4 Pulau Tercantik di Negeri Johor Yang Wajib Anda Kunjungi

Assalamualaikum dan salam sejahtera



Empat Pulau Tercantik di Negeri Johor Yang Wajib Anda Kunjungi | Negara Malaysia sememangnya kaya dengan pantai dan pulau-pulau yang cantik-cantik belaka. Saban tahun pastinya jutaan pelancong dari luar dan dalam negara akan datang bercuti sambil menikmati keindahan alam yang dikurniaan oleh Tuhan di bumi yang bertuah ini.


Pulau-pulau di Malaysia kebanyakannya sudah terkenal dan popular di kalangan pelancong tempatan dan luar negara. Tapi kali ini aku nak kongsikan dengan anda semua 4 buah pulau yang cantik, eksklusif dan wajib anda kunjungi sekiranya anda berada di negeri Johor Darul Takzim. Lebih spesifiknya pulau-pulau ini terletak di daerah Mersing.

4 PULAU TERCANTIK DI NEGERI JOHOR WAJIB ANDA KUNJUNGI


1. PULAU PEMANGGIL

Pulau Pemanggil antara pulau yang sudah popular dan dikenali ramai keranan keindahan lautnya yang jernih dan sangat cantik.

Menurut sejarah daripada generasi turun temurun di pulau ini, pulau ini dahulunya tidak berpenghuni dan kemudiannya didatangai keluarga yang terus menjadikan pulau ini tempat tinggal mereka.


Dijadikan cerita juga orang pertama yang datang ke pulau ini di"panggil" oleh seorang nenek tua yang kemudiannya bersetuju untuk benarkan untuk mereka tinggal di pulau tersebut dengan syaratnya hanya keluarga mereka sahaja yang boleh mendiami pulau tersebut.

Untuk anda yang berminat menginap di Pulau Pemanggil ini, anda boleh menginap di Lanting Beach Resort, sebuah resort yang cantik dan sesuai untuk mereka yang inginkan ketenangan tanpa sebarang gangguan kesibukan kota. Tarikan utama di pulau ini adalah keindahan hidupan laut dan pantai yang indah. 

LANTING BEACH RESORT


2. PULAU TENGAH



Pulau Tengah yang berkedudukan 9 batu nautika daripada jeti Mersing ini merupakan pulau yang sangat cantik dan mempunyai sejarahnya tersendiri. Sekitar tahun 1970-an, pulau ini menjadi kem transit untuk para pelarian dari Vietnam yang kemudiannya ditutup pada awal 1980-an.

Untuk perjalanan ke pulau ini, ia mengambil masa sekitar 30 hingga 45 minit dari tanah besar dengan menaiki bot.


Selain terkenal dengan keindahan laut, pulau ini turut menjadi salah satu lokasi konservasi untuk penyu iaitu Turtle Watch Camp / Tengah Island Conservation dimana ia merupakan tempat untuk penetasan sebelum dilepaskan ke laut. Pada tahun 1985, kerajaan Malaysia telah menjadikan pulau ini sebagai salh satu taman laut atas kekayaan kehidupan laut yang sangat unik dan pelbagai.


Di pulau ini turut terdapat sebuah resort iaitu Batu Batu Resort untuk anda menginap di sini dan melihat penyu serta melakukan aktiviti lain.



3. PULAU BESAR

Pulau Besar merupakan sebuah pulau yang dikelilingi pulau lain seperti Pulau Rawa, Pulau Sibu, Pulau Tinggi, Pulau Hujung dan lain-lain lagi. Untuk pengetahuan anda, sebelum ini pulau ini dikenali dengan nama Pulau Babi Besar dan kini dikenali hanya dengan nama Pulau Besar.

Untuk menjaga kepelbagaian hidupan laut di sekeliling perairan pulau ini, kerajaan Johor telah mewartakan perairan pulau ini sebagai taman laut demi menjaga hidupan marin daripada pupus akibat aktiviti manusia.


Di pulau ini juga terdapat pelbagai resort yang anda boleh tinggal dan antaranya adalah Aseania Beach Resort.  Sebuah resort yang sangat cantik, unik dan paling seronok bila semua kemudahan yang disediakan serba lengkap.



4. PULAU RAWA



Pendapat peribadi aku, inilah pulau tercantik dan paling eksklusif antara keempat-empat pulau yang tersenarai ini. Pulau Rawa yang bersaiz kecil ini terletak kira-kira 16 KM daripada persisiran laut Johor dan lokasinya berhampiran dengan pulau-pulau lain seperti Pulau Besar, Pulau Sibu dan Pulau Tinggi.



Hanya mengambil masa sekitar 30 minit sahaja dari jeti Mersing ke pulau ini.

Kelebihan pulau ini adalah pantai yang begitu putih dan bersih. Selain itu, laut yang cukup jernih serta suasana pulau yang cukup indah. Memang eksklusif!


Antara resort yang terdapat di Pulau Rawa adalah Rawa Island Resort. Rawa Island Resort merupakan sebuah resort yang menawarkan pelbagai pilihan bilik untuk anda diami sepanjang tempoh percutian anda di pulau ini.


Pelbagai aktiviti menarik juga tersedia di pulau ini, antaranya termasuklah hiking, snorkelling dan pelbagai lagi.

RAWA ISLAND RESORT

Bagaimana? Pastinya anda tertarik untuk bercuti bersama keluarga dan orang tersayang di pulau-pulau ini bukan? Aku sendiri masih lagi rindu dan teringat dengan pulau-pulau ini. Pengalaman berada di pulau-pulau ini bagaikan satu mimpi kerana keindahan yang tidak boleh digambarkan dengan kata-kata. 

Terima kasih diucapkan buat Tourism Johor dan Gaya Travel Magazine kerana memberikan pengalaman yang cukup indah, cukup menarik dan pasti tidak dapat dilupakan.

Jika anda belum pernah bercuti ke sini, inilah masanya, mari kita sokong dan majukan industri pelancongan negara kerana pulau-pulau di Malaysia sememangnya sangat cantik! Tidak perlu ke luar negara kerana pulau dan infrastruktur disini setanding dengan di luar negara.

SEKIAN

#GayaTravel #visitJohor2020 #majesticjohor #tourismjohor #cuticutimalaysia


Program Majestic Johor yang berlangsung dari 1 September 2020 - 5 September 2020 ini dibawakan oleh Tourism Johor dan Gaya Travel Magazine.

3 comments:

  1. i tak suka Pulau tapi sejak2 covid ni rasa mcm nak pergi tawaf semua pulau dlm malaysia.. thank you sharing this dekat Johor!! hehe tak sabar nak pergi

    ReplyDelete
  2. Bestnya dapat menikmati keindahan ciptaan Tuhan. Jemput join my GA :) http://www.aimisyahirah.com/2020/09/special-september-giveaway-by-misya.html

    ReplyDelete
  3. Wow cantiknya view. Kena masukkan dalam list meneroka keindahan pulau-pulau di Malaysia ni.

    ReplyDelete

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Powered by Blogger.