vivo Malaysia Meriahkan Sambutan Kemerdekaan dengan Filem "Kita"

Assalamualaikum dan salam sejahtera

vivo Malaysia Meriahkan Sambutan Kemerdekaan dengan Filem "Kita"

Apa khabar buat para pembaca dan rakan-rakan sekalian? Alhamdulillah, baru-baru ini aku berpeluang untuk menonton sebuah filem menarik yang dihasilkan bersempena hari kemerdekaan. Bertempat ni GSC One Utama, pelancaran filem pendek ini dibawa dengan begitu meriah walaupun masih didalam musim Covid-19.

VIVO MALAYSIA MERIAHKAN SAMBUTAN KEMERDEKAAN DENGAN FILEM KITA

vivo Malaysia dengan penuh rasa patriotik dan semangat kenegaraannya dengan melancarkan filem pendek "KITA". Lebih menarik dan istimewa, filem ini dirakam sepenuhnya menggunakan peranti pintar terbaru vivo iaitu vivo X50 Pro dan filem ini diarahkan oleh pengarah terkenal Malaysia, Ho Yuhang.

Filem pendek berdurasi 9 minit berjudul "KITA" ini dibawakan khas untuk meraikan perbezaan budaya, bangsa dan agama serta membawa tema persahabatan walaupun berlainan kaum dan agama.

En Mike Xu, CEO vivo Malaysia berkata, " Perpaduan di dalam rakyat yang menjadikan Malaysia sebuah negara yang kuat dan unik. Walaupun mempunyai perbezaan agama,bangsa dan kaum, tetapi kita tetap bersatu, untuk menghadapi rintangan."

Turut sama menjayakan kempen ini adalah penyanyi popular tanah air, Shila Amzah yang menyanyikan lagu tema untuk filem ini yang dirakamkan dalam dua bahasa iaitu Bahasa Melayu dan Mandarin.


DIRAKAM SEPENUHNYA MENGGUNAKAN VIVO X50 PRO

Peranti pintar vivo X50 Pro yang baru-baru ini dilancarkan digunakan secara sepenuhnya untuk penghasilan filem pendek ini.

Antara fungsi hebat yang terdapat dalam peranti ini adalah seperti built-in gimbal system, Extreme Night Vision (Super Night Mode), 60x Hyper Zoom, Professional Portrait, Super Wide Angle, Super Macro Functions dan pelbagai lagi. 


TONTON FILEM KITA

Kepada anda yang ingin menonton filem iniz anda boleh layari laman YOUTUBE vivo Malaysia dan juga laman facebook vivo Malaysia

#vivoKita2020 #vivoX50Series #vivoX50Pro #photographyredefined

SEKIAN

3 تعليقات

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


إرسال تعليق

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

أحدث أقدم