Bagaimana Gerhana Matahari Berlaku?

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Bagaimana Gerhana Matahari Berlaku?

Gerhana Matahari merupakan satu fenomena alam yang sangat menarik. Ia terjadi kerana saiz Matahari dan Bulan yang kelihatan seperti sama di langit jika dilihat dari permukaan Bumi. Bulan mengelilingi Bumi pada satu orbit setiap bulan dan gerhana akan terjadi apabila kedudukan Bulan berada di tengah-tengah antara Bumi dan Matahari. 

Gerhana ini tidak berlaku pada setiap bulan kerana orbit Bulan dan Bumi berada pada sudut yang condong sedikit. Di kebanyakan masa, kedudukan Bumi Bulan Matahari dalam satu garisan berlaku tetapi tidak memungkinkan untuk terjadinya gerhana matahari.

Bagaimana Gerhana Matahari Berlaku?
Kredit : NASA

Disebabkan Bulan saiznya lebih kecil berbanding Bumi, bayang-bayangnya hanya mampu melitupi bahagian kecil sahaja di permukaan Bumi, bermakna hanya beberapa tempat sahaja yang dapat melihat gerhana matahari tersebut berlaku. 

Bagaimana Gerhana Matahari Berlaku?
Gerhana Matahari Penuh pada tahun 2017. (Kredit :NASA)

Fenomena aneh dan menarik ini juga berlaku disebabkan saiz Bulan yang 400 kali lebih kecil berbanding Matahari dan juga jarak antara Bulan dan Bumi yang 400 lebih dekat berbanding jarak Matahari dan Bumi. Untuk pengetahuan anda, jarak purata Bulan dari Bumi adalah 384,400 kilometer manakala jarak purata Matahari dari Bumi adalah 149,680,000 kilometer. Fenomena gerhana ini boleh berlaku di mana-mana kawasan di Bumi pada setiap 18 bulan, tetapi ia tidak akan berlaku pada kawasan yang sama untuk 300 ke 400 tahun lagi. 


JENIS-JENIS GERHANA MATAHARI

Bagaimana Gerhana Matahari Berlaku?

GERHANA SEPARA terjadi apabila Bulan melindungi sebahagian daripada permukaan Matahari dan hanya menyebabkan terjadinya bayang-bayang penumbra di Bumi.

GERHANA CINCIN / ANULUS terjadi apabila saiz Bulan tidak cukup besar untuk melindungi keseluruhan Matahari serta bahagian luar Matahari masih dapat dilihat untuk membentuk seperti cincin.  Gerhana matahari cincin berlaku apabila Bulan berada di kedudukan paling jauh dengan Bumi (apogee) dan menyebabkan bayang-bayang antumbra Bulan di Bumi.

GERHANA PENUH terjadi apabila Bulan melindungi permukaan Matahari secara keseluruhan dan ia hanya berlaku apabila Bulan berada di titik paling dekat dengan Bumi (perigee). Anda hanya akan melihat gerhana matahari penuh sekiranya anda berada di laluan dimana bayang-bayang umbra

GERHANA HYBRID / ANULUS-PENUH merupakan jenis gerhana yang sangat jarang berlaku, ia terjadi apabila gerhana yang sama bertukar daripada cincin kepada penuh dan juga sebaliknya mengikut lokasi di permukaan Bumi. 

Bagaimana Gerhana Matahari Berlaku?
Gambar ketika Gerhana Matahari Penuh pada tahun 2017 di Chile & Argentina Kredit : The New York Times

BAYANG-BAYANG BULAN

Bayang-bayang Bulan yang melitupi permukaan Bumi terdapat tiga jenis iaitu UMBRA, PENUMBRA dan ANTUMBRA.

Bagaimana Gerhana Matahari Berlaku?

UMBRA merupakan bayang-bayang ditengah-tengah yang penuh dengan kegelapan. Saiz bagi bayang-bayang umbra Bulan ini mengikut kedudukan Bulan dari Bumi. Lebih dekat jaraknya, lebih besar saiz bayang-bayang umbra. 

PENUMBRA pula merupakan bahagian lebih cerah bayang-bayang. Di bahagian bayang-bayang penumbra Bulan, kita akan melihat gerhana matahari separa.  Ketika gerhana, Matahari, Bulan dan Bumi tidak membentuk satu garisan lurus, jadi hanya bayang-bayang penumbra Bulan sahaja jatuh di permukaan Bumi manakala bayang-bayang umbra Bulan berada di angkasa. Untuk kes ini, gerhana tersebut diklasifikasikan sebagai gerhana matahari separa dan tiada lokasi di Bumi dimana Bulan melindungi Matahari secara penuh. 

Bagaimana Gerhana Matahari Berlaku?

ANTUMBRA pula merupakan bayang-bayang yang terjadi melangkaui umbra, pada jarak tertentu daripada objek. Bayang-bayang antumbra Bulan terjadi pada Gerhana Matahari Cincin. Sewaktu gerhana matahari cincin, dengan jarak Bulan yang lebih jauh menyebabkan bayang-bayang umbra Bulan tidak jatuh di permukaan Bumi. Sekiranya bayang-bayang umbra jatuh di permukaan Bumi, kita dapat melihat gerhana matahari penuh. 



SEBERAPA KERAPKAH GERHANA MATAHARI BERLAKU?

Kebiasaannya gerhana matahari berlaku sekitar dua hingga lima kali setiap tahun dan hanya kelihatan di permukaan Bumi dengan keluasan yang kecil sahaja. 

Kebanyakkan kalendar tahunan hanya mempunyai dua gerhana matahari sahaja, maksimum gerhana matahari berlaku pada satu tahun adalah lima kali tetapi ianya sangat jarang berlaku. Mengikut pengiraan oleh pihak NASA, hanya  25 tahun dalam jangka masa 5,000 tahun yang lalu terjadinya lima gerhana matahari dalam satu tahun. Kali terakhir ia berlaku adalah pada tahun 1935 dan tahun berikutnya adalah tahun 2206. 

Sekiranya anda ingin melihat Gerhana Matahari dan kemungkinan kawasan tempat tinggal anda memungkinkan untuk anda melihat gerhana matahari, ada beberapa peringatan yang anda perlu ingat.

JANGAN LIHAT MATAHARI SECARA TERUS kerana mata anda boleh rosak dan juga anda boleh menjadi buta. Cahaya yang tidak ditapis sepenuhnya boleh menyebabkan kerosakan pada mata.

Cara yang tidak selamat untuk melihat Matahari ketika gerhana adalah melalui
  • Menggunakan Teleskop secara mata kasar.
  • Cermin mata hitam
  • Filem hitam putih
  • Filem X-ray
  • Disket / Floppy Disk
  • Smoked Glass
Cara yang selamat untuk melihat Matahari ketika gerhana adalah melalui 
  • Kaca mata gerhana
  • Penuras Cahaya Matahari
  • Kamera Lubang Jarum
  • Tayangan Teleskop / Binokular

Jadi, begitulah cerita tentang gerhana matahari. Ada banyak lagi sebenarnya fakta-fakta menarik tentang gerhana matahari, tetapi aku rasa setakat itu sahaja. Aku selalu melihat video di Youtube dan salah satunya adalah video di bawah tentang kejadian gerhana matahari penuh. Fenomena yang cukup menarik, bayangkan tengah panas terik, tiba-tiba terus gelap macam sudah malam!

Apapun, sebagai umat Islam, apabila tibanya gerhana, jangan lupa untuk menunaikan solat sunat gerhana. 

Berdasarkan daripada hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim yang bermakna : Sesungguhnya matahari dan bulan merupakan dua tanda daripada tanda-tanda (kebesaran) Allah tidak berlaku gerhana pada kedua-duanya kerana kematian seseorang dan tidak pula kerana kelahirannya. Maka apabila kamu melihat perkara itu maka sembahyanglah dan berdoalah sehingga kembali terang(hilang gerhana) apa dengan kamu. 

Hadis ini keluar daripada mulut Rasulullah S.A.W pada hari kematian anak lelakinya Ibrahim di mana ramai orang mendakwa bahawa kematian Ibrahim inilah yang menyebabkan matahari bersedih sehingga berlakunya gerhana. Mengikut kepercayaan mereka ketika jahiliah di mana apabila berlakunya gerhana matahari atau pun bulan maka mereka beranggapan bahawa berlakunya sesuatu gerhana disebabkan kematian seseorang yang besar dan mulia. Rasulullah S.A.W. telah menyangkal kefahaman karut ini lalu bersabda sebagaimana tersebut. 

Video daripada Veritasium menunjukkan kejadian Gerhana Matahari Penuh yang berlaku pada tahun 2017. 

SEKIAN

SUMBER

a) http://astro.ukho.gov.uk/old/eclipses_how.htm
b) https://www.timeanddate.com/eclipse/solar-eclipse.html
c) https://solareclipsemalaysia.apadilangit.com/2020/06/16/bagaimana-mencerap-gerhana-matahari/https://www.schoolsobservatory.org/learn/astro/esm/orbits/solar_eclipse
d) NASA
e) Google Image
f) Wikipedia

2 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

Previous Post Next Post