Travelogue 5 Hari 4 Malam di Johor Darul Takzim

Assalamualaikum dan salam sejahtera



Apa khabar buat rakan-rakan dan pembaca sekalian? Alhamdulillah, kali ini aku nak kongsikan dengan anda cerita tentang travelogue untuk 5 hari 4 malam aku di negeri Johor. Baru-baru ini aku berpeluang untuk menyertai FAM TRIP MAJESTIC JOHOR anjuran Tourism Johor dan Gaya Travel, dimana famtrip ini membawa kami semua ke tempat menarik disekitar bandaraya Johor Bahru, kepulauan Mersing, bandar Kota Tinggi dan juga Desaru. In shaa Allah dalam entri kali ini aku akan kongsikan secara ringkas tempat-tempat yang kami jelajahi dan singgah sepanjang Fam Trip kali ini.

Untuk pengetahuan anda, entri kali ini adalah sebagai permulaan sahaja, iaitu aku ceritakan secara ringkas sahaja perjalanan program Majestic Johor ini. In shaa Allah selepas ini, entri yang lebih informasi dan lebih fokus akan aku kongsikan untuk tatapan dan bacaan anda semua.



HARI PERTAMA

Perjalanan dari Matic, Kuala Lumpur ke bandaraya Johor Bahru mengambil masa sekitar 4 jam sahaja. Sampai sahaja di Johor Bahru, kami terus check-in di Swiss-Inn Johor Bahru. Setelah merehatkan diri dan membersihkan diri, disebelah malamnya kami ke lokasi menarik pertama iaitu SKYSCAPE JB.

SWISS-INN JOHOR BAHRU


SKYSCAPE JB


B5 STREET MARKET

HARI KEDUA

Di hari kedua, kami memulakan hari dengan pelancaran atau majlis flag-off oleh YB Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Belia dan Sukan Negeri Johor. Kemudian, kami bergerak ke daerah Mersing. Setelah sampai di sana, kami bertolak ke Pulau Pemanggil untuk melihat Lanting Beach Resort. Kemudian kami menuju ke Pulau Besar, dan check-in di Aseania Beach Resort. Di sebelah malamnya kami makan BBQ di Aseania Beach Resort, Pulau Besar.

MAJLIS FLAG-OFF

JETI MERSING


LANTING BEACH RESORT, PULAU PEMANGGIL


ASEANIA BEACH RESORT, PULAU BESAR


BBQ ASEANIA BEACH RESORT

HARI KETIGA

Di hari ketiga, selepas breakfast, kami semua ke satu lokasi perairan Pulau Besar untuk aktiviti snorkelling. Kemudian, kami teruskan perjalanan ke Pulau Tengah untuk melihat Turtle Camp di Batu-Batu Resort. Kemudian, kami lunch di Aseania Beach Resort, Pulau Besar dan check-out untuk ke pulau seterusnya iaitu Pulau Rawa. Di Pulau Rawa, kami menginap di Rawa Safaris Resort dan disebelah malamnya kami makan BBQ yang disediakan pihak resort.

SNORKELLING


TURTLE CAMP PULAU TENGAH


PULAU RAWA


BBQ RAWA SAFARIS RESORT

HARI KEEMPAT

Di hari keempat, aktiviti pagi adalah mandi-manda di sekitar pantai Pulau Rawa, di waktu tengahhari, kami beransur pulang dan menaiki bot menuju ke Jeti Mersing. Kemudian kami singgah untuk melihat perusahaan keropok lekor. Seterusnya kami menuju ke daerah Kota Tinggi untuk melawat Muzium Kota Tinggi, Kota Tinggi Street Art dan juga menyelusuri Sungai Johor untuk melihat kelip-kelip. Di sebelah malamnya, kami menuju ke Desaru untuk bermalam di Desaru Lotus Beach Resort.


KEROPOK LEKOR HAJI PUTEH


MUZIUM KOTA TINGGI


KOTA TINGGI STREET ART


SUNGAI JOHOR RIVER CRUISE

HARI KELIMA

Di hari kelima yakni hari yang terakhir, hari kami bermula dengan melihat kawasan sekitar dan juga bilik di Desaru Lotus Beach Resort. Kemudian, kami menuju ke Desaru Hard Rock Hotel.  Seterusnya adalah kami menuju ke Kg. Linting Wetland. Di sebelah petang, kami menuju ke Pantai Tanjung Buluh untuk melihat sesi surfing. Lawatan terakhir kami adalah di Desaru Farm Fruit untuk melihat dusun buah-buahan.

DESARU LOTUS BEACH RESORT

DESARU HARD ROCK HOTEL

KG LINTING WETLAND

PANTAI TANJUNG BULUH

DESARU FARM FRUIT

Okay, sekiranya anda sudah sampai ke bahagian ini, bermakna anda sudah dapat gambaran bagaimana program ini berlangsung dan juga ketahui secara ringkas tempat-tempat dan aktiviti-aktiviti yang kami sertai. In shaa Allah, seperti yang aku tulis diatas, selepas ini akan ada lebih banayk entri yang lebih fokus, lebih informasi untuk tatapan dan bacaan anda. Tak sabar jugak sebenarnya nak kongsikan dengan anda gambar-gambar menarik di pulau, di tempat-tempat menarik sekitar negeri Johor Darul Takzim.

Nantikan entri-entri berikut yang akan menyusul selepas ini ya!

#GayaTravel #visitJohor2020 #majesticjohor #tourismjohor


Program Majestic Johor yang berlangsung dari 1 September 2020 - 5 September 2020 ini dibawakan oleh Tourism Johor dan Gaya Travel Magazine.

19 comments:

  1. wah sakan bercuti ye..seronok la.dah lama tak balik jb tapi dok rumah jelah. xcheck in mana2..hehe

    ReplyDelete
  2. Seronoknya aerill berjalan-jalan, snorkelling tu paling menarik

    ReplyDelete
  3. nice sharing....
    Belum pernah lagi jejakkan kaki ke johor ni..
    Insya'Allah one day :)

    ReplyDelete
  4. teringin nak pergi pulau rawa..cantik sungguh

    ReplyDelete
  5. Saya orang Johor sendiri pun tak pernah sampai ke tempat tempat di atas... Desaru tu ada, tapi bukan hotel tu....Nice...cerita ler, tak sabar nak tahu..then bolehlah saya pulak plan. heheee~

    ReplyDelete
  6. bestnya tengok aktiviti snorkeling tu. Tak pernah pulak tahu pasal pulau besar dengan pulau pemanggil tu. Selalu dengar pulau rawa tu je.

    ReplyDelete
  7. Waaa bestkan Johor, kalau selalu orang datang Johor ramai tak tau nak kemana, lepas ni boleh refer posting ni haaa... macam-macam juga adaa...
    Pstt bertuahnya dapat singgah Pulau Rawa huhuhu

    ReplyDelete
  8. first time dengan nama pulau pemanggil. banyak la tempat best kat johor, tak pernah sampai lagi ke sana.

    ReplyDelete
  9. Best giler trip korang dgn gaya travel ni. Pulau besar ni sempadan melaka yang ada makanan free hari2 tu ke? Pulau rawa ni mmg femes da, the next maldives katanya

    ReplyDelete
  10. Wah... Seronoknya! Banyak rupanya Nina belum explorw Johor ni. Nampak awak sangat enjoy dengan trip ni
    Nanti nak gi Johor kita refer citer awak!

    ReplyDelete
  11. Seronok nya macam2 ada kat johor. Semuanya nampak menarik dan unik. Malaysia banyak juga tempat menarikkan

    ReplyDelete
  12. Rasanya bagi kita 5 hari ni tak cukup nak jalan-jalan kat Johor semua tempat menarik dan juga ada keseronokan tersendiri... Sebenarnya dari dulu lagi kita nak pergi Pulau Rawa tu memang nampak cantik dan menarik lah.... Makanan pun semua sedap-sedap belaka...

    ReplyDelete
  13. 4 tahun belajar di Johor, rupanya banyak lagi tempat menarik di sana yang saya tak pernah explore lagi. Thanks for sharing this information. Boleh dijadikan guideline untuk plan my next itinerary nanti :)

    ReplyDelete
  14. Bestnye dapat gi Bercuti di Johor nie...banyak lagi tempat yg k mid belum teroka. thanks for sharing..bole di jadikan panduan

    ReplyDelete
  15. seronoknya jalan jalan kat johor. lama dah rasa nak gi tapi tak pegi2 pun lagi, hehe. ada rezeki boleh la jalan2 nanti

    ReplyDelete
  16. Seronoknya dapat pergi bercuti dekat Johor. Lama dah tak ke Johor. Sebab taktahu nak ke mana. tapi nanti boleh jenjalan sana . thanks sharing!

    ReplyDelete
  17. Wah there are so many places to explore in Johor yang i belum pernah pergi lagi.

    ReplyDelete
  18. Wah!!! Seronoknya... banyak betul tempat menarik yang telah dikunjungi ya... saya yang dah 3 tahun kat Kota Tinggi ni pun belum lagi menjejakkan kaki ke semua tempat yang Aerill pergi tu... baru khatam area Bandar Penawar dan Mersing je... bolehlah nanti buat plan bila family datang sini time cuti... hehehehe...

    ReplyDelete

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Powered by Blogger.