaliza. Merupakan isteri kepada Dato Sri Khalid dan juga ibu kepada Siti Aafiyah. Menerima pelbagai anugerah dari dalam negara dan luar negara.














Begitulah senarai 10 Selebriti Paling Ramai Follower di Instagram untuk tahun 2020. Menjadi seseorang yang berpengaruh bermakna anda mempunyai tanggungjawab besar dalam memberi pengaruh kepada pengikut anda. Ia terletak pada tangan anda sama ada memberi pengaruh yang baik atau pengaruh yang tidak baik kepada pengikut masing-masing. Sekian sahaja untuk senarai tahun 2020, jumpa lagi di senarai 2021.


SEKIAN

Sumber : Instagram

5 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


  1. 10 artis tersenarai ni..mmg femes belaka ^_^

    ReplyDelete
  2. Siti sentiasa no 1..sebagai org pahang sy tumpang bangga je lah hehe

    ReplyDelete
  3. Prngikut IG abam kie cuma 4K lebih je. Semoga capai 5K thn dpn. Aamiin..

    ReplyDelete
  4. Sejak 24 ogos 2020,follower ctdk sudah mencecah 7.8M..😊☺️😊

    ReplyDelete
  5. Excellent .. Amazing .. I’ll bookmark your blog and take the feeds also…I’m happy to find so many useful info here in the post, we need work out more techniques in this regard, thanks for sharing. buy tiktok views

    ReplyDelete

Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

Previous Post Next Post