Review Hotel Nhan Moddang Resort, Thailand + River Rafting

Assalamualaikum dan salam sejahtera


Kali ini aku nak kongsikan dengan anda salah satu lokasi penginapan dan aktiviti yang aku sertai ketika dalam TRIP THAILAND pada penghujung bulan Februari 2020 yang lalu. Dalam entri kali ini aku akan bahagikan kepada tiga bahagian, iaitu hotel, aktiviti dan makan. In shaa Allah aku akan ceritakan seringkas yang mungkin. ✌😎

NHAN MODDANG RESORT


Sukakan aktiviti disungai seperti kayak? Menyelusuri sungai yang indah? Inilah lokasi yang anda perlu lawati dan singgah. Nhan Moddang Resort menawarkan penginapan dan aktiviti di sungai yang sangat menarik.


Mempunyai jumlah bilik yang banyak iaitu sekitar 26 buah bilik, dan juga pelbagai aktiviti di sungai, resort Nhan Moddang ini sangat sesuai untuk seisi keluarga datang dan melakukan aktiviti bersama-sama. Selain itu, konsep bagi bilik-bilik di sini juga sangat menarik!


REVIEW BILIK



Kalau dilihat dalam gambar paling atas, kita dapat tengok bahawa semut merupakan ikon bagi resort ini. Jadi konsep bilik di resort ini juga mengambil kira semut tersebut. Bilik-bilik disini bagaikan bilik yang dibuat dari batang pokok yang dipotong. Sangat menarik ya!



Keluasan didalam bilik juga sangat luas, dan selesa. Saiz katil yang luas. Kalau dilihat dari luar, aku tak pasti sebenarnya luas atau tak, tapi sebenarnya sangat luas dan selesa.


Kalau dilihat dalam gambar, siap diberi toto dan bantal lebih lagi. Aircond, televisyen dan sebagainya berfungsi dengan elok. Oh ya! Yang penting WIFI disini agak laju ya! Seronoklah untuk mereka yang susa bersosial media.


Ruangan tandas dan bilik air disekalikan, ruang yang ada sangat selesa. Boleh dikatakan secara keseluruhan, menginap dibilik sebegini, sangat selesa dan menarik. Tak pernah pula aku lihat ada bilik berbentuk sebegini di Malaysia. Kalau ada tentu seronok!

Okay berkenaan harga pulak, harga untuk pakej 2 hari 1 malam bermula dari THB1500 (MYR202) termasuk sarapan pagi untuk 2 orang.

AKTIVITI KAYAK DI SUNGAI



BERKAYAK | Sudah lama sebenarnya aku tak berkayak. Kali pertama aku berkayak adalah ketika di Kem Pengawas waktu aku tingkatan 3 di Pantai Merdeka, Kedah. Bila aku dengar ada aktiviti river rafting untuk aktiviti seterusnya, aku sangat teruja.

Aku bayangkan bahawa aku dapat berkayak mengikut arus sungai, kemudian lihat pemandangan sungai yang cantik dan sebagainya. Walaupun ada juga sedikit risau, bila mana berkayak di kawasan yang dalam, dan macam mana kalau ada perkara tak diingini berlaku?


Rupa-rupanya bukan kita yang berkayak, tetapi menjadi penumpang sahaja. Memang seronoklah sebab tak perlu mengerah tenaga untuk berkayak! Untuk aktiviti river rafting ni kami bermula sekitar jam 4 petang dan berakhir sekitar jam 6 lebih.

Perjalanan sekitar 3kilometer melalui sungai bermula apabila pengunjung akan dibawa menggunakan trak 4X4 ke hulu sungai. Kemudian, masing-masing akan menaiki kayak bersama seorang krew kayak mereka, dan bermulalah perjalanan anda.

Seterusnya aku akan tunjukkan beberapa gambar group ketika di persinggahan di pertengahan perjalanan.








Perjalanan selama 2 jam terasa begitu singkat. Sangat seronok bilamana melalui jeram dan kawasan yang berbatu. Rasa risau pulak jika kayak terbalik atau sebagainya, tapi krew yang disediakan sememangnya mempunyai kemahiran tinggi dalam mengawal kayak. Terbaiklah!

Untuk anda yang berminat tahu tentang harga, untuk setiap pakej ini, ia berharga THB200 (MYR26) sahaja. Sangat berpatutan dan murah! Berbanding perkhidmatan dan aktiviti yang ada di Malaysia.😅

REVIEW MAKAN


Selepas melakukan aktiviti river rafting, tibalah masa untuk menikmati makanan. Malam tersebut kami makan di restoran atau tempat makan yang terletak di dalam resort ini juga.

Bila menulis bab makanan ni, mulalah air liur meleleh. Sepanjang TRIP THAILAND kali ini, aku memang suka sangat makan. Tambah-tambah makanan yang disediakan adalah makanan yang sedap-sedap belaka, kena dengan citarasa aku.




Antara menu yang aku suka, sayur manis. Walaupun nampak hijau, tapi sebenarnya sangat sedap. Dekat Malaysia rasanya aku belum pernah cuba, tapi bila di Thailand ni, memang selalu jugak makan sayur manis ni.





Tentang makanan, rasanya susah untuk berikan pandangan kerana semuanya sedap-sedap dan sangat mengenyangkan. Bagi aku kalau makanan tersebut mempunyai rasa yang pelbagai, contohnya ada menu manis, menu yang pedas dan sebagainya, aku rasa memang terbaik. Menu makanan yang lengkap membuatkan aku kenyang. 

_ _ _ _ _ _

Secara keseluruhannya, resort Nhan Moddang ini memberikan pengalaman yang pelbagai. Dari aktiviti yang dilakukan, pengalaman bilik yang menarik serta makanan yang menyelerakan. Sesuai untuk anda yang memikirkan ingin bercuti ke mana sekiranya ke Thailand. Jika anda ke daerah Phatthalung, anda wajib untuk singgah ke sini ya! 

LOKASI


Alamat :  Rural Road Phatthalung 3140, ป่าพะยอม Pa Phayom District, Phatthalung 93110, Thailand
Telefon : +66 81 082 0206


SEKIAN

#TATKL #TourismThailandKL #AmazingThailand #VisitThailand


Terima kasih diucapkan kepada Tourism Authority Thailand Kuala Lumpur di atas jemputan untuk program MET Satun-Phatthalung-Hatyai ini. Program ini berlangsung dari 27hb Februari 2020 sehingga 2hb Mac 2020

13 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


  1. Melihat pada cerita ini tenpat ini memang sesuai bagi pelancong yg sukakan aktiviti luar dan lasak.

    ReplyDelete
  2. Uniknya bilik hotel dia. suka tengok design tandas dia, cantik! Bab kayak tu dia pun tahu kalau bagi pengunjung yang berkayak berpusing satu tempat je la hahaha

    ReplyDelete
  3. Menarik and unik sangat resort Nhan Moddang ni. Harga pun berpatutan sangat, best kalau dapat pergi, boleh relax2 tenangkan fikiran.

    ReplyDelete
  4. Wah menariknya tempat dia. Makanan dia pon nampak sedap.seronok dapat pi sana

    ReplyDelete
  5. Bagus article macam ni. Kongsi keadaan negara luar. Kita yang dekat negara sendiri tahu serba sedikit persekitaran sana.

    ReplyDelete
  6. Seronoknya bercuti ke Thailand. Dapat buat pelbahai aktiviti. Takde lah asyik shopping kan.

    ReplyDelete
  7. Dia punya bilik tu kemain betul macam dalam pokok ek...tapi toilet kemain luas...Sis suka yang hotelnya ketika kita nk ke situ, suasana kelilingnya damai dan hijau..seronok jalan walau hotelnya ke dalam situ..

    ReplyDelete
  8. seronoknya holiday ke thailand. memang best kan, saya suka thailand

    ReplyDelete
  9. syoknya dapat river rafting! memang nampak cantik interior bilik dia tu...makanan yang uols makan kat sana pun nampak sedap..aduhhhh

    ReplyDelete
  10. Hotel Nhan Moddang Resort looks nice to stay. the food also delicious yum

    ReplyDelete
  11. Bestnya tempat dia siap boleh kayaking lagi.. Tgk makanan dia pun sedap2 juga...

    ReplyDelete
  12. Suka aktiviti macam ni. masa akak bujang lah. Hahahah. Sekarang ni aktiviti camni suka tengok orang buat je. Rasa macam takda stamina. hahahaha. Kayak ni memang best. Rileks je..

    ReplyDelete
  13. You're wearing a whitewater PFD (individual buoyancy gadget). It's amazing the number of individuals who adopt the do-it-without anyone else's help strategy to whitewater rafting either neglect to utilize the correct sort of pontoon, or neglect to wear a PFD. Best Heavy Duty River Tubes

    ReplyDelete

Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

Previous Post Next Post