Cara Daftar GrabFood Merchant (Kedai Makan & Restoran)

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Cara Daftar Grabfood Merchant (Kedai Makan & Restoran)

Anda adalah pemilik bagi kedai makan, restoran, warung atau gerai dan ingin menambah pendapatan dan menjana keuntungan yang lebih, berikut adalah cara-cara untuk anda mendaftar sebagai GrabFood Merchant. 

GrabFood adalah salah satu daripada servis yang dibawa oleh pihak Grab iaitu servis penghantaran makanan daripada restoran, kedai makan, warung atau gerai terus kepada pelanggan. Selain itu, terdapat juga pilihan untuk pelanggan mengambil makanan mereka sendiri di restoran atau kedai makan pilihan mereka. 

Pelbagai jenis perniagaan makanan telah bekerjasama dengan GrabFood sama ada warung, kedai makan dan sebagainya. GrabFood juga bekerjasama dengan rangkaian restoran makanan segera (fastfood) yang popular seperti McDonald's, KFC, Texas Chicken, Subway, Pizza Hut, dan pelbagai lagi! 

MENJADI GRABFOOD MERCHANT


Perniagaan makanan merupakan satu cara untuk mendapatkan keuntungan dan pendapatan. Sekiranya selama ini anda berniaga dengan cara biasa, apakata kali ini anda cuba menjadi partner dengan GrabFood.

Apabila menjadi sebahagian daripada GrabFood Merchant, anda juga boleh menambah pendapatan anda apabila ada pelanggan yang membuat pesanan melalui aplikasi Grab

Apa yang anda perlu lakukan adalah menyiapkan pesanan mengikut apa yang dipesan oleh pelanggan dan kemudiannya Delivery Grab akan datang dan menghantar pesanan tersebut terus kepada pelanggan sehingga ke depan pintu rumah mereka berdasarkan alamat yang diberi. 

Dengan menjadi GrabFood Merchant, sekaligus anda juga bakal menambah pendapatan yang lebih melalui GrabFood dan mungkin keuntungan yang berlipat ganda.

Berminat untuk menjadi sebahagian daripada GrabFood Merchant, mudah sahaja. Berikut adalah cara-caranya! 


CARA DAFTAR GRABFOOD UNTUK RESTORAN & KEDAI MAKAN

Cara Daftar Grabfood Merchant (Kedai Makan & Restoran)

Berikut adalah cara-cara untuk mendaftar GrabFood untuk restoran dan kedai makan. 

1) Buka laman web Grab https://www.grab.com/my/. Kemudian, dibahagian paling atas terdapat butang Be Our Partner. Klik bahagian itu.

Cara Daftar Grabfood Merchant (Kedai Makan & Restoran)


2) Seterusnya akan ada beberapa pilihan iaitu Grab Driver, Grab Delivery Partner, Food Merchant, Pay Merchant dan juga Mart Merchant. Anda pilih bahagian Food Merchant

3) Anda akan dibawa ke satu laman web baru dimana anda perlu mengisi ruangan yang diberikan. Di ruangan Restaurant Name, isi nama restoran,kedai makan,warung atau gerai anda. 

4) Kemudian isi nama penuh anda dengan penuh sepertimana di dalam kad pengenalan anda.

5) Untuk ruangan Restaurant Address, masukkan alamat restoran atau kedai makan anda yang penuh. Juga masukkan Postal Code, State dan City yang tepat.

6) Seterusnya, isikan laman web atau laman facebook restoran atau kedai anda sekiranya ada pada ruangan Facebook Page / Company Website.

7) Kemudian isikan berapa outlet restoran anda ada. Juga pada ruangan Cuisine Type, pilih jenis makanan yang dijual di restoran, kedai makan, warung atau gerai anda. 

8) Di bahagian Average Price Point, pilih harga anggaran yang sepadan dengan harga makanan yang dijual oleh anda.  Kemudian pada ruangan How did you hear about us?, pilih yang berkaitan.

9) Setelah selesai, pastikan segala maklumat diisi dengan betul, anda boleh tick pada bahagian reCAPTCHA. Kemudian tekan Submit dan pendaftaran anda telah BERJAYA.

KEMUDIAN, APA SETERUSNYA?

Setelah anda selesai mengisi dan membuat pendaftaran,  pihak Grab akan menghubungi anda melalui e-mail untuk langkah seterusnya.

Selain itu, anda juga perlu menyediakan dokumen berikut untuk menjadi GrabFood Merchant-Partner.

  • Copy of Business Documents – SSM Form D or 9,24,49
  • Copy of identification card (IC) / passport of the director who is signing the agreement (Colour, Front, and Back) – (UBO director must have a minimum of 25% share on SSM)
  • Copy of Bank Account Statement Header
  • Copy of Brand Logo
  • Copy of Store Front Photo with permanent sign board and brand logo
  • Copy of In-Store Menu with Price
  • Gmail Email Address (Unique gmail for each outlet for Device Log In)
  • Copy of Business License (If applicable)
  • Copy of Halal Certification (If applicable)
  • Copy of SST Certification (If applicable)
  • Copy of Insurance Policy (If applicable)

BACA : 
Cara Daftar SSM Online (Pendaftaran Perniagaan) 


Apabila semuanya berjalan dengan lancar, pihak Grab akan memberi tablet dari Grab untuk urusan perniagaan anda. Sekiranya tiada sebarang panggilan atau anda tidak dihubungi oleh pihak Grab, anda boleh hubungi mereka untuk ketahui tentang status permohonan anda di sini

DAFTARLAH SEGERA!

Mudah sahaja cara menjadi partner GrabFood Merchant ni! In shaa Allah semoga perkongsian kali ini anda dapatlah menjana keuntungan yang lebih melalui GrabFood. Semoga dengan mendaftar bersama Grab ini bakal menjadikan perniagaan anda lebih dikenali dan juga dapat menarik lebih ramai pelanggan sekaligus dan menambah pendapatan anda!

Jangan lupa untuk daftar GrabFood Merchant dan tambah pendapatan anda! 


4 comments:

  1. Wow! Terima kasih bro! for making a step by step guidance on this grabdfood merchant.
    Now I can just easily do it my own haha, will share this article of yours to my friends as well.

    In the meanwhile if you have any gadget needed to be repair, you may visit this site, I recommend it!
    iphone repair
    crack phone screen
    android phone repair

    ReplyDelete
  2. Hi. Kalau takda kedai boleh apply kah? Cth jual dr rumah? Ke mesti ada kedai ? Thank u for respond

    ReplyDelete
  3. He invested some energy living in Canada and he turned into a major aficionado of Canadian football. In any case, he pointed out that in the event that he dispatched a football gear business and the sum total of what he had was CFL stuff he's likely kick the bucket.canadian merchant account

    ReplyDelete
  4. When you use a genuine service, you will be able to provide instructions, share materials and choose the formatting style. North American Bancard Partners

    ReplyDelete

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Powered by Blogger.