Makan LengQuas dan Berpeluang Memenangi Hadiah Bernilai RM100,000

Assalamualaikum dan salam sejahtera


Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad (KOPETRO) pada 1 April 2021 telah melancarkan peraduan Makan & Menang bagi produk makanan sejuk beku jenama LengQuas. Peraduan ini bermula pada 1 April sehingga 30 Jun 2021 dan terbuka kepada semua lapisan masyarakat di seluruh Malaysia. Majlis pelancaran pada hari tersebut telah dihadiri oleh Anggota Lembaga KOPETRO, barisan pengurusan, jemputan media dan juga jemputan yang terdiri daripada rakan korporat KOPETRO.

Menurut Pengurus Kanan Komunikasi Korporat KOPETRO, En. Ahmad Hazil bin Abd Lateff, peraduan ini adalah salah satu langkah KOPETRO untuk memperkasakan lagi jenama LengQuas dalam industri makanan tempatan.


"Sejak mendapat liputan media pada Disember 2020, permintaan terhadap produk LengQuas semakin memberangsangkan. Jadi kami menganjurkan pertandingan ini untuk memeriahkan lagi penjualan produk LengQuas, lebih-lebih lagi apabila Ramadhan akan menjelang tidak lama lagi."

Tambahnya lagi, penyertaan untuk peraduan ini sangat mudah, pelanggan hanya perlu membeli mana-mana produk jenama LengQuas minimum RM20, imbas kod QR yang disediakan, jawab soalan mudah dan sertakan resit pembelian sebagai bukti penyertaan.

Selai dari penyertaan umum, KOPETRO juga menganjurkan peraduan buat pengedar-pengedar dan ejen-ejen sah LengQuas bagi menggalakkan persaingan mendapat jualan.

Bagi penyertaan umum, pemenang akan diumumkan selepas cabutan bertuah bulanan dijalankan, manakala bagi penyertaan ejen dan juga pengedar, pemenang akan diumumkan berdasarkan hasil jualan tertinggi setiap bulan.

Untuk membuat pembelian produk LengQuas, pelanggan boleh berhubung terus ke talian hotline KOPETRO Food Sdn. Bhd di +6017-319 5764 atau membuat pembelian melalui ejen-ejen sah LengQuas.

Butiran lanjut mengenai peraduan Kempen Makan & Menang, boleh didapati dengan melayari akaun media sosial LengQuas:

Facebook : @lengquas.official
Twitter : @lengquas
Instagram : @lengquas

LENGQUAS


LengQuas, produk makanan sejuk beku keluaran KOPETRO Food Sdn. Bhd, menawarkan hdiangan segera lauk-pauk tradisional. Kesemua produk LengQuas telah berjaya mendapat pengiktirafan HACCP dan GMP daripada Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM), Kementerian Kesihatan, Malaysia selain pensijilan HALAL, MESTI dan Buatan Malaysia.

Produk Keluaran LengQuas

Beef Stew, Chicken Glaze, Daging Lemak Kuning, Kari Daging, Daging Asam Pedas, Daging Dendeng, Kuah Kacang, LengQuas Daging Masak Hitam, LengQuas Ayam Masak Hitam, LengQuas Rendang Ayam, LengQuas Ayam Percik, LengQuas Paru Goreng Berlada, LengQuas Sambal Ikan Bilis, LengQuas Ayam Masak Merah, Nasi Briyani Ayam Rendang, Nasi Putih Daging Masak Hitam, Nasi Minyak Ayam Percik, Nasi Hujan Panas Ayam Kurma, Nasi Briyani Ayam Masak Merah, Nasi Ayam Kukus, Nasi Lemak Ikan Bilis.

KEMPEN MAKAN & MENANG LENGQUAS


Kempen Makan & Menang LengQuas. Belanja minima RM20 pada mana-mana produk LengQuas, imbas kod QR yang tertera, jawab soalan mudah yang diberikan, sertakan resit pembelian anda sebagai bukti dan berpeluan untuk memenangi hadiah bernilai RM100,000.

Langkah penyertaan adalah seperti berikut:

1) Beli mana-mana produk LengQuas di kedai atau ejen sah KOPETRO

2) Pelanggan harus berbelanja minima RM20 dalam satu resit untuk menyertai pertandingan Makan & Menang. 

3) Imbas kod QR tertera untuk mengisi borang pendaftaran. 

4) Isi maklumat di ruangan yang disediakan dan jawab soalan yang dibreikan.

5) Sertakan gambar resit sebagai bukti pembelian.

6) Pemenang akan dihubungi bagi sesi cabutan hadiah.

SEKIAN

#LengQuasMakanDanMenang #LengQuas #PerutKenyangHatiSenang #KOPETRO

1 تعليقات

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


  1. Hi...jom join GA ni!

    https://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2021/03/giveaway-raya-bersama-shida-radzuan-blog.html

    ردحذف

إرسال تعليق

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

أحدث أقدم