LengQuas Terima Pengiktirafan The BrandLaureate

Assalamualaikum dan salam sejahtera


LengQuas Terima Pengiktirafan The BrandLaureate

  • Koperasi pertama terima anugerah daripada The World Brands Foundation 
  • Teguh mengekalkan kejayaan jenama dalam keadaan ekonomi yang mencabar.

KOPETRO Food Sdn. Bhd., salah sebuah anak syarikat Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad, telah menerima anugerah The BrandLaureate e-Branding Awards 2020 melalui jenama LengQuas bagi kategori makanan dan minuman bagi produk sejuk beku, bertempat di Galeri The World Brands Foundation, di Damansara Utama, Petaling Jaya hari ini. Anugerah ini mengiktiraf jenama yang teguh mengekalkan kejayaan jenama dan pihak pengurusan jenama dalam keadaan ekonomi yang mencabar masa kini. 

Menurut Pengerusi KOPETRO Food Sdn. Bhd, Datuk Hj Abdul Razak Bin Hussain, memenangi anugerah ini pastinya mendorong LengQuas untuk terus berusaha meningkatkan kualiti semua aspek produk dan perkhidmatan.KOPETRO dedikasikan penghargaan ini buat seluruh warga kerja yang terlibat dengan pemasaran dan penjualan, terutamanya pemborong, peruncit, dan pelanggan tetap LengQuas yang memainkan peranan penting dalam kejayaan ini. 

Menurut Pengerusi KOPETRO, Tuan Hj. Khairu Najhan Bin Zainuddin, KOPETRO memandang anugerah seperti ini sebagai platform yang terbaik dalam memperkasakan lagi jenama LengQuas. 

“Dengan kejayaan KOPETRO Food Sdn. Bhd. ini diharap anak-anak syarikat KOPETRO Berhad yang lain akan menggembleng tenaga mengerah segala usaha untuk membangunkan jenama masing-masing agar diiktiraf seperti LengQuas. 

Anugerah ini telah disampaikan oleh Presiden TWBF Dr. KK Johan dan Ketua Pegawai Eksekutif TWBF, Ms. Chew Bee Peng. . KOPETRO adalah koperasi pertama yang menerima anugerah daripada TWBF sekaligus menjadikan KOPETRO Food Sdn. Bhd. sebagai anak syarikat koperasi pertama memenangi anugerah bagi kategori makanan dan minuman, bagi produk sejuk beku. 

MENGENAI KOPERASI KAKITANGAN PETRONAS BERHAD(KOPETRO) 

Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad (KOPETRO) telah ditubuhkan pada 30 Oktober 1980. Menyambut ulangtahun ke 40 pada tahun ini, KOPETRO dianggotai lebih 17,000 anggota yang terdiri daripada kakitangan PETRONAS dan anak syarikatnya. Dana pemegang saham KOPETRO melebihi RM244 juta pada tahun 2019. KOPETRO Berhad mempunyai 8 anak syarikat yang terlibat dalam empat bidang perniagaan utama iaitu Servis Kewangan, Perlancongan dan Perhotelan, Makanan dan Minuman dan juga Perdagangan. 

Kini KOPETRO adalah berada di kedudukan 10 Koperasi Terbaik daripada 14,000 koperasi di Malaysia. 

Layari laman web www.kopetro.com.my untuk mendapatkan info lanjut mengenai KOPETRO atau ikuti akaun media sosial milik KOPETRO seperti berikut: 


MENGENAI KOPETRO FOOD SDN. BHD. KOPETRO 

Food Sdn Bhd (KFSB) adalah sebuah anak syarikat Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad (KOPETRO) yang ditubuhkan 2016. KOPETRO Food mempunyai kilang pengeluaran makanan di Seri Kembangan yang mempunyai sijil Halal dan HACCP bagi menghasilkan makanan siap dimakan dan menawarkan fasiliti pengeluaran makanan bagi peniaga-peniaga indsutri kecil dan sederhana. 

Selain daripada makanan sejuk beku, KOPETRO Food turut berkemampuan mengeluarkan sandwich, pastri dan kuih-muih Melayu sesuai untuk pasaran tempatan dan antarabangsa. 

Fasiliti di KOPETRO Food lebih khusus kepada penyediaan makanan sejuk beku dan pada masa yang sama ia juga turut menawarkan penyediaan produk bukan beku. Buat masa ini, kapasiti pengeluaran makanan KOPETRO Food adalah 17 tan sebulan yang bersamaan dengan 80,000 bungkus makanan sejuk beku. 

Layari laman web www.kopetrofood.com.my untuk mendapatkan info lanjut mengenai KOPETRO Food atau ikuti akaun media sosial milik LengQuas seperti berikut: 


SEKIAN

0 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment (0)

Previous Post Next Post