Review Filem : Tenet (2020)

Assalamualaikum dan salam sejahtera


Filem Tenet (2020) merupakan sebuah filem sains fiksyen, aksi dan thriller yang ditulis dan diarahkan oleh Christopher Nolan. Beliau juga merupakan salah seorang penerbit filem ini bersama dengan Emma Thomas. Dihasilkan oleh produksi dua buah negara iaitu United Kingdom dan Amerika Syarikat, antara barisan pelakon yang membintangi filem ini adalah John David Washington, Robert Pattinson, Elizabeth Debicki, Dimple Kapadia, Michael Caine dan juga Kenneth Branagh. Filem ini mengisahkan tentang seorang ejen rahsia dan bagaimana dia memanipulasi waktu untuk menghalang daripada berlakunya Perang Dunia ke-3. 

Filem ini ditangguhkan sebanyak tiga kali tayangannya disebabkan oleh pandemik Covid-19 dan akhirnya ditayangkan di United Kingdom pada 26 Ogos 2020 dan di Amerika Syarikat pada 3 September 2020.


TENET (2020)


Pengarah : Christopher Nolan
Penerbit : Emma Thomas & Christoper Nolan
Pelakon : John David Washington, Robert Pattinson, Elizabeth Debicki, 
Dimple Kapadia, Michael Caine, Kenneth Branagh
Muzik : Ludwig Göransson
Tarikh Tayangan : 26 Ogos 2020
Durasi : 150 minit

BARISAN PELAKON FILEM TENET (2020)

  • John David Washington sebagai Protagonist
  • Robert Pattinson sebagai Neil
  • Elizabeth Debicki sebagai Katherine "Kat" Barton
  • Dimple Kapadia sebagai Priya
  • Martin Donovan sebagai Fay
  • Fiona Dourif sebagai Wheeler
  • Yuri Kolokolnikov sebagai Volkov
  • Himesh Patel sebagai Mahir
  • Clémence Poésy sebagai Barbara
  • Aaron Taylor-Johnson sebagai Ives
  • Michael Caine sebagai Sir Michael Crosby
  • Kenneth Branagh sebagai Andrei Sator
  • Denzil Smith sebagai Sanjay


SINOPSIS FILEM TENET (2020)


Untuk sinopsis filem ini, anda boleh baca di SINOPSIS FILEM TENET. Disebabkan jalan ceritanya agak berbelit, sinopsis filem ini perlu difahami dengan baik melalui tontonan filem ini.

ULASAN FILEM TENET (2020)


Alhamdulillah, aku bersyukur sangat sebab akhirnya dapat menonton filem ini. Walaupun pada bulan 8 lalu filem ini ditayangkan di pawagam Malaysia, tetapi aku tak sempat nak menonton filem ini kerana ada kekangan lain. Kemudian, filem ini ditamatkan tayangan dan juga pawagam terpaksa diberhentikan operasi kerana Covid-19.

Baiklah untuk review kali ini aku hanya ingin menulis panjang tentang filem ini tanpa sebarang pembahagian kategori seperti review filem-filem lain dimana dibahagian ulasan aku akan bahagiakan kepada beberapa kategori seperti jalan cerita, muzik, cgi dan sebagainya. Untuk filem Tenet (2020) ini aku hanya akan mengulas secara panjang.


MARI KITA MULAKAN | Okay, filem hasil arahan dan juga jalan cerita daripada Christopher Nolan merupakan antara yang aku tunggu. Rasanya hampir ke semua filem yang diarahkan beliau aku dah tonton, dan setakat ini yang paling aku suka adalah filem Interstellar (2014).

Filem Tenet (2020) ini bila melihat pada video trailernya, kita tidak akan memahaminya. Pertama kali menonton filem ini, kemudiannya aku terpaksa melihat video di Youtube yang menjelaskan plot filem ini dengan lebih jelas. Membaca plotnya di wikipedia misalnya tidak memberi penjelasan yang tepat.

Kemudian barulah aku faham mengapa begitu, mengapa begini, dan yang pasti semuanya berkait. Termasuklah dari babak di awal filem sehinggalah ke penghujungnya. Bila dah faham filem ini, baru aku mengaku bahawa filem ini sebuah filem yang hebat! Jalan ceritanya agak berbelit-belit, tetapi jika anda sudah faham, baru anda sedar betapa epiknya filem ini.


Kalau anda seorang peminat filem ringan, mungkin ini bukan filem untuk anda tonton kerana anda perlu berfikir dan mungkin melakukan research sendiri selepas menonton filem ini. Tetapi bagi aku, filem-filem yang membuatkan penonton berfikir ini adalah suatu yang menarik.

Lakonan pelakon-pelakon di dalam filem ini cukup mantap dan pujian patut diberikan kepada Robert Pattinson kerana lakonannya semakin mantap! Kalau tak sebelum ini ramai yang pertikaikan lakonannya terutamanya dalam siri filem Twilight. 


KESIMPULANNYA


Adakah aku akan menonton filem ini lagi? Ya!  Sebab bila kita sudah faham, pasti nak tonton lagi. Elemen-elemen yang ada dalam filem ini cukup menarik, dari segi sains fiksyennya, aksi, thriller semuanya serba lengkap.

Secara keseluruhannya filem ini sebuah filem hebat, epik dan bakal menjadi salah satu filem Christopher Nolan yang akan diperkatakan untuk beberapa dekad akan datang.

BINTANG : ⭐⭐⭐/ 5

SUMBER : WIKIPEDIA & GOOGLE IMAGE

SEKIAN



1 comment:

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Powered by Blogger.