Makan Makanan Timur Tengah di Syrian House Restaurant, Kampung Baru, KL

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Makan Makanan Timur Tengah di Syrian House Restaurant, Kampung Baru, KL

Jom makan makanan arab di Syrian House Restaurant! Okay, kali ini aku nak ceritakan dengan anda semua pengalaman aku makan nasi arab sedap dan beberapa lagi menu yang ada di Syrian House Restaurant. Selain itu, aku juga nak ceritakan tentang promosi terkini yang ada di restoran tersebut! Jemput baca sehingga habis ya!

SYRIAN HOUSE RESTAURANT

Makan Makanan Timur Tengah di Syrian House Restaurant, Kampung Baru, KL

Makanan dari negara Timur Tengah merupakan antara yang selalu juga aku cuba bersama keluarga. Kalau dalam sebulan, mesti sekali akan makan nasi arab dan sebagainya. Ada banyak pengalaman aku makan nasi arab yang sedap, dan ada juga yang agak kurang. Alhamdulillah, pada hari ahad yang lalu aku berpeluang untuk mencuba beberapa menu menarik di Syrian House Restaurant.

Syrian House Restaurant ini terletak di Kampung Baru, Kuala Lumpur, sebuah restoran makanan dari negara Timur Tengah menawarkan pelbagai menu menarik. Suasana restoran yang selesa luas dan mempunyai banyak tempat untuk menjamu selera, jadi jangan risau kalau takut penuh dan sebagainya. Aku makan di restoran ini pada waktu tengahhari, jadi kawasan meletak kenderaan masih banyak, tak pasti diwaktu malam bagaimana.

Makan Makanan Timur Tengah di Syrian House Restaurant, Kampung Baru, KL

SENARAI MENU DICUBA!

Baiklah, tanpa melengahkan masa dan menulis lebih panjang, aku akan ceritakan antara menu yang aku cuba pada hari tersebut.

Makan Makanan Timur Tengah di Syrian House Restaurant, Kampung Baru, KL

4 in 1, Chicken Kabssa, Lamb Kabssa, Lamb Mandi, Chicken beriyani | Okay, ini adalah menu utamanya. Kalau makan nasi arab, antara yang aku utamakan adalah pada nasinya. Sememangnya sangat berpuas hati dengan rasa nasi yang dihidangkan. Begitu juga dengan ayam dan kambing yang turut disertakan. Daging kambing yang cukup empuk dan daging ayam yang memang sedap! Memang cukup untuk sekeluarga, malah aku rasa macam banyak pula kuantitinya!


Makan Makanan Timur Tengah di Syrian House Restaurant, Kampung Baru, KL

Mix appetizer | Antara menu yang first time aku cuba. Antara namanya adalah Hummus, Fattoush, Mutabal, Baba Ganoush and Tabbouleh. Rasa yang unik dan sedap. Aku rasa belum pernah rasa menu sebegini dimana-mana restoran nasi arab sebelum ini.

Makan Makanan Timur Tengah di Syrian House Restaurant, Kampung Baru, KL

Makan Makanan Timur Tengah di Syrian House Restaurant, Kampung Baru, KL

Mix Grill | Mix grill ini juga antara yang aku suka. Kalau diberi pilihan sama ada chicken mandi atau chicken grill ni, aku lebih suka yang grill. Antara yang disediakan dalam menu mix grill ini adalah Shish Tawook served with French Fries, Lamb Kebab, Chicken Kebab and Flatbread. Lebih menarik masa aku makan di restoran ini, menu ini didatangkan dengan persembahanyang cukup menarik,  ada api ya! 

Makan Makanan Timur Tengah di Syrian House Restaurant, Kampung Baru, KL

Untuk menu minuman pula, kami disediakan Arabic Tea Pot dan Ice Lemon Tea. Kalau anda mahukan minuman lain, boleh sahaja pesan dengan melihat di dalam menu yang disediakan. Arabic Tea Potnya bagi aku sangat sedap, rasa teh yang sebenar, tiada langsung rasa manis.

Makan Makanan Timur Tengah di Syrian House Restaurant, Kampung Baru, KL

Setelah mencuba menu-menu ini, Syrian House Restaurant ini merupakan antara restoran makanan Arab yang tersedap yang pernah aku cuba! Semua menunya sangat sedap dan menepati citarasa aku untuk hidangan arab. Suasana restoran yang selesa dan kemudahan yang cukup lengkap! In shaa Allah aku akan datang lagi bawa family pulak!

FAMILY SET PROMOTION

Makan Makanan Timur Tengah di Syrian House Restaurant, Kampung Baru, KL

Baiklah, untuk anda yang berminat datang bersama keluarga ke Syrian House Restaurant ini, bolehlah melihat harga dan juga menu yang bakal anda terima. Harga untuk set Family bermula serendah RM75 sahaja! Bagi aku, set Family ini memang berbaloi, terutamanya untuk anda yang sukakan makanan arab, inilah masanya!

SYRIAN HOUSE RESTAURANT

Lokasi : Lorong Raja Uda 1, Kampung Baru, 50300, Kuala Lumpur.
Waktu Operasi : Setiap hari, 10 Pagi - 12 Tengah Malam

#SyrianHouse #SyrianHouseRestaurant #drLife #drLifeKOL

0 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment (0)

Previous Post Next Post