10 Tips Tipu Bini, Filem Komedi Pembuka Tirai 2021 Terbitan Dato' Awie !

Assalamualaikum dan salam sejahtera

10 Tips Tipu Bini, Filem Komedi Pembuka Tirai 2021 Terbitan Dato' Awie !

Kepada peminat filem tempatan, jangan lupa untuk saksikan sebuah filem terbaru bergenre komedi yang bakal di tayangkan di saluran Astro First 480 iaitu filem 10 Tips Tipu Bini. Filem ini merupakan filem pertama di terbitkan dibawah produksi milik Dato' Awie iaitu Rumah Produksi Merah Sdn Bhd.

Filem ini diarahkan oleh Azizi 'Chunk Adnan dan skrip pula ditulis oleh Armada Al Haq. Filem genre komedi ini akan membuka tirai Astro First bagi tahun 2021 dan bakal menemui penonton Di Pawagam Rumah Anda, Astro First saluran 480 mulai Januari 2021.

MENAMPILKAN BARISAN PELAKON TERKENAL TANAH AIR!

Filem 10 Tips Tipu Bini menampilkan barisan pelakon terkenal tanah air yang akan mencuit hati penonton dengan karakter komedi mereka yang bersahaja. Lebih menarik, ia juga merupakan kali pertama di dalam  sebuah karya menghimpunkan Khir Rahman, Ropie, Joey Daud, Vicha, Jehan Miskin, Nasir Bilal Khan, Atu Zero, Azlee Senario, Nazia Mustafar dan ramai lagi.

10 Tips Tipu Bini, Filem Komedi Pembuka Tirai 2021 Terbitan Dato' Awie !
Pengarah dan juga barisan pelakon 10 Tips Tipu Bini

Tidak pernah kering semangat dalam apa jua cabang karya, Dato' Azhar Othman atau lebih dikenali dengan nama Dato' Awie mahu membuka tirai tahun 2021 dnegan sebuah projek yang tak kalah hebatnya. Menurut Penerbit dan juga Pelakon Tips Tipu Bini, Dato' Awie berkata, " Ini sebuah kisah komedi yang ringan tetapi tidak dinafikan ia terjadi setiap hari di dalam kalangan mereka yang telah berkeluarga. Isu seperti ini nampak susah untuk dibincangkan, tetapi inilah hakikat yang terjadi."

"Jadi kita bagi tips bagaimana nak tipu bini dan berjaya. Tetapi jangan salah faham bukan saya yang bagi tetapi Brother Love. Malah, menerusi filem komedi ringan ini, kami cuba menyampaikan mesej dan nilai positif kepada penonton. Di mana, buat kaum wanita, ia mungkin boleh dijadikan rujukan dan membuka mata mereka, manakala buat kaum lelaki ia boleh dijadikan sebagai ikhtibar dan kesan jika tiada kejujuran dalam sesebuah hubungan", tambah Dato' Awie lagi yang juga memegang watak sebagai Brother Love.

Sementara itu, Naib Presiden, ketua  Astro Shaw & Nusantara, Raja Jastina Raja Arshad berkata, "Filem ini merupakan hasil terbitan pertama oleh Rumah Produksi Merah, jadi pihak kami dengan rasa berbesar hati dan tanggungjawab untuk memberi sokongan padu buat produksi baru dengan membawakan filem mereka terus kepada penonton di luar sana. Dengan adanya platform Astro First, kami harap ia mampu menyuntik semangat buat penerbit dan pengkarya diluar sana untuk terus rancak menghasilkan konten-konten terbaik buat penonton serta industri filem tempatan.

SINOPSIS RINGKAS FILEM 10 TIPS TIPU BINI

Filem berdurasi 104 minit ini mengisahkan tentang 3 sahabat baik (Raffi, Kay dan Jepp). Mereka bekerja sebagai Pengarah Kreatif di sebuah syarikat pengiklanan yang terkenal di Kuala Lumpur bernama Grand Poyo Advertising & EVents kepunyaan Dato Dean. Boleh dikatakan mereka merupakan pekerja yang dedikasi dan mempunyai idea-idea menarik dan hebat. Namun begitu perkara yang sebaliknya bila mereka berada di rumah masing-masing. Di rumah mereka adalah seorang suami yang terlalu takut dengan isteri masing-masing.

Mereka mempunyai kelab motor berkuasa besar Harley Davidson diberi nama 'Dubuk Liar'. Mereka bertiga sedang mengalami masalah 'Krisis Pertengahan Usia' yang sering melanda para suami di mana mempunyai niat untuk melakukan sesuatu tetapi takut-takut.

Segalanya berubah dengan kehadiran 3 orang gadis 'intern' yang cantik dan muda bekerja di syarikat mereka. Di situ mereka mula berangan dan memasang niat nakal untuk memikat tiga orang gaids tersebut untuk dijadikan pasangan kekasih masing-masing. Akan tetapin mereka bermasalah dengan kerenah isteri-isteri di rumah. Pelbagai penipuan 'kiri dan kanan' direka demi melaksanakan niat-niat mereka itu.

10 Tips Tipu Bini, Filem Komedi Pembuka Tirai 2021 Terbitan Dato' Awie !
Geng Motor Besar Turut Hadir Pada Majlis Sidang Akhbar

Lebih menarik, filem ini turut diiringi dengan OST yang digarap sepenuhnya oleh Dato' Awie iaitu 'Sang kekasih' dan juga 'Dubuk Liar'. Kedua-dua lagu tersebut dinyanyikan oleh kumpulan rock legenda tanah air, Wings. Muzik video bagi lagu Dubuk Liar juga telah ditayangkan pada sesi sidang akhbar dan in shaa Allah bakal ditayangkan untuk peminat Wings tidak lama lagi.

Saksikan filem 10 Tips Tipu Bini yang akan berada di pawagam rumah anda, Astro First, untuk melanggan sila ke saluran 480. Anda juga boleh strim 10 Tips Tipu Bini di Astro Go atau On Demand. Dengan hanya RM15, penonton boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang.



Untuk ketahui kisah selanjutnya dalam filem ini, mari sama-sama kita tonton filem ini nanti apabila ditayangkan kelak! Filem pembuka tirai tahun 2021 ini akan ditayangkan di saluran Astro First 480 bermula 7 Januari 2021. Marilah kita sokong industri perfileman dan industri hiburan negara!


SEKIAN

1 comment:

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Powered by Blogger.