Salam Aidiladha 2020

Assalamualaikum dan salam sejahtera



SALAM AIDILADHA 2020 | Selamat Hari Raya Aidiladha 2020 buat semua umat Islam yang menyambutnya. Alhamdulillah,  hari raya Aidiladha disambut dengan meriah tetapi dalam suasana yang tenang dan sederhana.

Bagaimana dengan hari raya anda? Pastinya ramai yang tak lepaskan peluang untuk pulang beraya di kampung masing-masing? Seronok lihat ramai yang akhirnya menarik nafas lega kerana dapat berjumpa dengan keluarga.

Buat pertama kalinya aku tak dapat beraya bersama keluarga kerana ada urusan kerja. Sebenarnya aku dah jangkakan bahawa aku tak dapat balik beraya bersama keluarga. Tapi aku tak berasa sedih sangat sebab minggu lepas hari raya Aidiladha ini aku akan pulang untuk beberapa hari.

Kepada anda yang beraya bersama keluarga, terutamanya bersama orang tua, aku harap anda berhati-hatilah dan menjaga apa yang patut. COVID-19 masih menghantui kita. Aku tak pasti berapa lama lagi untuk kita hidup bersama-sama dengan Covid-19 ini. 

Sekali lagi, aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha 2020. Semoga hari raya anda disambut dengan meriah, penuh keberkatan dan keceriaan disamping keluarga tercinta.

SEKIAN

3 comments:

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Powered by Blogger.