Senarai Hotel Terbaik Untuk Percutian Keluarga

Assalamualaikum dan salam sejahtera


SENARAI HOTEL MENARIK UNTUK PERCUTIAN KELUARGA

Rindu betul nak bercuti bersama keluarga di tempat-tempat menarik sekitar Malaysia. Kalau sebelum ini boleh dikatakan selalu juga aku bercuti bersama keluarga dan rakan-rakan, tetapi nampaknya sekarang kita perlu akur dengan pandemik yang berlaku ini.

Rindu untuk jalan-jalan di tempat menarik, melancong ke tempat peranginan, merehatkan diri di hotel dan sebagainya. Okay kali ini aku nak kongsikan beberapa hotel menarik yang aku rasa sesuai untuk percutian anda bersama keluarga.

Bila merancang percutian keluarga, antara perkara yang kita perlu pastikan ada adalah fasiliti yang lengkap, keselesaan yang maksimun, serta lokasi yang strategik berdekatan dengan tempat-tempat menarik. Jika ada fasiliti seperti kolam renang, taman tema air atau pantai adalah lebih bagus kerana pasti sekeluarga akan berseronok di tempat-tempat sebegitu.

a) JOHOR | Lotus Desaru Beach Resort & Spa, Desaru, Johor


Antara salah satu hotel yang pernah aku kunjungi bercuti bersama keluarga adalah di Lotus Desaru Beach Resort & Spa ini. Apa yang aku suka dengan hotel ini adalah lokasi ini lengkap dengan segala kemudahan yag diperlukan. Selain itu, keluasan hotel ini juga besar, memang kita boleh lakukan aktiviti dengan hanya berada di dalam kawasan hotel sahaja. Fasiliti yang tersedia di sini bagi aku lebih daripada cukup. 

Sebenarnya di kawasan Desaru ini ada pelbagai lagi penginapan menarik yang boleh anda boleh bercuti seperti Anantara Desaru Coast Resort & Villas, The Westin Desaru Coast Resort dan juga Hard Rock Desaru Coast. Kalau anda nak berjalan-jalan di bandaraya Johor Bahru pun boleh, dengan perjalanan kira-kira 75 minit sahaja. 

b)  KUALA LUMPUR | Four Points by Sheraton Kuala Lumpur

Senarai Hotel Terbaik Untuk Percutian Keluarga

Kalau anda bercadang nak Staycation KL, aku cadangkan untuk anda pilih hotel Four Points by Sheraton Kuala Lumpur.  Lokasinya yang betul-betul di tengah bandaraya Kuala Lumpur membolehkan untuk ktia ke lokasi-lokasi menarik sekitar dengan jarak dan masa yang singkat. Hotel 4 bintang ini tersedia dengan kemudahan yang lengkap, termasuklah kolam renang yang membawa pemandangan cantik Kuala Lumpur. 

Stesen MRT juga terletak berdekatan sahaja, memang senanglah untuk berjalan-jalan di Kuala Lumpur.  Selain hotel ini, ada beberapa lagi hotel lain yang mungkin anda boleh jadikan lokasi percutian anda seperti The St. Regis Kuala Lumpur, Dorsett Kuala Lumpur dan  Pullman Kuala Lumpur City Centre - Hotel & Residences. 


c) MELAKA |  The Shore Hotel & Residences

Senarai Hotel Terbaik Untuk Percutian Keluarga

Jika anda merancang percutian ke Melaka, mungkin anda boleh pilih untuk menginap di The Shore Hotel & Residences. Apa yang menarik adalah penginapan disini termasuklah dengan beberapa fasiliti menarik seperti dua buah kolam renang, taman tema air dan juga pelbagai lagi. 

Lokasinya juga cukup strategik, senang untuk ke tempat menarik di bandaraya bersejarah ini. Oh ya, untuk pengetahun anda, The Shore ini merupakan bangunan tertinggi di Melaka dan terdapat pelantar untuk melihat pemandangan di tingkat 43, iaitu ketinggian 163 meter. Untuk perbandingan, Menara Taming Sari di Bandar Hilir, Melaka hanyalah setinggi 110 meter. 

d) PORT DICKSON | Avillion Admiral Cove Port Dickson

Senarai Hotel Terbaik Untuk Percutian Keluarga

Port Dickson juga antara lokasi percutian yang popular. Jarak yang hanya beberapa jam sahaja dari ibu negara membuatkan ia menjadi lokasi tarikan pelancong luar dan juga tempatan. Anda boleh memilih Avillion Admiral Cove Port Dickson sebagai lokasi percutian anda. Aku pernah menginap di sini bersama keluarga beberapa tahun yang lalu.  Fasiliti yang tersedia disini sememangnya lengkap, tambahan pula apabila buka sahaja cermin di bilik hotel, terus kelihatan pemandangan laut yang biru dan cantik!

Antara Hotel in Port Dickson yang popular pastinya adalah Lexis Hibiscus Port Dickson, Glory Beach Resort, dan juga Corus Paradise.  Beberapa kali juga aku pernah bercuti di Port Dickson kerana jarak yang dekat dengan Lembah Klang. 

e)  PULAU PINANG |  Eastern & Oriental Hotel, George Town, Pulau Pinang

Senarai Hotel Terbaik Untuk Percutian Keluarga

Pulau Pinang juga merupakan salah satu lokasi menarik yang anda boleh kunjungi. Ada pelbagai lokasi menarik sekitar bandaraya George Town yang menjadi tumpuan pelancong. Jika anda ke sini, antara hotel yang menarik adalah Eastern & Oriental Hotel. Dengan binaan abad ke 19 yang cantik, penginapan dan percutian anda di sini pastinya menarik.  Lokasinya juga berdekatan dengan Persiaran Gurney dan beberapa lokasi tumpuan orang ramai lain. 

Hotel lain yang anda boleh menginap adalah seperti Bayview Hotel. Royale Chulan Penang dan juga The Prestige Hotel Penang.  Ada banyak pilihan hotel untuk anda pilih, dengan pemandangan laut dan juga bandar George Town yang mendamaikan. 

TAK SABAR UNTUK BERCUTI!

Bagaimana? Tak sabarkan untuk kembali merentas negeri dan melancong di tempat-tempat menarik di seluruh negara. Tak salah untuk merancang percutian sekeluarga lebih awal. Setidak-tidaknya bila rentas negeri dibenarkan, kita sudah bersedia untuk melancong. 


SEKIAN

9 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


  1. Salam, betul tak sabar nak bercuti, Lotus dan the shore tu menarik. Thanks for sharing..

    ReplyDelete
  2. Tak sabar nak bercuti lagi. Letih dah ni berkurung ajer. Nak juga recharge untuk memberi motivasi kat kita. Lotus Desaru dan Avillion Admiral Cove tu dah pernah menginap kat situ...bila lah boleh repeat ni?.

    ReplyDelete
  3. Tu la. Hati tu memang takzabar nak bercuti but harapnya jumlah kes baharu berkurangan terlebih dahulu la kot baru berani nak bercuti. Kang tak pasal2 jadi kluster baharu pula kan

    ReplyDelete
  4. Tengok semua tu rindunya nak travel dan bercuti.. tapi macam belum masanya kann.. kena banyak berdoa bior virus pergi mampos duluuu huhuhuhu

    ReplyDelete
  5. X sabar nak tunggu semuanya berakhir.. nak pergi bercuti.. rindu betul dengan pantai

    ReplyDelete
  6. Wow thanks i will take note on this hotels and plan for my trip after the lockdown

    ReplyDelete
  7. Yang dekat PD tu akak pernah pergi. Best sangat . Siap plan dengan husband kalau boleh nak bercuti dekat situ setiap 3 bulan sekali sebab sangat tenang masa dapat stay kat situ. Kawasan luas banyak aktiviti jugak. Jalan2 sahaja pun ok dapat tengok bot2 mewah kat situ sambil berangan ada sebiji. ehehehehe

    ReplyDelete
  8. Huuuu nanti dah habis pkpd ke takda pkp bagai ni boleh la jenjalan. kalau tak duduk rumah sajalah huhu

    ReplyDelete
  9. Tak sabar nak bercuti. Cuma skit benor hotek recommendation tu. Haha. Akak fav dan tak sabar nak pi Grand Lexis. Itu memang sesuai utk family type dan nak menjaga aurat. Swimming pool dalam bilik. Yabedabedu. Doakan cepat COVID-19 ni pulih. kalau lebih 2 tahun duduk rumah, swimming suit bakal bertukar saiz. Anak akak pun dah tinggi-tinggi. Kahkahkah.

    ReplyDelete

Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

Previous Post Next Post