Sudahkah Anda Bersedia dengan Vaksin COVID-19?

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Sudahkah Anda Bersedia dengan Vaksin COVID-19?

SUDAHKAH ANDA BERSEDIA DENGAN VAKSIN COVID-19 | Rakyat Malaysia bakal menerima vaksin virus Covid-19 oleh syarikat pengeluar Pfizer-BioNtech. NPRA iaitu Bahagian Regulatori Farmasi Negara telah meluluskan penggunaan vaksin tersebut secara bersyarat setelah penelitian dan semakan mendalam dibuat.

Dijangka 1 juta dos pertama akan diberikan bermula bulan Februari ini dan ia dikhususkan untuk petugas barisan hadapan. Kemudian, prosedur suntik vaksin ini akan dibuat secara beransur-ansur mengikut jumlah dos yang ada pada setiap suku tahunan. Fasa yang bakal dilalui oleh semua rakyat Malaysia apabila vaksin sudah diberikan amat penting dan ia bakal mengubah corak kehidupan kita pasca wabak.

Sudahkah Anda Bersedia dengan Vaksin COVID-19?

Syarikat Pfizer-BioNtech mengeluarkan vaksin yang menggunakan maklumat genetik virus yang dikenali sebagai asid ribonukleik pengutus (mRNA).  Sebenarya, setiap pengeluar menggunakan teknik berbeza dan antara syarikat pengeluar lain adalah seperti Moderna, AstraZeneca dan banyak lagi.

Teknik mRNA ini berjaya mempercepatkan proses pembuatan vaksin dengan tahap keberkesanan yang tinggi iaitu sekitar 94% hingga 95%.

Selepas suntikan, proses pemantauan bagi kesan sampingan vaksin serta kesan teruk akan dipantau dari masa ke masa untuk memastikan kebaikan penggunaannya mengatasi kesan sampingan yang mungkin anda akan alami. 



Bagaimana Vaksin mRNA Boleh Menghalang Jangkitan Virus Korona?

Sudahkah Anda Bersedia dengan Vaksin COVID-19?

Tujuan pemberian vaksin adalah untuk melatih sistem imun badan mengenal pasti dan membasmi virus apabila berlaku proses jangkitan kelak.

Bagi mencapai matlamat tersebut, vaksin menggunakan komponen virus yang menjadi punca kepada penyakit. Sebagai contoh, kebanyakan vaksin diperbuat daripada virus lemah (tidak berupaya menyebabkan penyakit), virus mati atau protein virus.

Namun, pendekatan yang digunapakai dalam mencipta vaksin Pfizer-BioNTech lebih tertumpu kepada maklumat genetik virus (bukan virus itu sendiri) yang dikenali sebagai mRNA.

mRNA merupakan stran maklumat yang bertanggungjawab mencipta protein virus. Apabila ia disuntik masuk ke dalam lengan anda, sel otot akan menterjemahkan maklumat tersebut untuk menghasilkan protein virus.

Ia tidak mencipta keseluruhan virus, tetapi hanya komponen kritikal sahaja. Tanpanya, virus tidak dapat berfungsi dengan baik. Ini memberikan ruang kepada sistem imun untuk mempelajari virus tanpa ia menyebabkan sebarang proses penyakit.

Antibodi akan tercipta hasil daripada pendedahan tersebut dan jika virus sebenar cuba menjangkiti kelak, ia boleh dibasmi sebelum ia menyebabkan penyakit.

Penghasilan Vaksin mRNA Jauh Lebih Cepat Berbanding dengan Vaksin lain

Sudahkah Anda Bersedia dengan Vaksin COVID-19?

Walaupun cara lama pembuatan vaksin dilakukan dengan sangat terperinci, ia memerlukan masa yang sangat lama. Tahap keberkesanan terhadap jangkitan baharu seperti COVID-19 juga mungkin memerlukan masa dan ia tidak semestinya berkesan serta-merta.

Berbanding dengan vaksin mRNA, proses pembuatan vaksin yang menggunakan virus lemah atau protein turut melibatkan pelbagai jenis prosedur. Sebagai contoh, bagi masalah selesema bermusim, saintis memerlukan kira-kira 6 bulan untuk mengenal pasti strain virus untuk menghasilkan vaksin.

Virus tersebut kemudiannya akan dikulturkan selama 3 minggu untuk menghasilkan virus hibrid yang kurang berbahaya dan lebih mudah untuk dibiakkan di dalam telur ayam. Proses pembiakan virus akan mengambil masa beberapa hari. Kemudian virus tersebut akan dibunuh dan proteinnya akan diproses untuk membentuk protein tulen dalam masa beberapa hari.

Melalui penggunaan vaksin mRNA, ia boleh melangkaui banyak prosedur yang memerlukan penciptaan virus dan protein pada tahap ketulenan tertentu. Malah, mRNA adalah molekul yang lebih ringkas berbanding dengan protein virus.  Pembuatannya menggunakan kaedah kimia (bukan biologikal) membuatkan ia lebih mudah dan cepat untuk dihasilkan dalam kuantiti yang banyak.


Adakah Anda Akan Mengambil Dos Vaksin ini?

Penggunaan vaksin ini dijangka berupaya untuk memulihkan keadaan secara beransur-ansur. Kehidupan akan kembali seperti sedia ada iaitu sebelum perlakunya pandemik Covid-19 ini dimana kita boleh melancong ke luar negara, berjalan-jalan tanpa memakai pelitup muka, konsert dan keramaian dimana orang bersesak-sesak dapat dianjurkan dan pelbagai lagi.

Jika bertanya pada aku sendiri, ya aku akan ambil dos vaksin ini, sepertimana mereka yang lain diluar negara sudah mengambilnya. Untuk kesihatan dan kesejahteraan orang ramai, aku percaya vaksin sememangnya salah satu cara terbaik. Lihat saja pada penyakit lain yang berjaya dihalang dengan pengambilan vaksin. Bagaimana dengan anda?

Semoga bermanfaat.

Sumber : Google Image | Hellodoktor

14 comments:

  1. Actually ragu ragu pon. Sebab tak pasti berkesan ke tak. Tunggu jer nanti. Takot..

    ReplyDelete
  2. entah la rasa macam masih 50/50. nak tengok keberkesanan pada negara lain dulu kot.

    ReplyDelete
  3. Not entirely sure. Actually I am kind skeptical too not because I don't believe its efficacy but because there are many people who had actually died as a result of taking the vaccine.

    ReplyDelete
  4. Tak sabar nak ambil dos ni. Hopefully cepatlah dipanggil, nak hidup normal balik

    ReplyDelete
  5. Not entirely sure yet but kalau proven memang berkesan, why not kan? Semoga semuanya dipermudahkan and stay safe! ☺️

    ReplyDelete
  6. Saya rasa saya dah bersedia, tapi macam tak berani pulak nak bagi parents yang dah berusia. Tak tau badan diorang boleh terima ke tak.

    ReplyDelete
  7. sisyat bukan antivax tapi utk vaksin covid ni masih dilema..50/50.. :-)
    sebab byk berita dan info yang menjurus kepada negative result.. takut sebenarnya jugak ni

    ReplyDelete
  8. Saya akan mengambil vaksin ini demi kemaslahatan diri dan semua. Lagipun kita tergolong dalam batch yang maybe jauh selepas batch 1, so boleh la tengok keberkesanan dia kan

    ReplyDelete
  9. Akak masih ragu-ragu lagi. Sebab Syarikat Pfizer-BioNtech ni macam something lah. Takpe biar KKM lihat dengan lebih terperinci. Akak sekeluarga memang ambil flu vaksin setiap tahun dan anak-anak ikut jadual vaksin KKIA sejak baby. Apa-apa yang Datuk Dr Noor Hisham maklum, akak ikot. Demi keselamatan bersama.

    ReplyDelete
  10. Tu la bila vaksin baharu begini mesti ada yg takut mengambilnya. Itulah risiko yg kita harus tanggung. Tawakal he lah Kita berusaha Allah yg mementukan baik buruknya. Percaya pd takdir.

    ReplyDelete
  11. Semua kena bersedia, tak kira laaa apa kan.. Sis orangnya memang banyak amik suntikan vaksin, terbaru influenza.. tu pun jenuh menunggu giliran.. moga vaksin covid ni dapat membantu semua.. yakin boleh..

    ReplyDelete
  12. This is indeed an interesting article with so many useful info about the vaccine. i am still afraid about the idea of taking the vaccine, sigh!

    ReplyDelete
  13. Hopefully effective dan tak beri kesan sampingan yang boleh jejaskan kepentingan bersama... dah lah first batch untuk frontliner! If anything happen, barisan ni yang akan terjejas dulu.. Pray for good!

    ReplyDelete

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Powered by Blogger.