Selamat Tahun Baru 2021

Assalamualaikum dan salam sejahtera


Selamat Tahun Baru 2021 kepada semua pembaca dan rakan-rakan sekalian. Alhamdulillah, bermulanya tahun baru bermakna kita telah melengkapkan satu pusingan mengelilingi matahari. Setahun yang lalu, dunia bukanlah dalam keadaan yang sama dimana tiada pandemik Covid-19 yang mengubah segalanya.

SELAMAT TAHUN BARU 2021

Sebanyak 272 artikel telah dihasilkan sepanjang tahun 2020, dan artikel-artikel ini meliputi pelbagai topik antaranya travel, food, kesihatan, advertorial dan pelbagai lagi. Alhamdulillah, nak kata konsisten setiap bulan tu macam tidaklah jugak sebab di bulan Ogos dan September aku ada kesukaran nak menulis sebab tiada laptop.

Selain itu, ditahun 2020 juga aku ada juga travel ke beberapa tempat iaitu sebelum Covid, selepas angka Covid di Malaysia menurun dan juga ketika di penghujung tahun. Antara tempat yang aku menjelajah adalah Thailand, Sepang, Johor, Kelantan dan Terengganu. Alhamdulillah walaupun tidaklah banyak tetapi dapatlah jugak aku merasa pertama kali ke negara Thailand, ke negeri Johor dan juga negeri Kelantan. Kalau korang nak baca boleh lihat list di bahagian tepi blog ini.

Pencapaian lain, di penghujung tahun 2020 aku sudah mempunyai kereta sendiri. Alhamdulillah. Selain itu pendapatan juga semakin bertambah seiring dengan perbelanjaan yang semakin meningkat naik. 

--------

APA YANG AKU HARAPKAN DI TAHUN 2021?

Sebenarnya tidak banyak. Bila umur dah makin meningkat naik ini, apa yang aku harapkan adalah kesihatan yang baik. Tanpa kesihatan yang baik, kita nak lakukan perkara lain pun susah. Semoga keluarga dan rakan-rakan aku juga diberi kesihatan yang baik dan panjang.

Dari segi blog pula, aku harap blog ini semakin dikenali, aku banyak hasilkan artikel berkualiti dan dapat berkongsi dengan rakan-rakan semua. Aku berharap agar tahun 2021 ni dapatlah aku konsisten hasilkan artikel setiap bulan. Nak target satu artikel setiap hari macam susah pulak sebab aku ada kerja lain yang mengambil sedikit waktu aku.

Yang lain, aku hanya berharap agar tahun 2021 membawa perkara-perkara yang indah sahaja. Jatuh bangun dalam kehidupan itu perkara biasa, asalkan kita belajar daripada perkara yang membuatkan kita jatuh untuk bangun dengan lebih baik.

SEKIAN


0 تعليقات

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


إرسال تعليق

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment (0)

أحدث أقدم