The Falcon and The Winter Soldier (2021), Agak Mengecewakan?

Assalamualaikum dan salam sejahtera

The Falcon and The Winter Soldier (2021)

Dah masuk bulan Julai 2021 barulah sempat nak tulis review siri The Falcon and the Winter Soldier (2021) ni. Sekarang aku tengah layan siri Loki (2021) yang sedang ditayangkan dan sehingga artikel ini ditulis, sudah 4 episod ditayangkan, berbaki lagi dua episod sebelum tamat. ✌

The Falcon and Winter Soldier (2021) merupakan sebuah mini siri yang ditayangkan di Disney Plus. Diterbitkan oleh  Marvel Studios, siri ini merupakan salah satu daripada siri di dalam Marvel Cinematic Universe (MCU). The Falcon and Winter Soldier (2021) siri kedua di dalam MCU yang ditayangkan di Disney Plus selepas siri WandaVision (2021) yang selesai ditayangkan pada Mac 2021 yang lalu. 

Dibarisi pelakon-pelakon hebat seperti Sebastian Stan dan Anthony Mackie yang memegang watak utamanya iaitu Falcon dan Winter Soldier, siri ini turut memperkenalkan watak-watak lain di dalam MCU seperti Daniel Brühl sebagai Helmut Zemo dan juga  Florence Kasumba sebagai Ayo. Siri ini mempunyai 6 episod secara keseluruhannya dan episod pertama siri ini ditayangkan pada 19 Mac 2021 dan episod terakhirnya ditayangkan pada 23 April 2021.

Siri ini menerima review dan kritikan yang positif terutamanya bagi 'chemistry' antara pelakon dan juga ceritanya. Kesinambungan siri ini adalah di dalam filem Captain Amerika ke 4 yang masih dalam perancangan. 

The Falcon and The Winter Soldier (2021)

THE FALCON AND THE WINTER SOLDIER

The Falcon and The Winter Soldier (2021)

  • Penerbit : Kevin Feige / Louis D'Esposito / Victoria Alonso / Nate Moore / Kari Skogland / Malcolm Spellman
  • Pengarah : Kari Skogland
  • Muzik : Henry Jackman
  • Lokasi Rakaman : Atlanta, Georgia / Czech Republic
  • Episode : 6
  • Durasi : 49-60 minit
  • Bajet : $USD 150 Juta
BARISAN PELAKON

The Falcon and The Winter Soldier (2021)

★Sebastian Stan sebagai James "Bucky" Barnes / Winter Soldier / White Wolf
★Anthony Mackie sebagai Sam Wilson / Falcon / Captain America
★Wyatt Russell sebagai John Walker / Captain America / U.S. Agent
★Erin Kellyman sebagai Karli Morgenthau
★Danny Ramirez sebagai Joaquin Torres
★Adepero Oduye sebagai Sarah Wilson
★Don Cheadle sebagai James "Rhodey" Rhodes
★Daniel Brühl sebagai Helmut Zemo
★Emily VanCamp sebagai Sharon Carter / Power Broker
★Florence Kasumba sebagai Ayo
★Julia Louis-Dreyfus sebagai Valentina Allegra de Fontaine


SINOPSIS THE FALCON AND WINTER SOLDIER


ULASAN THE FALCON AND WINTER SOLDIER
The Falcon and The Winter Soldier (2021)

Aksi | Antara yang buatkan aku nak tonton siri ini adalah babak aksinya. Macam dalam filem Captain America : Winter Soldier (2014), aku rasa macam ada persamaan antara keduanya. Yang paling ketara sudah tentulah pada tajuknya dibahagian akhir. Maksudnya disini adalah daris egi aksi dan juga gaya penceritaan. Kalau dalam filem tersebut, kita boleh lihat ada isu politik, di siri ini pun hampir membawa isu yang sama. Tapi yang menjadikan filem tersebut dan siri ini menarik untuk ditonton adalah babak aksinya yang padat dan cantik!

Menyentuh Kisah Benar | Okay, kita tahu bahawa filem dan siri Marvel adalah fiksyen sahaja, tetapi perlu diingat bahawa ia turut mempunyai konteks lain. Sebagai contoh, untuk siri ini, kita dapat lihat isu yang paling besar atau jelas dinyatakan adalah berkenaan 'racial'. Bagaimana seseroang yang berkulit hitam dilihat sebagai golongan kedua di dalam negara tersebut. Sama seperti yang berlaku di Amerika Syarikat, isu "Black Lives Matter" juga dilaungkan orang ramai.

The Falcon and The Winter Soldier (2021)

Drama | Kalau WandaVision (2021) konteksnya lebih kepada pengalaman Wanda apabila kehilangan segala-galanya dan juga penuh dengan magis, untuk siri The Falcon and Winter Soldier (2021) ini pula lebih kepada perkembangan diri, menerima amanah baru dan juga berhadapan dengan kesilapan lampau. Kita boleh lihat bagaimana Sam Wilson yang bertarung dengan  pendiriannya untuk menggalas tugas sebagai Captain America. Begitu juga dengan Bucky Barnes yang berhadapan dengan kisah lampaunya, mangsa-mangsa yang pernah menjadi salah satu seterunya.

The Falcon and The Winter Soldier (2021)

Episod | Bagi aku untuk siri ini kekurangannya adalah pada siarannya dari episod ke episod. Ya, kita tahu bahawa semua projek MCU di Disney+ akan ditayangkan mengikut minggu dan bukan disiarkan sekaligus. Untuk WandaVision (2021) konsep ini menjadi kerana setiap episod mempunyai kekuatannya tersendiri dan pengakhirnya yang tergantung membuatkan penonton ternanti-nantikan episod seterusnya. Tetapi untuk siri ini, ia bagaikan tidak menjadi. Walaupun ada beberapa episod yang membuat kejutan contohnya ketika munculnya watak Ayo, tetapi untuk episod lain ada yang kurang. Tapi ini hanyalah pendapat aku sahaja.

The Falcon and The Winter Soldier (2021)


SECARA KESELURUHANNYA, siri The Falcon and The Winter Soldier (2021) ini masih merupakan satu siri yag menarik. Jika anda minat pada aksi dan juga isu yang diketengahkan, anda boleh tonton siri ini. Adakah siri ini penting dalam MCU? Bagi aku semua siri dan filem adalah penting kerana ia sebahagian dari plot untuk keseluruhan cerita. Barulah kita faham tentang apa yang akan berlaku selepasnya.  Contohnya, ada seorang ini yang menonton filem Avengers : Endgame (2019) tapi tidak pernah menonton filem MCU yang lain, adakah dia akan memahami semua yang terjadi di dalam filem itu? Pastinya tidak, kerana banyak plot yang berkaitan dengan filem-filem terdahulu.

BINTANG : ⭐⭐⭐

Sumber : Wikipedia | Disney+ | Google Image

2 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


  1. Sedih,abam hensem Steve dah takde. Bila Captain America gantikan dengan Falcon macam kurang best pulak. Sebab aura dia macam kureng sikit😂

    ReplyDelete
  2. wah macam best je layan siri dia tapi captain amerika dah tukar pelakon lain ke..

    ReplyDelete

Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

Previous Post Next Post