Sedang Mencari Kerja? Amalkan Doa Ini Supaya Dipermudahkan Urusan Mendapat Kerja

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Sedang Mencari Kerja? Amalkan Doa Ini Supaya Dipermudahkan Urusan Mendapat Kerja

Inilah doa-doa yang anda patut amalkan untuk dipermudahkan urusan mendapat kerja. Mendapat kerja dan memasuki alam pekerjaan merupakan impian semua orang terutamanya mereka yang baru sahaja habis belajar.  Rezeki mendapat kerja berbeza untuk setiap orang. Ada yang belum habis belajar sudah mendapat pekerjaan. Ada pula yang menunggu beberapa tahun barulah muncul rezeki pekerjaan yang diidamkan.

Mencari pekerjaan dan diterima untuk bekerja di zaman ini adalah sangat sukar kerana begitu banyak persaingan, berapa ramai graduan yang habis belajar setiap tahun, berapa banyak pula tawaran kerja yang wujud. Mempunyai segulung diploma atau ijazah bukanlah jaminan untuk mempunyai kerja dengan mudah. 

Walaubagaimanapun, kita janganlah risau kerana rezeki semuanya datang daripada Allah S.W.T. Sebagai hambanya, kita perlulah sentiasa berdoa supaya dipermudahkan segala urusan, dibukakan peluang rezeki dan juga diberikan rezeki yang melimpah ruah. 

Untuk anda yang mencari kerja dan juga dalam prosesnya, ini adalah tiga doa yang anda boleh amalkan supaya urusan mencari pekerjaan dan juga segalanya dipermudahkan. 


#1 DOA SUPAYA CEPAT DAPAT KERJA

Sedang Mencari Kerja? Amalkan Doa Ini Supaya Dipermudahkan Urusan Mendapat Kerja

Doa ini sebaiknya dibaca dan diamalkan sebelum temuduga supaya temuduga berjalan dengan lancar. Niat untuk mencari kerja dan rezeki yang halal. 


#2 DOA SUPAYA CEPAT DITERIMA KERJA

Sedang Mencari Kerja? Amalkan Doa Ini Supaya Dipermudahkan Urusan Mendapat Kerja
Selepas berdoa untuk temuduga, doa berikutnya yang anda boleh amalkan adalah supaya pintu-pintu rezeki dibuka untuk anda. Selain itu, doa ini juga boleh diamalkan selepas ditemuduga. Diharap dengan doa ini dapat membuka pintu hati bakal majikan anda.


#3 DOA AGAR MENDAPAT PELUANG REZEKI YANG BANYAK

Sedang Mencari Kerja? Amalkan Doa Ini Supaya Dipermudahkan Urusan Mendapat Kerja

Doa terakhir adalah doa agar mendapat peluang rezeki yang banyak. Untuk mendapatkan rezeki yang diberkati, kita perlulah berusaha ke arahnya. Rezeki tidak akan datang bergolek. In shaa Allah dengan doa ini Allah S.W.T. akan kurniakan rezeki yang melimpah ruah. 


Semoga artikel kali ini dapat membantu anda supaya mendapat pekerjaan yang diidamkan dan juga diberikan rezeki yang banyak. Sesungguhnya Allah S.W.T Maha Pemberi Rezeki Kepada SesiapaYang DikehendakiNYA. 

SEKIAN

No comments:

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Powered by Blogger.