Madu Kelulut Asli dan Serbuk Campuran Herba dari Urban Ecolife Agrofarm

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Madu Kelulut Asli dan Serbuk Campuran Herba dari Urban Ecolife Agrofarm

Tahukah anda bahawa terdapat lebih 80 spesies lebah kelulut di Malaysia dan kurang daripada 10 spesies tersebut sahaja yang menghasilkan madu? 

Kalau sebut sahaja madu kelulut, rasanya ramai rakyat Malaysia yang kenal dan mungkin pernah dengar tapi belum pernah cuba. Yalah, madu lebah biasa mungkin lagi popular dan senang dicari dalam pasaran. Sebenarnya madu kelulut pun sudah mudah untuk dicari dan salah satunya anda boleh jumpa dikeluarkan oleh Urban Ecolife Agrofarm

Baiklah, sebenarnya aku nak ceritakan tentang dua produk yang aku nak kongsikan dengan rakan-rakan semua iaitu Madu Kelulut Asli dan Serbuk Campuran Herba Untuk Kesihatan Holistik.


Madu Kelulut Asli dan Serbuk Campuran Herba dari Urban Ecolife Agrofarm

KESIHATAN | Bab kesihatan sememangnya aku dan keluarga utamakan. Ada beberapa produk makanan tambahan dan makanan sunnah yang diambil untuk menjaga kesihatan sekeluarga. Selain makanan, bersenam juga antara yang aku selalu lakukan supaya sentiasa rasa sihat dan bertenaga.

Madu kelulut pula sebenarnya aku dan keluarga tidak pernah cuba lagi. Alhamdulillah, pertama kali cuba, rasanya memang unik dan sangat berbeza berbanding madu lebah biasa. Rasanya masam-masam dan manis dan ia lebih cair. Kalau madu biasa, rasanya sangat manis dan lebih pekat. Cara penggunaan ada di bawah. 🠋


MADU KELULUT ASLI

Madu Kelulut Asli dan Serbuk Campuran Herba dari Urban Ecolife Agrofarm

KHASIAT 👇

✅ membantu menigkatkan imunisasi badan
✅ membantu mengawal paras gula dalam darah
✅ membantu mencegah masalah pembuluh darah tersumbat
✅ membantu mengelakkan ketumbuhan sel-sel kanser
✅ membantu melegakan masalah pernafasan
✅ membantu melegakan masalah cirit-birit
✅ membantu meningkatkan kesuburan badan  dan banyak lagi khasiat yang telah diketahui umum

CARA PENGAMBILAN

Ambil 1 sudu makan 2 kali sehari. Pastikan hanya guna sudu plastik. Macam aku selalu minum teh hijau, aku letakkan juga dalam air teh hijau tu, rasanya lebih sedap dan pasti lebih berkhasiat.

SERBUK CAMPURAN HERBA UNTUK KESIHATAN HOLISTIK

Madu Kelulut Asli dan Serbuk Campuran Herba dari Urban Ecolife Agrofarm

Untuk serbuk campuran herba  ini pula mengandungi daun moringga.  Mungkin ada yang pertama kali mendengarnya, daun apa ni? Sebenarnya ada nama lain juga, daun ini selain dipanggil daun moringga, ia juga dikenali dengan nama daun kelor. 


KANDUNGAN : Daun Moringga

KHASIAT 👇

✅ kaya dengan khasiat untuk kesihatan holistik
✅ membantu meningkatkan tenaga zahir dan batin
✅ mengandungi unsur anti-penuaan sekaligus membolehkan ia menjadi bahan awet muda
✅ membantu meningkatkan metabolisme, antioksida
✅ membantu dalam menurunkan kadar kolestrol

CARA PENGAMBILAN


Madu Kelulut Asli dan Serbuk Campuran Herba dari Urban Ecolife Agrofarm


#1 Air Suam

Ambil 1 sudu teh serbuk herba dengan 2 sudu Madu Kelulut atau Madu Apis Mellifera. Campur dengan air suam, kacau dan minum. Aku dah cuba cara ini, memang boleh diterima walaupun bau serbuk herba daun moringgga ini agak kuat. Tapi bila dah letak madu kelulut, rasanya lebih sedap.

#2 Smoothie

Kisar 1 sudu serbuk herba dengan 1 cawan air dan beberapa ketul ais untuk membuat smoothie. Boleh juga dicampur dengan Madu Kelulut atau Madu Apis Mellifera.

Jadi itulah dua produk daripada Urban Ecolife Agrofarm yang telah aku cuba. Pada pendapat aku, produk-produk ini sememangnya kaya dengan pelbagai khasiatnya tersendiri. Kenapa pentingnya produk kesihatan? 

Kita sebenarnya boleh sahaja hidup tanpa produk kesihatan, tapi kita terdedah dengan pelbagai jenis virus dan bakteria yang akan menyebabkan kita sakit. Selain itu, tubuh badan kita perlu dijaga kerana kita nak guna tubuh badan ini sehingga tua. Taknaklah pula, muda-muda lagi dah penuh dengan penyakit. Tapi dalam masa yang sama, bersenam, hidup dengan cergas dan hindari stress, barulah kehidupan secara keseluruhannya akan lebih gembira dan sihat.


TENTANG URBAN ECOLIFE AGROFARM

Madu Kelulut Asli dan Serbuk Campuran Herba dari Urban Ecolife Agrofarm



Urban Ecolife Agrofarm  adalah sebahagian daripada Yayasan Permakultur Ecolife. Mereka mempelopori bidang "Regenative Agriculture 4.0" yang berasaskan pada teknologi Aquaponics ELIT dan Ecolife Integrated Technology. Urban Ecolife Agrofarm juga mempelopori bidang tanaman herba, Agropreneur Nursery dan Pertanian Berkelompok.

Harapan mereka ialah agar dapat membantu menjaga alam sekitar, membekalkan makanan untuk manusia sejagat dan dapat mengelakkan kehancuran alam sekitar (Climate Disaster) yang sedang berlaku sekarang dan boleh menghancurkan tamadun abad-21 ini.

Urban Ecolife Agrofarm mempunyai dua kebun di alamat Lot 4584, Batu 6 Gombak, Jalan MRR2, 68100, Selangor  dan Lot 66, Kampung Tanjung Resang, 86900 Endau, Mersing, Johor. 



ANTARA PRODUK LAIN KELUARAN 
URBAN ECOLIFE AGROFARM

  • Madu Apis Mellifera
  • Serbuk Campuran Herba Atasi D-Tinggi
  • Serbuk Campuran Herba Untuk Mengelakkan Batu Karang
  • Serbuk Campuran Herba Atasi K-Cer
  • Serbuk Campuran Herba Atasi k-Manis
  • Serbuk Campuran Herba Atasi Sakit Sendi
  • Serbuk Campuran Herba Tenaga Isteri
  • Serbuk Campuran Herba Tenaga Suami
  • Minyak Kelapa Dara Dengan Habbatus Sauda'
  • Minyak Kelapa Dara
Untuk anda yang nak cuba produk-produk yang disenaraikan ini atau mungkin nak tahu lebih lanjut tentang Urban Ecolife Agrofarm ini, bolehlah hubungi mereka dengan cara-cara yang disenaraikan dibawah. 🠋

URBAN ECOLIFE AGROFARM

Whatsapp : 019-718 3581
Youtube : https://bit.ly/3ggwrHu

1 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

Previous Post Next Post