Travelogue Thailand : [Part 5] Phatthalung - Instagrammable Place

Assalamualaikum dan salam sejahtera


Apa khabar rakan-rakan dan pembaca sekalian? Alhamdulillah, kali ini aku akan teruskan perkongsian travel aku ke Thailand pada awal Mac yang lalu bersama Tourism Authority Thailand Kuala Lumpur. Dalam episod yang ke 5 ini aku akan kongsikan beberapa tempat menarik yang sesuai untuk anda bergambar, abadikan kenangan dan sebagainya. Jemput baca dan komen ya!😎✌



8.30 PAGI 

Setelah bangun pagi, siapkan diri di Nhanmoddang Resort. Kami bersarapan dan kemudiannnya gerak bersama barang-barang untuk ke lokasi berikutnya. Lokasi adalah Lad Tainod's Green Market. Lad Tainod's Green Market ini merupakan pasar yang sangat unik dan begitu meriah. Pasar ini dibuka seawal jam 7 pagi dan berakhir sekitar jam 5 petang.


Sekiranya anda berpeluang ke wilayah Phatthalung, anda wajib untuk singgah di pasar ini. Sebab apa? Pelbagai barangan, makanan menarik yang dijual disini. Untuk anda yang risaukan bab halal, jangan risa kerana nada satu lorong khas untuk makanan halal.




Selain menjadi tempat tumpuan orang tempatan Thailand, pasar ini turut menarik peminat pelancong termasuklah pelancong dari Malaysia. Yang menarik menurut aku adalah adanya band-band remaja yang memainkan muzik Thailand yang begitu unik.


LOKASI 


Lad Tainod's Green Market
หมู่ ที่ 4 บ้าน ศาลา ม่วง Don Sai, Khuan Khanun District, Phatthalung 93110, Thailand

11.30 PAGI 

Setelah beberapa jam berada di Lad Tainod's Green Market, kami seterusnya ke Sampaothai. Sampaothai merupakan salah satu tarikan menarik di Phatthalung kerana lokasi ini mempunyai tarikan untuk bergambar.



Begitu unik dan mengagumkan untuk aku melihat bagaimana mereka berjaya menjadikan sawah padi yang membosankan kepada satu lokasi tarikan, dengan begitu banyak tempat menarik untuk bergambar.


LOKASI


บ้านท่าสำเภาใต้, ชัยบุรี, เมือง, Phattalung, Thailand

12.30 TENGAH HARI

Bila dah tengahhari, perut pun mulalah meminta-minta.  Setelah puas bergambar sehingga kepenatan, kami seterusnya ke lokasi berikutnya untuk makan tengah hari. Kami makan di Bang Charm Restaurant.


Lokasi restoran ini sebenarnya terletak sangatlah berhampiran dengan Sri Parkpra Resort yang kami tidur beberapa malam yag lalu. Terletak berdekatan dengan sungai, sememangnya restoran ini sangat menarik dan begitu selesa.


Antara lauk-pauk yang terhidang. Boleh dikatakan kesemuanya aku suka. Cara masakan dan rasa yang begitu unik, tetapi sangat sedap. Aku memang makan banyak gila, sampaikan penuh tiada ruang lagi di dalam perut.



LOKASI


Bang Cham Restaurant
ทางหลวง 4007 ลำปำ-ทะเลน้อย จ.พัทลุง Thailand


1.45 PETANG 

Selepas makan, dan kekenyangan, kami teruskan perjalanan ke lokasi berikutnya. Lokasinya adalah Napokae Learning Centre. Antara lokasi yang begitu aku suka sepanjang trip kali ini. Salah satu lokasi yang lebih kurang sama dengan Sampothai. Cuma yang membezakan adalah adanya kedai makan dan juga kedai cenderamata.



Kenapa aku suka dengan lokasi ini? Sebab banyak tempat menarik untuk bergambar. Tambahan pula mengambil tema sawah padi yang sememangnya dekat dengan aku. (Aku orang Kedah = Jelapang Padi ).


LOKASI



Makok Nuea, Khuan Khanun District, Phatthalung 93110, Thailand


3.30 PETANG

lokasi terakhir kami di wilayah Phatthalung sebelum ke wilayah berikutnya adalah Bingna Cafe. Sebuah kafe yang menarik, mempunyai ciri-ciri premium. Apa yang menarik adalah kafe ini menawarkan makanan manisan yang sedap seperti kek dan minuman.



Ada banyak pilihan kek dan air disini. Bila dah masuk waktu petang ni, mulalah perut mencari makanan petang. Kafe ini juga mempunyai aircond! Jadi memang selesa untuk makan bersama keluarga mahupun rakan-rakan.

Oh ya, lupa nak beritahu, selain menyediakan tempat makan, di bahagian belakang kafe ini juga mempunyai tempat menarik untuk bergambar. Antara tarikan juga untuk pengunjung yang datang ke sini. Aku dan geng pun tak lepaskan peluang untuk bergambar disini.


LOKASI



206 หมู่ 6 Khuan Maphrao, อำเภอเมือง Phatthalung 93000, Thailand

16.30 PETANG

Kira-kira jam sekitar 4.30 petang, selesai bergambar dan menghabiskan masa di Bingna Cafe, kami meneruskan perjalanan ke wilayah Hatyai iaitu lokasi berikutnya. Cerita berkenaan di Hatyai akan aku sambung dalam episod travelogue berikutnya.

BACA JUGA 


#TATKL #TourismThailandKL #AmazingThailand #VisitThailand

Terima kasih diucapkan kepada Tourism Authority Thailand Kuala Lumpur di atas jemputan untuk program MET Satun-Phatthalung-Hatyai ini. Program ini berlangsung dari 27hb Februari 2020 sehingga 2hb Mac 2020

23 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


  1. Akak kalau Thailand ni, fikir pasal MAKANAN je.hahaha..orang suka makan, memang penting kan JJCM je kalau holiday. nice lah gini. tq share info aerill

    ReplyDelete
  2. Wah banyak tempat yang menarik ya di Thailand.. Pergi sebelum covid-19 memuncak ok lagi ke di sana> Jika ada peluang lepas ini boleh Naim ke sana. Macam menarik ja hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pergi masa sebelum covid berleluasa. Alhamdulillah, sepanjang perjalanan tiada apa yg tak diingini berlaku :)

      Delete
  3. Bestnye merantau thailand. Bila lagi nak merantau ke sana. Lama dah tak ke ssana. Tu pon gi songhkla je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti bila keadaan dah pulih, bolehlah melancong ke sana. :)

      Delete
  4. Tempat bergambar kat sana cantik cantikkan. Macam2 tempat menarik boleh posing. Makanan pon nampak sedap dan menyelerakan. Nani nak g jugak laaa jalan jalan sana

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang best, walaupun waktu panas, tapi tetap nak bergambar hehe :)

      Delete
  5. This place looks nice and never thought to explaore Phatthalung. Thanks for sharing nice place and nice food.

    ReplyDelete
  6. Nape tak ajak Rawlins sekali? Bestnya dapat bergambar dan makan-makan. Rawlins rindu Bangkok.

    ReplyDelete
  7. Banyak betul lokasi yang menarik . Tempat nak bergambar pun unik belaka , ada rezeki nak bawak anak-anak datang sini. Boleh timba banyak pengalaman baru !

    ReplyDelete
  8. Mesti setonom kan jalan ramai-ramai ke beberapa tempat di Thailand ni.... kita blm sampai sini lg...

    ReplyDelete
  9. Bestnyaaa masuk Pasr tu, kalau Sis mau macammacam nak belinya oiii... tempat gini kalau ada tours yang bawa memang berbaloi, so semua tempat menarik dapat pergi kannn..

    ReplyDelete
  10. Seronok ke Thailand kan. Makanan meriah. Tunggu COVID-19 dah bebetul okay baru berani ke luar negara. Rindu Hat Yai. Hahahaa.

    ReplyDelete
  11. cantiknya tengok cendawan dia banyak jenis, warna pun lain-lain. Attraction dekat sana pun makin banyak ea sekarang. Banyak tempat cantik nak bergambar

    ReplyDelete
  12. Unik tmpt awk pegi ni bukan di bandar. Lepastu banyak instagramable place. Bila lah dapat sampai sana.

    ReplyDelete
  13. Cantik-cantik lokasinya... seriously, memang Instagram-worthy sangatttt... teringin pulak nak pergi... last ke Thailand in 2018, dah 2 tahun dah... yang paling saya minat bunga warna biru tu... dah terbayang macam nak buat nasi kerabu je masa tengok tu...

    ReplyDelete
  14. serious cantik betul tempat ni. nanti boleh la masuk dalam wish list. tapi sekarang tak boleh travel overseas lagi. rindunya thailand.

    ReplyDelete
  15. bestnyaaaa jalan thailand selalu sangat tengok drama thailand teringin nak pergi

    ReplyDelete
  16. Kat Thailand memang banyak tempat2 menarik pun kan. Lawa2 pulak tu. Tapi kita yg duk kelantan ni pun tak pernah sampai thailand. Hehe

    ReplyDelete

Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

Previous Post Next Post