Ulasan Muzik Video Siapa Tak Mahu - Dato Sri Siti Nurhaliza | Muzik Video Terbaik, Cantik & Sweet!

Assalamualaikum dan salam


Dato' Sri Siti Nurhaliza baru sahaja melancarkan muzik video lagu terbaru beliau dari album ManifestaSITI 2020 iaitu lagu Siapa Tak Mahu. Kurang sejam dilancarkan muzik video ini berjaya mengumpulkan jumlah tontonan 100k! Sudah lama sebenarnya aku tak menulis mengenai penyanyi No 1 Negara ini dan kali terakhir adalah pada bulan Julai yang lalu. Kali ini, aku nak mengulas mengenai muzik video ini. Jangan lupa baca sehingga ke penamat ya! ✌😎

JALAN CERITA


Lirik di dalam lagu Siapa Tak Mahu menceritakan tentang kisah percintaan, dimana tips-tips tentang cinta dinyanyikan oleh Dato' Sri Siti Nurhaliza. Untuk muzik video, jalan ceritanya ringkas, mudah difahami serta tidak serabut.

Bermula dengan sepasang pasangan bercinta 'dating'di Muzium Manifestasiti. Sang lelakinya lewat datang, dan membuatkan pasangannya merajuk. Kemudian, sepanjang di Muzium Manifestasiti, si lelakinya dibantu oleh figura berwajah sama, dengan karakter berbeza. Antaranya termasuklah penjual tiket, spy, penyanyi dan juga patung comel. 

Di akhir cerita, ketika selesai membuat persembahan penyanyi tersebut memberikan sekuntum bunga ros kepada sang lelaki tersebut untuk diberikan pada sang wanita. Sebagai penutupnya, figura spy pula menekan punat kelopak bunga jatuh berguguran di ketika sang lelaki memberikan bunga ros tersebut.

Jalan cerita indah, comel ada unsur misteri dan juga menampilkan sisi berbeza Dato' Sri Siti Nurhaliza. Jalan cerita sebeginilah yang membuatkan penonton dan peminat senang untuk mengikut penceritaan dalam muzik videonya.

Jika lebih kreatif, mungkin jalan cerita seperti dalam muzik video 911 oleh Lady Gaga menjadi inspirasi juga.


MIRA FILZAH & HUN HAQEEM

Bravo untuk pemilihan pelakon mantap dan popular. Tahniah diucapkan buat pihak yang memberikan idea membawa dua pelakon ini ke dalam muzik video ini. Mira Filzah yang sememangnya mempunyai peminat yang ramai serta dikenali di seluruh Malaysia adalah pilihan yang sangat tepat. 

Pelakon baru Hun Haqeem juga berjaya mengukuhkan lagi resume beliau dengan adanya kerjasama bersama penyanyi No 1 Malaysia. Setiap pelakon dan juga Dato' Siti sendiri mempunyai tarikan dan peminat tersendiri yang membuatkan muzik video kali ini lebih istimewa.

*Kalau dijual patung comel sebegini, for sure aku akan beli!

PAKAIAN


Paling menarik adalah setiap pakaian yang dipakai oleh Dato' Sri Siti Nurhaliza! Kali ini Siti Nurhaliza betul-betul all out dengan pilihan pakaian di dalam muik videonya. 5 persalinan dipakai untuk muzik video ini dan setiap satunya begitu cantik! Terbaiklah team production!

Setelah beberapa kali dikritik berkenaan tatarias, pemakaian dan sebagainya, kali ini team Siti Nurhaliza berjaya buktikan bahawa mereka sebenarnya boleh untuk mengikut apa yang peminat mahukan!

PEMASARAN

Muzik video ini dikira cukup berjaya kerana setiap perkara termasuklah perkara kecil difikirkan. Contohnya dari segi pemasaran, peminat mula berdebar menanti waktu muzik video ini dilancarkan setelah melihat beberapa teaser penggambaran dijalankan. Tetapi agak lama jugak sebelum dilancarkan kerana menunggu vibes lagu Aku Bidadari Syurgamu mula beransur.

Kemudian, pada 13 Oktober 2020, Dato' Sri Siti Nurhaliza mula menaikkan gambar teaser dan juga tarikh pelancaran muzik video ini. Setelah itu, mulalah pelbagai gambar dan video teaser dikongsi peminat termasuklah Mira Filzah dan Hun Haqeen.

Akhirny pada 16 Oktober 2020, jam 9 malam, muzik video ini dilancarkan dengan jayanya dan berjaya mengumpulkan tontonan yang ramai dan menerima rata-tanya kritikan yang positif.


Set penggambaran juga sangat cantik dan ringkas. Set paling cantik pastinya set yang penuh dengan bunga-bunga. Ditambah lagi dengan adanya Dato' Sri Siti Nurhaliza dengan pakaian serba putih! Bagaikan bidadari syurga ya!

Jutaan tahniah diucapkan kepada mereka yang terlibat dalam penciptaan lagu ini, penghasilan muzik video dan Dato' Siti Nurhaliza. Di tahun 2020, Dato' Sri Siti Nurhaliza masih aktif memberikan karya-karya beliau untuk peminat. Sememangnya beliau masih kukuh diatas. Di kala penyanyi sezaman beliau mula menyertai pertandingan nyanyian 'comeback', beliau 10 langkah kehadapan dengan album baru dan juga muzik video bagi majoriti lagu di dalam album tersebut. 

PENERBITAN LAGU 

Title : Siapa Tak Mahu Artiste: Dato’ Sri Siti Nurhaliza Executive Producer : Dato’ Sri Siti Nurhaliza & Kenny Ong Producer : Omar K Composer : John Jeevasingham (O/P: Replay Music S/P: Warner-Chappel), Ikhwan Fatanna (Nova Music), Omar K (World Peace Entertainment) Lyric : John Jeevasingham (O/P: Replay Music S/P: Warner-Chappel), Ikhwan Fatanna (Nova Music), Omar K (World Peace Entertainment) Acoustic Guitar and Electric Guitar : John Jeevasingham Mixing : John Jeevasingham at Soar Studio

PRODUKSI & PENERBITAN MUZIK VIDEO
Special Appearance : Mira Filzah & Hun Haqeem Idea : Marr Mohamad Director : Ghazi Maslan Producer : Lily Samsuddin & Hj Md Fadzil Teh Executive Producer : Marr Mohamad Asst Director : Hasif Hamid & Syed Aswad DOP : Ghazi Maslan Art Director : Firdaus Othman Gaffer : Liong Jian Yep Stylist Team : Abu Shaef Hamza, Amir Salleh, Larawhoo, Nora Kartika Makeup DS Siti : Nurul Shukor Makeup Mira & Hun : Baqi Ahmad Camera Crew : Azrulamry, Izzudin Hatta, Dean Amir, Aisha Nazar, Ipan Ikram Lighting : Jack Lam, Wai Kang, Calvin Koh Art Team : Nadhirah Aziz, Allan Aelias, Mohd Ali, Adhha Mustain, Muhammad Irdham Special Effects : Ashraf Azlan Dancer : Tingkah Dance Production Choreographer : Ayed Kuswadinata. Location : Rumah Tangsi. BTS By : Rasafilm




MUZIK VIDEO SIAPA TAK MAHU


Semoga Dato' Sri Nurhaliza dikurniakan kesihatan yang berpanjangan, diberi kekuatan untuk sentiasa menceriakan hidup kita dan hadir dengan pelbagai buah tangan termasuklah konsert-konsert mega yang pastinya aku akan berada di tempat duduk hadapan pentas. 

SEKIAN

Sumber : instagram @ctdk & youtube Siti Nurhaliza

* Segala kritikan, pujian dan komen adalah daripada pihak penulis sendiri. ✌

No comments:

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Powered by Blogger.