MAGGI® Cetus Inspirasi Wanita Dengan ‘Resipi Berani MAGGI®’

Assalamualaikum dan salam sejahtera

MAGGI® Cetus Inspirasi Wanita Dengan ‘Resipi Berani MAGGI®’

MAGGI® CETUS INSPIRASI WANITA DENGAN ‘RESIPI BERANI MAGGI®’ 

  • Sebagai sebahagian daripada kempen Program Mentor Wanita Cukup Berani MAGGI® (PMWCBM), MAGGI® mengumumkan pelancaran siri realiti TV baharunya - Resipi Berani MAGGI®. 
  • Siri realiti TV enam episod ini akan disiarkan setiap minggu bermula pada 14 Julai 2021, menampilkan 8 peserta yang akan melalui satu siri cabaran kulinari dan keusahawanan yang ditetapkan oleh 3 mentor MAGGI®. 
  • Siri reality TV Resipi Berani MAGGI® bertujuan untuk memaparkan kisah transformasi dan kejayaan wanita yang menyertai Program Mentor Wanita Cukup Berani MAGGI® pada tahun 2020. 
MAGGI® Cetus Inspirasi Wanita Dengan ‘Resipi Berani MAGGI®’

MAGGI® melancarkan siri realiti TV enam episod terbarunya - Resipi Berani MAGGI®, sebagai  sebahagian daripada kempen Program Mentor Wanita Cukup Berani MAGGI® (PMWCBM). Program ini melengkapkan proses pembelajaran dan pemerkasaan kempen ini, yang telah memberikan peluang peningkatan kemahiran dan kepemimpinan untuk para peserta - juga dikenali sebagai mentee yang mengambil bahagian, sambil memperlihatkan transformasi perjalanan hidup dan kerjaya mereka dalam meneroka kejayaan. Salah satu tujuan utama kempen PMWCBM adalah untuk memberi inspirasi kepada lebih banyak wanita melangkah keluar dari zon selesa mereka untuk mencuba sesuatu yang baru - bak kata pepatah Tak Kenal, Tak Cinta.

MAGGI® Cetus Inspirasi Wanita Dengan ‘Resipi Berani MAGGI®’


Hampir 1,000 wanita mengambil bahagian dalam Bengkel Online Wanita Cukup Berani MAGGI® yang diadakan dengan kerjasama program Women’s Will anjuran Google pada tahun lepas. Daripada ini, lapan mentee terpilih sebagai finalis dalam siri realiti TV yang dijalankan berdasarkan ketahanan, keberanian dan tekad mereka untuk berjaya dalam perniagaan makanan dari rumah, terutama dalam berhadapan realiti hari ini.

Dalam program Resipi Berani MAGGI®, mentee akan menerima pelbagai cabaran dalam bidang berikut:
- Kemahiran Perniagaan,
- Kemahiran Digital dan Memasak
- Sesi bimbingan maklum balas dengan tiga Mentor MAGGI® - Ikon Masakan dan Duta Jenama  bagi MAGGI® CukupRasa Datin Paduka Eina Azman; Pengarah, Penerbit, Pelakon dan Pemilik The Dim Sum Place, Sheila Rusly; dan Ikon Usahawan Muda 2019 dan Pemilik My Mum's Bakery, Anne Idris

Pemenang utama Resipi Berani MAGGI® akan menerima modal benih sebanyak RM8,000, dan  program bimbingan peribadi selama 8 minggu dengan ikon usahawan, Anne Idris. Pemenang tempat Kedua dan Ketiga masing-masing akan menerima modal RM5,000. Lapan finalis yang tampil dalam siri realiti TV Resipi Berani MAGGI® ini terdiri daripada pemilik-pemilik perniagaan makanan dari rumah - Aza Syima Abdullah, Bibiaminani A. Ghani, Haslina Mohd Idris, Mazzaton Miza Wahab, Nur Azreen Masera Albakri, Nur Hidayah Jeffri, Roslina Mohd Isa, dan Siti Aishah Abd Razak.

MAGGI® Cetus Inspirasi Wanita Dengan ‘Resipi Berani MAGGI®’
Top 8 (L-R clockwise) Aza, Bibi, Haslina, Mazzaton, Azreen, Hidayah, Roslina, Aishah

Bercakap pada acara pelancaran, Geetha Balakrishna, Pegawai Eksekutif Perniagaan MAGGI®,  Nestlé (Malaysia) Berhad berkata, “Pelancaran Resipi Berani MAGGI® ini adalah sangat bermanfaat dan mengujakan, kerana ini membuktikan kejayaan Program Mentor Wanita Cukup Berani MAGGI® 2020. Objektif utama program bersiri ini adalah untuk mengetengahkan transformasi dan perjalanan penuh emosi para mentee, yang akan memberi inspirasi kepada wanita lain untuk membuka langkah pertama untuk mencuba sesuatu yang baru seterusnya membawa perubahan positif bagi diri mereka dan juga kepada insan yang mereka sayangi. Kami telah melihat bagaimana para mentee dapat melangkah keluar dari zon selesa mereka, mengatasi cabaran dan merasai peningkatan kemahiran di bawah bimbingan Mentor yang berwibawa. Kami berharap agar dapat terus menyokong lebih banyak wanita melalui Program Mentor Wanita Cukup Berani MAGGI® pada tahun 2021.”

MAGGI® Cetus Inspirasi Wanita Dengan ‘Resipi Berani MAGGI®’

Bagi mereka yang berminat untuk mendaftar, Bengkel Online Wanita Cukup Berani MAGGI® yang dianjurkan dengan kerjasama program Google’s Women’s Will akan diadakan pada 27 hingga 29 Julai 2021 dan 12 hingga 14 Oktober 2021. Peserta terpilih juga berpeluang untuk menghadiri Masterclass: Cara Menjayakan Perniagaan Makanan yang eksklusif serta serba baharu.

Untuk maklumat lanjut mengenai siri realiti TV Resipi Berani MAGGI® dan pendaftaran bengkel, sila log masuk capaian https://www.maggi.my/ms/aktiviti-maggi/maggi-cukup-rasa/


Tentang Program Mentor Wanita Cukup Berani MAGGI® 

Program Mentor Wanita Cukup Berani MAGGI® merupakan sebuah program nasional anjuran MAGGI® dengan kerjasama Women Will oleh Google Malaysia, sebuah program Grow with Google. Sejak dimulakan pada 2020, program ini menyokong pembinaan keyakinan diri dan kesedaran, memperbaiki kemahiran perniagaan serta kemahiran digital selain meningkatkan kemahiran memasak melalui Bengkel Online Wanita Cukup Berani MAGGI®. Ia adalah sebahagian daripada kempen Tak Kenal Tak Cinta oleh MAGGI® CukupRasa yang meraikan para wanita yang mengambil langkah pertama untuk mencuba sesuatu yang baharu. 

MAGGI® Cetus Inspirasi Wanita Dengan ‘Resipi Berani MAGGI®’
Conversation with PMWCB Mentors

Berdasarkan kepada kisah kehidupan sebenar, video kempen (youtube.com/watch?v=WpUuTiAzEZs) menampilkan tiga wanita Malaysia yang menginspirasikan yang telah mengatasi situasi mencabar dengan membina keberanian untuk mencuba sesuatu yang berbeza, dan akhirnya membawa perubahan positif dalam kehidupan mereka. Program ini diterajui oleh 3 mentor yang terdiri daripada Aktres, Usahawan, Penggemar Makanan dan Duta Jenama bagi MAGGI® CukupRasa, Datin Paduka Eina Azman; Pengarah, Penerbit, Aktres dan Pemilik The Dim Sum Place, Sheila Rusly; dan Ikon Usahawan Muda Tahun 2019 dan Pemilik My Mum’s Bakery, Anne Idris.

MAGGI® Cetus Inspirasi Wanita Dengan ‘Resipi Berani MAGGI®’

SEKIAN

1 comment:

  1. Tengok perkataan Maggie,lama pulak rasanya Syu tak makan mee segera dia😂

    ReplyDelete

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Powered by Blogger.