Header Ads

Travelogue Thailand : [Part 2] Satun - Prasad Hin Punyod Tour



Assalamualaikum dan salam sejahtera

Travelogue Thailand : [Part 2] Satun - Prasad Hin Punyod Tour

Apa khabar buat semua rakan-rakan dan pembaca sekalian? Baiklah, kali ini aku nak teruskan lagi travelogue sebelum ini. Di bahagian kedua ini aku akan ceritakan aktiviti pertama ke laut dan juga tempat menarik. Untuk yang belum lagi baca bahagian pertama boleh klik SINI untuk baca. 

Untuk bahagian kedua ini, aku memfokuskan pada aktiviti di laut dan pagi hari kedua sahaja. Kerana apa? Kerana aku nak kongsikan dengan anda gambar-gambar yang sangat banyak dan bagi aku patut dikongsikan! Jemput baca sehingga tamat ya! ✌๐Ÿ˜Ž

 TRAVELOGUE THAILAND : [PART 2] SATUN - PRASAD HIN PUNYOD TOUR 



Dalam bahagian kedua ini aku akan ceritakan tentang perjalanan hari kedua bermula dari Satun Riverside Resort kemudian ke Wang Sai Thong Waterfall dan akhir sekali ke Prasad Hin Punyod

 HARI KEDUA 

 7.00 PAGI 

Setelah bangun pagi dan bersiap-siap serta mengemas barang, tibalah masa untuk sarapan pagi. Pada mulanya aku macam nak makan sedikit sahaja, sebab malam semalam tu dah makan banyak. Tapi turun sahaja dekat tempat makan tu nah!! Sangat banyak ya makanan yang disediakan.




Untuk tidak menghampakan dan juga tidak membazir, aku sempat menjamah semua makanan yang disediakan. Oh ya, aku suka dengan nasi goreng tersebut! Sebab ada macam-macam bahan dan rasa. Selain itu, kuih-muih juga sedap! Memang berbaloi! Sayangnya selepas sahaja sarapan, kami semua dah perlu check-out dan ke lokasi berikutnya. 


 8.00 PAGI 
AIR TERJUN WANG  SAI THONG


Lokasi pertama selepas sahaja sarapan dan check-out dari Satun Riverside Resort adalah Wang Sai Thong Waterfall. Dekat sahaja lokasi air terjun Wang Sai Thong ni dengan Satun Riverside Resort.




Aku diberitahu bahawa pada bulan 3 atau 4 lagi cantik kawasan ni sebab air yang lebih banyak. Kalau dilihat pada gambar airnya ada tapi macam sedikit sahaja. Apa-apapun masih cantik sebab air terjun ni lain daripada air terjun yang biasa kita tengok.




 10.00 PAGI 

Kira-kira jam 10 pagi macam tu, kami tiba di kawasan Bao Chet Luk Harbour iaitu lokasi berikutnya untuk ke Prasad Hin Punyod. Setelah menukar pakaian dan selesaikan beberapa hal, akhirnya tibalah masa untuk menaiki bot.


Bot


Inilah geng-geng yang menaiki bot tersebut. Semuanya tak sabar nak pergi ke Prasad Hin Punyod. Pengalaman menaiki bot juga sangat seronok sebab dah lama jugak aku tak naik bot di laut.


 10.15 PAGI 

Dalam 15 minit macam tu tiba-tiba bot diperlahankan dan akhirnya berhenti. Aku ingatkan ada masalah bot ke apa ke, rupanya bot tak dapat nak teruskan berjalanan sebab ada laluan pasir di tengah-tengah laut yang menghalang perjalanan.



Penyelesaiannya adalah dengan menunggu beberapa minit sementara air pasang. Jadi sementara menunggu, aku dan beberapa orang turun untuk merasai pengalaman di tengah laut. Sempat ambil beberapa gambar sebagai kenangan.




Model hebat ๐Ÿ˜…


Setelah air pasang dan bot pun dah boleh bergerak, kami pun memulakan perjalanan. Pemandangan yang sangat indah. Lebih indah jika bersama yang tersayang. Kan?


 10.40 PAGI 

Jam 10.40 pagi kami pun tiba di kawasan Prasad Hin Punyod. Untuk masuk ke kawasan ini, bot perlu diberhentikan beberapa meter dihadapan pintu masuk dan pengunjung perlu berkayak untuk ke kawasan ini sebab ruang yang sempit untuk dilalui oleh bot.

 PRASAD HIN PUNYOD 




Anda boleh lihat sendiri dalam gambar pengunjung yang ramai dan hanya boleh masuk dengan berkayak sahaja.


Sesi bergambar ๐Ÿ˜Š


Aku pun turut bergambar. Memang cantik sangat tempat ni sebab lokasinya seperti tersorok.


Gambar beramai-ramai ✌


Berkayak kembali ke bot


 11.50 PAGI 

Pada mulanya aku ingatkan aktiviti seterusnya adalah makan tengahhari [ dah lapar๐Ÿ˜†] rupanya ada satu lagi lokasi sebelum makan tengah hari iaitu ke Ao Tao Ba.

 AO TAO BA 



Dekat lokasi ini kita dapat lihat tinggalan sejarah seperti siput dan sebagainya yang boleh dilihat di batuan-batuan yang terdapat di pesisir laut.

Peta Satun Geopark 


Yang lebih menarik adalah lokasi ini juga sangat sesuai untuk gambar Instagram anda! Ada beberapa port menarik untuk diambil gambar dan dijadikan profile picture.

Di sebalik tabir.

Lubang berbentuk love ๐Ÿ’“

Pemandangan yang sangat cantik, biru laut dan biru langit.

Antara pengunjung yang menunggu untuk datang ke tempat aku bergambar. Sebenarnya agak susah jugak untuk bergambar ditempat aku bergambar sebab batu-batuan yang banyak dan tajam yang sangat bahaya!


Antara koleksi siput dan beberapa hidupan laut lain yang dianggarkan usianya berjuta-juta tahun.


 12.30 TENGAH HARI 

Tibalah waktu yang dinantikan. Selepas sahaja selesai bergambar di Ao Tao Ba, bot terus memulakan perjalanan ke satu lokasi lain. Aku pun tak pasti nama lokasi ini. Lokasi ini adalah pantai yang kosong dan mempunyai pemandangan yang cantik. Sekali pandang macam lokasi pergambaran filem hindustan Kaho Na Pyar Hai ๐Ÿ˜…



Dibawah aku akan tunjuk gambar makanan yang kami makan. Menu pada hari tersebut adalah menu berasaskan makanan laut. Senang sebab sememangnya diyakini halal. Aku pun memang suka makanan laut. ๐ŸŸ


Memang kenyang makan makanan laut ni. Semuanya aku cuba dan rasa, bila lagi nak rasa makanan macam ni kan?


 1.50 PETANG 

Dalam jam 1.50 petang macam tu, kami pulang ke Bao Chet Luk Harbour.  Dengan perut kekenyangan dan juga penat (penat bergambar), memang perjalanan pulang tu rasa mengantuk. 


Pengalaman yang seronok jugak sebab aku dah lama sebenarnya tak naik bot dan juga pergi ke laut. Tambahan pula pergi ke lokasi yang sangat cantik, memang aku ambil beribu-ribu gambarlah sebagai kenangan. ๐Ÿ˜…

Jadi, sekian sahaja untuk bahagian dua. Selepas sampai di Bao Chet Luk Harbour ni, kami teruskan perjalanan ke lokasi berikutnya di wilayah Phatthalung pula. Nantikan bahagian 3 ya ✌๐Ÿ˜Ž



#TATKL #TourismThailandKL #AmazingThailand #VisitThailand

Terima kasih diucapkan kepada Tourism Authority Thailand Kuala Lumpur di atas jemputan untuk program MET Satun-Phatthalung-Hatyai ini. Program ini berlangsung dari 27hb Februari 2020 sehingga 2hb Mac 2020

12 comments:

  1. Best tue, ke Thailand.. Lama gila x pergi Thailand nie... Dulu ada geng, sekarang dah xde

    ReplyDelete
  2. tengok gambar je dah meriah, apa lagi kalau mai bercuti sendiri kan. ok jeles! haha

    ReplyDelete
  3. Thailand negara yang cantik terumtama di kawasan pantai dan pinggir pantai. terima kasih sudi tempat yang menarik kepada kami. hehe

    ReplyDelete
  4. thailand ni memang salah 1 negara yang tak rugi kalau dapat pergi. banyak tempat2 nature dan makanan pun sedap. hah, tengah kuarantin ke tu

    ReplyDelete
  5. Wah seronoknya!!! Suka tengok tempat-tempat tu. Moga ada peluang kesana lepas #PKP ni

    ReplyDelete
  6. Seronoknyaa...banyak aktiviti boleh buat ek..one day nak gak le ke sini..menarik sangat..

    ReplyDelete
  7. thailand ni best, tak pernah menghampakan view kat sana, cuma panas tu tak manahan, terik yakmat.

    ReplyDelete
  8. Cantiknya tempat yg korang pergi. Time2 mcm ni lah kita akan rasa bersyukur dpt jalan2 ketempat mcm ni kan. Haraplah covid19 ni cpt berakhir..dptlah kita travel lagi

    ReplyDelete
  9. Thailand memang bnyk tempat best. Tak sangka air tu boleh surut pulak sampai kena tunggu air pasang. Heaven la makan seafood, ketam tu buat kita terliur.

    ReplyDelete
  10. Best kan, after MCO nak pergi Thailand i like their food.

    ReplyDelete
  11. Aktiviti yan menarik.. Tapi perlukan cuti yang bersesuaian klu nak pergi dengan kawan2.. Makananan dia nampak bes sungguh.. View kat laut tu cantik sangat..

    ReplyDelete

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Powered by Blogger.