Senarai 70 Filem Menarik Anda Boleh Tonton di Disney Plus Hotstar

Assalamualaikum dan salam sejahtera


Tak tahu nak tonton apa di Disney Plus atau di Malaysia dikenali dengan nama Disney Plus Hotstar? Jangan risau, aku akan bantu anda semua. Mungkin sebelum ini ada yang beranggapan berapa sahaja filem yang ada di laman "streaming" ini? Kepada yang tak tahu, sememangnya ada banyak filem dan drama di sini.

Untuk itu, aku buat senarai khas untuk anda tonton filem-filem menarik di Disney Plus Hotstar. Filem-filem ini disusun mengikut tahun ditayangkan. Mungkin ada beberapa filem lain yang aku terlepas, jadi anda mungkin boleh tambah diruangan komen. 


#70 Marry Poppins (1964)


Filem Marry Poppins (1964) merupakan sebuah filem muzikal fantasi diarahkan oleh Robert Stevenson. Filem ini mengisahkan tentang sebuah keluarga yang didatangi Marry Poppins yang mmepunyai kuasa magis dan membantu kehidupan keluarga tersebut. Antara pelakon yang membintangi film ini adalah Julie Andrews, Dick Wan Dyke dan David Tomlinson.

#69 The Sound of Music (1965)


Filem The Sound Of Music (1965) merupakan sebuah filem muzikal drama lakonan oleh Julie Andrews dan Christoper Plummer. Filem ini menerima 5 anugerah Academy termasuklah Best Picture dan Best Director.  

#68 Star Wars : Episode VI : Return Of The Jedi (1983)

Star Wars: Episode VI- Return of the Jedi (1983) merupakan filem ketiga didalam trilogy pertama filem Star Wars. Dengan bajet filem sekitar USD$ 32.5 juta, filem ini mendapat kutipan sebanyak USD$ 475.1 juta!

#67 Honey, I Shrunk the Kids (1989)

Filem Honey, I Shrunk the Kids (1989) merupakan filem yang menceritakan tentang seorang pereka yang tidak sengaja mengecilkan anaknya sehingga saiz 6 milimeter dengan mesin ciptaannya.  Filem ini mencipta rekos sebagai filem Disney live-action paling banyak kutipan selama 5 tahun! 

#66 Pretty Woman (1990)

Filem Pretty Woman (1990) merupakan sebuah filem romantik komedi diarahkan oleh Garry Marshall, dibintangi oleh Richard Gere dan Julia Roberts.  Untuk filem ini, Julia Roberts menerima pencalonan di anugerah Academy untuk Best Actress dan memenangi anugerah di Golden Globe! 


#65 Sister Act (1992)

Filem Sister Act (1992) merupakan sebuah filem komedi yang diarahkan oleh Emile Ardolino dan dibintangi pelakon hebat Whoopi Goldberg. Filem ini begitu berjaya sehinggakan sekuelnya telah dihasilkan dan ditayangkan pada tahun 1992 dan sekuel ketiga sedang dalam perancangan untuk dihasilkan dan ditayangkan di Disney +.

#64 Hocus Pocus (1993)

Filem Hocus Pocus (1993) pula merupakan filem komedi fantasi diarahkan oleh kenny Ortega. Filem ini mengisahkan tentang tiga orang ahli sihir yang dihidupkan semula oleh seorang remaja lelaki. Pelakon utamanya adalah Bette Midler, Sarah Jessica Parker dan Kathy Najimy. Sekuel untuk filem ini didalam pembikinan dan bakal ditayangkan pada tahun 2022 di Disney+.

#63 Independence Day (1996)

Filem Independece Day (1996) merupakan sebulah filem sains fiksyen diarahkan dan ditulis oleh Roland Emmerich. Antara pelakon yang membintangi filem ini termasuklah Jeff Goldblum, Will Smith, Bill Pullman, Mary McDonnell dan ramai lagi. Filem ini mengisahkan tentang makhluk asing yang datang ke Bumi. Filem ini memenangi anugerah Academy untuk kategori Best Visual Effects. Sekuel filem ini telah ditayangkan pada 20 tahun kemudian iaitu pada tahun 2016. 

#62 A Bug's Life (1998)

Filem A Bug's Life (1998) merupakan filem kedua yang diterbitkan oleh Pixar, mengisahkan tentang semut yang perlu menyelamatkan koloninya.  Filem ini menerima kritikan positif dan berjaya mengutip kutipan sebanyak $USD 363 juta dengan kos pembikinan sebanyak $USD 120 juta. 

#61 Tarzan (1999)

Filem Tarzan (1999) merupakan sebuah filem animasi Disney dan merupakan filem ke 37 Disney terbitkan. Cerita di dalam filem ini adalah berdasarkan kisah di dalam Tarzan of the Apes oleh Edgar Rice Burroughs. Filem ini menerima anugerah Best Original Song di Academy Award. 

#60 X-Men (2000)

Filem X-Men (2000) merupakan sebuah filem adiwira yang diarahkan oleh Bryan Singer dan berdasarkan watak didalam Komik Marvel.  Antara pelakon yang membintangi filem ini termasuklah Patrick Stewart, Hugh Jackman, Ian McKellen, Halle Berry, Famke Janssen, James Marsdend an ramai lagi. Filem ini begitu berjaya dan dikatakan sebagai salah satu filem pertama yang membawakan penerimaan positif untuk filem-filem adiwira dilayar perak. 

#59 Monster, Inc (2001)

Filem Monster, Inc (2001) merupakan filem animasi komputer diterbitkan oleh Pixar Animation Studios dan diedarkan oleh Walt Disney pictures.  Filem ini mengisahkan tentang dunia raksasa, dimana mereka perlu menakutkan kanak-kanak manusia, dan malangnya seorang kanak-kanak tersesat masuk ke dunia mereka.  Filem ini berjaya mengutip $USD577 juta dan menjadi filem ketiga paling tinggi kutipan pecah panggung pada tahun 2001. 


#58 The Rookie (2002)

Filem The Rookie (2002) merupakan sebuah filem drama sukan, diarahkan oleh John Lee Hancock dan diterbitkan oleh Walt Disney Pictures. Filem ini adalah berdasarkan kisah benar Jim Morris dalam bidang sukan Baseball. Antara pelakon yang membintangi filem ini adalah Dennis Quaid sebagai teraju utama, Rachel Griffiths, Jay Hernandes, Beth Grant dan ramai lagi.

#57 The Pirates of the Caribbean: The Curse of the Black Pearl (2003)

Filem Pirates of the Caribbean: The Curse of the Black Pearl (2003) merupakan sebuah filem fantasi diarahkan oleh Gore Verbinski dan merupakan filem pertama dalam siri filem Pirates of the Caribbean. Filem ini mengisahkan bagaimana lanun Jack Sparrow berhadapan dengan musuh. Pelakon-pelakon hebat yang membintangi filem ini adalah seperti Johnny Depp, Orlando Bloom, Keira Knightley dan Geoffrey Rush.

#56 Freaky Friday (2003)

Freaky Friday (2003) merupakan sebuah filem komedi fantasi diarahkan oleh Mark Waters dan berdasarkan novel dengan tajuk yang sama ditulis oleh Mary Rodgers. Dibintangi oleh Jamie Lee Curtis dan Lindsay Lohan sebagai ibu dan anak, filem ini mengisahkan tentang mereka bertukar badan.

#55 Finding Nemo (2003)

Finding Nemo (2003) merupakan sebuah filem animasi diterbitkan oleh Pixar Animation Studios. Antara pelakon watak suara untuk filem ini termasuklah Albert Brooks, Ellen DeGeneres, Alexander Gould dan Willem Dafoe. Filem ini mengisahkan tentang seekor 'clownfish' bernama Marlin yang kehilangan anaknya bernama Nemo. Pengembaraan Marlin turut disertai ikan 'regal blue tang' yang bernama Dory. Filem ini menerima anugerah Best Animated Feature di anugerah Academy.

#54 The Incredibles (2004)

Filem The Incredibles (2004) pula merupakan filem adiwira animasi terbitan Pixar Animation Studios, diarahkan oleh Brad Bird dan dibintangi pelakon suara seperti Craig T. Nelson, Holly Hunter, Samuel L. Jackson dan Spencer Fox. Sekuel bagi filem ini telah diterbitkan dan ditayangkan pada tahun 2018.

#53 Miracle (2004)

Filem Miracle (2004) merupakan sebuah filem sukan iaitu tentang pasukan hoki ais Amerika Syarikat yang diketuai ketua jurulatihnya Herb Brooks, dilakonkan oleh Kurt Russel, memenangi pingat emas di Olimpik Musim Sejuk 1980. Filem ini diarahkan oleh Gavin O'Connor dan ditulis oleh Eric Guggenheim dan Mike Rich.

#52 Star Wars: Episode III (2005)

Filem Star Wars: Episode III - Revenge of the Sith (2005) dibintangi oleh Ewan McGregor, Natalie Portman, Hayden Christensen, Samuel L. Jackson dan ramai lagi. Filem ini merupakan filem terakhir bagi trilogi prekuel Star Wars, ketiga bagi bahagian Skywalker saga dan filem ke 6 Star Wars secara keseluruhannya. 

#51 The Chronicles of Narnia: The Lion, the Witch and the Wardrobe (2005)

The Chronicles of Narnia: The Lion, the Witch and the Wardrobe (2005) merupakan sebuah filem fantasi yang diarahkan oleh Andrew Adamson, berdasarkan novel 1950 berjudul The Lion, the Witch and the Wardrobe. Antara pelakon yang ada dalam filem ini adalah William Moseley, Anna popplewell, Skandar Keynes, Georgie Henley, Tilda Swinton, James McAvoy dan Liam Neeson. Filem ini memungut kutipan $USD745 juta dengan bajet sebanyak $USD 180 juta. 

#50 Ratatouille (2007)

Filem Ratatouille (2007) merupakan sebuah filem animasi komedi diterbitkan oleh Pixar. Filem ini merupakan filem ke 8 diterbitkan oleh Pixar dan dengan bajet filem sebanyak $USD 150 juta, filem ini menerima kutipan pecah panggung $USD 620.7 juta. Filem ini turut memenangi anugerah Best Animated Feature di anugerah Academy.

#49 Iron Man (2008)

Filem Iron Man (2008) merupakan filem adiwira dan merupakan filem pertama di dalam Marvel Cinematic Universe. Filem ini diarahkan oleh Jon Favreau dan dibintangi oleh Robert Downey Jr. Terrence Howard, dan Gwyneth Paltrow. Filem ini menjadi filem ke-8 kutipan tertinggi pada tahun 2008 dengan kutipan sebanyak $585 juta dan menerima dua pencalonan di anugerah Academy untuk kategori Best Sound Editing dan Best Visual Effects.

#48 Bolt (2008)

Filem Bolt (2008) merupakan sebuah filem animasi diterbitkan oleh Walt Disney Animation Studios. Filem ini merupakan filem ke 48 yang diterbitkan oleh Disney. Diarahkan oleh Chris Williams dan Byron Howard, filem ini menampilkan pelakon alih suara seperti John Travolta, Susie Essman, Mark Walton, Miley Cyrus dan ramai lagi.

#47 Wall-E (2008)

Filem WALL-E (2008) merupakan filem animasi sains fiksyen diterbitkan oleh Pixar Animation Studios. Filem ini diarahkan oleh Andrew Stanton dan menampilkan pelakon alih suara seperti Ben Burtt, Elissa Knight, Jeff Garlin, Jon Ratzenberger dan ramai lagi.  Filem ini menceritakan tentang WALL-E, sebuah robot dimasa hadapan, dimana ketika itu Bumi sudah menjadi tempat yang tidak boleh dihuni lagi, penuh dengan sampah. Filem ini memenangi pelbagai anugerah termasuklah Golden Globe, Saturn Award dan Academy Award. 

#46 Avatar (2009)

Filem Avatar (2009) merupakan sebuah filem epik sains fiksyen, ditulis, diterbitkan dan diarahkan oleh James Cameron dan dibintangi pelakon seperti Sam Worthington, Zoe Saldana, Stephen Lang, Michelle Rodriguez dan Sigourney Weaver.  Filem ini mengisahkan sewaktu pertengahan abad ke-22, dimana manusia telah menjelajah Pandora, bulan bagi sebuah planet di sistem Alpha Centauri. Filem ini mencipta sejarah sebagai filem paling tinggi kutipan sepanjang masa dengan kutipan mencecah $USD 2.847 bilion. Filem ini menerima 9 pencalonan di anugerah Academy dan memenangi 3 daripadanya.

#45 Toy Story 3 (2010)

Filem Toy Story 3 (2010) merupakan sebuah filem animasi komedi yang cukup popular, diterbitkan oleh Pixar Animation Studios. Filem ini merupakan filem ketiga dalam siri filem Toy Story, diarahkan oleh Lee Unkrich. Filem ini merupakan filem animasi pertama yang mendapat kutipan melebihi $USD1 billion!

#44 Tangled (2010)

Filem Tangled (2010) merupakan filem pengembaraan animasi muzikal yang diterbitkan oleh Walt Disney Studios. Cerita di dalam filem ini adalah berdasarkan kisah Rapunzel, filem ini merupakan filem ke 50 yang diterbitkan oleh Disney. Antara pelakon alih suara yang membintangi filem ini adalah Mandy Moore, Zachary Levi dan Donna Murphy.

#43 Captain America : The First Avenger (2011)

Filem Captain America: The First Avenger (2011) merupakan sebuah filem adiwira berdasarkan watak di dalam komik Marvel. Filem ini merupakan filem ke lima di dalam Marvel Cinematic Universe. Diarahkan oleh Joe Johnston, filem ini dibintangi oleh Chris Evans, Tommy Lee Jones, Hugo Weaving, Hayley Atwell, Sebastian Stan, Dominic Cooper dan ramai lagi.

#42 The Avengers (2012)

Filem The Avengers (2012) merupakan sebuah filem adiwira berdasarkan watak dalam komik Marvel, filem ini merupakan filem ke 6 didalam MCU dan diarahkan oleh Joss Whedon. Antara pelakon yang membintangi filem ini adalah Robert Downey Jr., Chris Evans, Mark Ruffalo, Chris Hemsworth, Scarlett Johansson, and Jeremy Renner sebagai  Avengers, bersama dengan Tom Hiddleston, Clark Gregg, Cobie Smulders, Stellan SkarsgÃ¥rd, and Samuel L. Jackson. Filem ini menerima kutipan lebih $USD 1.5 billion dengan bajet sekitar $220 juta. 

#41 Wreck-It Ralph (2012)

Filem Wreck-it Ralph (2012) merupakan filem animasi komedi diarahkan oleh Rich Moore dan merupakan filem animasi ke 52 terbitan Disney. Filem ini mendapat kutipan sebanyak $471 juta dan menerima pelbagai pencalonan di anugerah besar seperti Golden Globe dan Academy Award.

#40 John Carter (2012)

Filem John Carter (2012) merupakan sebuah filem sains fiksyen diarahkan oleh Andrew Stanton dan cerita ditulis oleh Stanton, Mark Andrews dan Michael Chabon. Cerita di dalam filem ini adalah berdasarkan buku berjudul A Princess of Mars (1912). Filem ini menceritakan kisah pengembaraan merentasi planet dimana John Carter bertemu dengan makhluk lain di planet Marikh.

#39 Frozen (2013)

Filem Frozen (2013) merupakan sebuah filem animasi muzikal fantasi dan ceritanya diinspirasikan daripada kisah dongeng "The Snow Queen". Antara pelakon alih suara di dalam filem ini termasuklah Kristen Bell, Idina Menzel, Jonathan Groff, Josh Gad dan Santino Fontana. Filem ini mendapat kutipan yang tinggi iaitu sebanyak $USD 1.28 billion dan mengambil alih tempat pertama dari filem Toy Story 3 (2010) sebagai filem animasi dengan kutipan tertinggi. 

#38 Monster University (2013) 

Filem Monster University (2013) merupakan sebuah filem animasi komedi diarahkan oleh Dan Scanlon dan diterbitkan oleh Pixar Animation Studios. Filem ini merupakan filem prekuel kepada filem Monster, inc (2001). Penceritaan dalam filem ini berkisarkan tentang James p. Sullivan dan Mike Wazowski ketika di zaman kolej mereka. 

#37 Big Hero 6 (2014)

Filem Big Hero 6 (2014) merupakan sebuah filem adiwira animasi  diterbitkan oleh Walt Disney Animation Studios. Filem ini diinspirasikan daripada watak di dalam Komik Marvel degan nama sama. Antara pelakon alih suara di dalam filem ini adalah seperti Scott Adsit, Ryan Potter, Daniel Henney, Mara Rudolph, Jamie Chung dan ramai lagi. Filem ini memenangi anugerah Best Animated Feature di anugerah Academy.

#36 Captain America : The Winter Soldier (2014)

Filem Captain America: The Winter Soldier (2014) merupakan filem adiwira berdasarkan Komik Marvel diterbitkan oleh Marvel Studios. Filem ini merupakan filem sekuel bagi filem Captain America: The First Avenger (2011) dan filem ke 9 dalam MCU.  Antara pelakon di dalam filem ini adalah Chris Evans, Scarlett Johansson, Sebastian Stan, Anthony Mackie, Cobie Smulders, Frank Grillo, Samuel L. Jackson dan ramai lagi.  Di dalam filem ini, Captain America bersama dengan Black Widow dan Falcon mendedahkan konspirasi di dalam S.H.I.E.L.D dan dalam masa yang sama berhadapan dengan Winter Soldier.

#35 X-Men : Days of Future Past (2014)

Filem X-Men: Days of Future Past (2014) merupakan sebuah filem adiwira diarahkan dan diterbitkan oleh Bryan Singer. Filem ini merupakan filem ke 7 dalam siri filem X-Men dan merupakan sekuel bagi filem X-Men: The Last Stand (2006), X-Men: First Class (2011) dan juga filem The Wolverine (2013). Filem ini menceritakan tentang dua era, dimana Logan kembali ke tahun 1973 utnuk mengubah sejarah dan menghalan daripada terjadinya peperangan antara manusia dan mutant.  Filem ini menjadi filem pertama X-Men yang dicalonkan di anugerah Academy. 

#34 Into the Woods (2014)

Filem Into the Woods (2014) merupakan sebuah filem muzikal fantasi diarahkan oleh Rob Marshall. Filem ini diinspirasikan daripada kisah dongeng "Little Red Riding Hood", "Cinderella", "Jack and the Beanstalk" dan "Rapunzel". Antara pelakon yang membintangi filem ini adalah Meryl Streep, Emily Blunt, James Corden, Anna Kendrick, Chris Pine dan ramai lagi.  Filem ini menerima 3 pencalonan di Academy Award.

#33 The Fault in Our Stars (2014)

Filem The Fault in Our Stars (2014) merupakan satu filem romantik, diarahkan oleh Josh Boone dan berdasarkan novel dengan tajuk yang sama pada tahun 2012 ditulis oleh John Green.  Filem ini dibintangi oleh Shailene Woodley dan Ansel Elgort, Laura Dern, Sam Trammell, Nat Wolff dan Willem Dafoe. 

#32 Inside Out (2015)

Filem Inside Out (2015) merupakan sebuah filem animasi terbitan Pixar Animation Studio, diarahkan oleh Pete Docter. Antara pelakon alih suara di dalam filem ini adalah Amy Poehler, Phyllis Smith, Richard Kind, Lewis Black, Bill Hader, Mindy Kaling dan ramai lagi. Filem ini menceritakan tentang situasi di dalam minda seroang remaja perempuan bernama Riley, dimana lima emosi, Joy, Sadness, Anger, Fear dan Disgust, cuba untuk bantu Riley hadapi kesurakan dalam kehidupan selepas dia dan keluarga berpindah. 

#31 Cinderella (2015)

Filem Cinderella (2015) merupakan sebuah filem romantik fantasi diarahkan oleh Kenneth Branagh dan diterbitkan oleh Walt Disney, Kinberg Genre, Allison Shearmur Productions dan Beagle Pug Films. Filem ini adalah berdasarkan kisah dongen dan juga adaptasi dari filem animasi dengan nama yang sama. Filem ini dibintangi oleh Lily James sebagai Cinderella, bersama dengan pelakon lain seperti Cate Blanchett, Richard Madden, Stellan Skarsgard, Holliday Grainger, Derek Jacobi dan Helena Bonham Carter. 

#30 The Martian (2015)

Filem The Martian (2015) merupakan sebuah filem sains fiksyen diarahkan oelh Ridley Scott dan dibintangi oleh Matt Damon sebagai pelakon utama. Filem ini mengisahkan tentang seorang angkawasan yang terkandas di planet Marikh dan ditinggalkan secara tidak sengaja. Setelah disedari, NASA berusaha untuk membawa dia kembali ke Bumi. Antara pelakon lain dalam filem ini adalah Jessica Chastain, Jeff Daniels, Kristen Wiig, Chiwetel Ejiofor, Sean Bean, Michael Pena, Kate Mara, Sebastian Stan dan ramai lagi. 


#29 Doctor Strange (2016)

Filem Doctor Strange (2016) merupakan sebuah filem adiwira berdasarkan watak di dalam Komik Marvel. Diterbitkan oleh Marvel Studios, filem ini merupakan filem ke 14 dalam MCU. Diarahkan oleh Scott Derrickson, filem ini dibintangi Benedict Cumberbatch, CHiwetel Ejiofor, Rachel McAdams, Benedict Wong, Michael Stuhlbarg dan ramai lagi.  Filem ini menerima pencalonan bagi Best Visual Effects di anugerah Academy.

#28 Captain America : Civil War (2016)

Filem Captain America: Civil War (2016) merupakan filem adiwira berdasarkan watak dalam Komik Marvel, diterbitkan oleh Marvel Studios dan diarahkan oleh Anthony dan Joe Russo. Filem ini dibarisi pelakon seperti Chris Evans, Robert Downey Jr., Scarlett Johansson, Sebastian Stan, Anthony Mackie, Elizabeth Olsen, Chadwick Boseman, Tom Holland dan ramai lagi.  Filem ini menerima kutipan pecah panggung lebih $1.1 billion dan menjadi filem tertinggi kutipan bagi tahun 2016. 

#27 Finding Dory (2016)

Filem Finding Dory (2016) merupakan filem pengembaraan animasi diterbitkan oleh Pixar Animation Studios. Diarahkan oleh Andrew Stanton, filem ini merupakan filem sekual bagi filem Finding Nemo (2003). Filem ini mengisahkan tentang ikan Dory dalam pengembaraannya untuk berjumpa kembali dengan ibu bapanya. Antara pelakon alih suara dalam filem ini adalah Ellen DeGeneres, Albert Brooks, Hayden Rolence, Ed O'Neill, Ty Burell dan ramai lagi.  Filem ini menerima kutipan $1.029 billion dan menjadi filem Pixar kedua mencapai kutipan lebih 1 billion selepas filem Toy Story 3 (2010).

#26 Moana (2016)

Filem Moana (2016) merupakan filem animasi pengembaraan muzikal diterbitkan oleh Walt Disney Animation Studios. FIlem ini adalah filem animasi ke 56 diterbitkan oleh Disney, diarahkan oleh Ron Clements dan John Musker. Antara pelakon alih suara dalam filem ini adalah  AuliÊ»i Cravalho, Dwayne Johnson, Rachel House, Temuera Morrison, Alan Tudyk dan ramai lagi. Filem ini menerima dua pencalonan di anugerah Academy untuk kategori Best Animated Feature dan Best Original Song. 

#25 Zootopia (2016)

Filem Zootopia (2016) merupakan sebuah filem animasi polis diterbitkan oleh Walt Disney Animation Studios. Diarahkan oleh Byron Howard dan Rich Moore, filem dibintangi pelakon alih suara seperti Ginnifer Goodwin, Jason Bateman, Idris Elba, Jenny Slate, Nate Torrence, J.K Simmons dan ramai lagi.  Filem ini memecahkan rekod kutipan pecah panggung dibeberapa negara dan kutipan keseluruhannya adalah $1.024 billion!

#24 Rogue One: A Star Wars Story (2016)

Rogue One: A Star Wars Story (2016) merupakan filem pengembaraan angkasa diarahkan oleh Gareth Edwards. Diterbitkan oleh Lucasfilm , filem ini merupakan prekuel bagi filem Star Wars: Episode IV- A New Hope (1977). Antara pelakon yang membintangi filem ini adalah Felicity Jones, Diego Luna, Ben Mendelsohn, Donnie Yen, Mads Mikkelsen dan ramai lagi. 

#23 Independence Day: Resurgence (2016)

Filem Independece Day: Resurgence (2016) merupakan sebuah filem sains fiksyen aksi diarahkan oleh Roland Emmerich. Filem ini merupakan sekuel bagi filem Independence Day (1996). Antara pelakon yang membintangi filem ini adalah Liam Hemsworth, Jeff Goldblum, Bill Pullman, Maika Monroe, Travis Tope dan ramai lagi. 

#22 Thor : Ragnarok (2017)

Filem Thor: Ragnarok (2017) merupakan sebuah filem adiwira berdasarkan watak di dalam Komik Marvel, diterbitkan oleh Marvel Studios dan diarahkan oleh Taika Waititi.  Filem ini merupakan sekuel bagi filem Thor (2011) dan Thor: The Dark World (2013) dan antara pelakon yang membintangi filem ini adalah Chris Hemsworth, Tom Hiddleston, Cate Blanchett, Idris Elba, Jeff Goldblum, Tessa Thompson, Mark Rufallo dan Anthony Hopkins. 

#21 Star Wars: The Last Jedi (2017)

Filem Star Wars: The Last Jedi (2017) merupakan sebuah filem epik pengembaraan angkasa yang ditulis dan diarahkan oleh Rian Johnson. Diterbitkan oleh Lucasfilm, filem ini merupakan filem kedua dalam trilogy Skywalker Saga. Antara pelakon yang membintangi filem ini adalah Mark Hamill, Carrie Fisher, Adam driver, Daisy Ridley, John Boyega, Oscar Isaac, Andy Serkis, Lupita Nyong'o dan ramai lagi. Filem ini mendapat kutipan sebanyak $USD1.3 billion dan menerima empat pencalonan di anugerah Academy.

#20 Guardians of the Galaxy Vol. 2 (2017)

Filem Guardians of the Galaxy Vol.2 (2017) merupakan sebuah filem adiwira berdasarkan watak didalam Komik Marvel, diterbitkan oleh Marvel Studios dan diarahkan oleh James Gunn.  Filem ini merupakan filem ke 15 dalam MCU dan antara pelakon yang membintangi filem ini adalah Chris Pratt, Zoe Saldana, Dave Bautista, Vin Diesel, Bradley Cooper, Michael Rooker, Karen Gillan, Pom Klementieff dan ramai lagi. 

#19 Coco (2017)

Filem Coco (2017) merupakan sebuah filem animasi fantasi yang diterbitkan oleh Pixar Aniamtion Studios dan diarahkan oleh Lee Unkrich. Antara pelakon alih suara yang membintangi filem ini adalah Anthony Gonzalez, Gael Garcia Bernal, Benjamin Bratt, Alanna Ubach dan ramai lagi. Filem ini mengisahkan tentang budak lelaki berumur 12 tahun yang secara tak sengaja dibawa masuk ke Alam Kematian. Filem ini memenangi dua anugerah di Academy Awards iaitu Best Animated Feature dan Best Original Song.

#18 Beauty and the Beast (2017)

Filem Beauty and the Beast (2017) merupakan sebuah filem muzikal romantik dan fantasi yang diarahkan oleh Bill Condon. Filem ini merupakan filem adaptasi 'live-action' untuk filem animasi Disney dengan tajuk yang sama pada tahun 1991. Filem ini dibintangi oleh Emma Watson, Dan Stevens, Luke Evans, Kevin Kline, Josh Gad dan ramai lagi.

#17 The Greatest Showman (2017)

Filem The Greatest Showman (2017) merupakan sebuah filem muzikal drama yang diarahkan oleh Michael Gracey dan ditulis oleh Jenny Bicks dan Bill Condon. Pelakon yang membintangi filem ini adalah Hugh Jackman, Zac Efron, Michelle Williams, Rebecca Ferguson dan Zendaya. 

#16 Black Panther (2018)

Filem Black Panther (2018) merupakan sebuah filem adiwira berdasarkan watak di dalam Komik Marvel. Diterbitkan oleh Marvel Studios, filem ini merupakan filem ke 18 dalam MCU dan ia diarahkan oleh Ryan Coogler. Antara barisan pelakon yang membintangi filem ini adalah Chadwick Boseman, Michael B. Jordan, Luita Nyong'o, Danai Gurira, Martin Freeman dan ramai lagi. Filem ini mendapat kutipan pecah panggung sebanyak $USD 1.3 billion dan menerima 7 pencalonan di Academy Awards termasuklah bagi kategori Best Picture. 

#15 Avengers : Infinity War (2018)

Filem Avengers: Infinity War (2018) merupakan sebuah filem epik adiwira berdasarkan watak di dalam Komik Marvel. Filem ini merupakan filem yang ke 19 di dalam MCU, diarahkan oleh Anthony dan Joe Russo dan dibintangi dengan barisan pelakon seperti Robert Downey Jr. Chris Hemsworth, Mark Rufallo, Chris Evans, Scarlett Johansson, Benedict Cumberbatch, Don Cheadle dan ramai lagi.  Filem ini merupakan filem adiwira pertama yang mendapat kutipan lebih dari $2 billion iaitu sebanyak $2.048 billion. 


#14 Isle of Dogs (2018)

Filem Isle of Dogs (2018) merupakan sebuah filem animasi 'stop-motion' sains fiksyen dan komedia yang ditulis, diterbitkan dan diarahkan oleh Wes Anderson. Antara pelakon alih suara di dalam filem ini adalah Bryan Cranston, Edward Norton, Liev Schreiber, Bill Murray, Scarlett Johansson, Jeff Goldblum, Tilda Swinton dan ramai lagi. Filem ini menerima 2 pencalonan di anugerah Academu iaitu kategori Best Animated Feature Film dan Best Original Score.

#13 Ralph Breaks the Internet (2018)

Filem Ralph Breaks the Internet (2018) merupakan sebuab filem animasi komedi yang diterbitkan oleh Walt Disney Animation Studios. Filem ini merupakan filem animasi ke 57 yang diterbitkan oleh Disney dan filem ini merupakan sekuel bagi filem Wreck-It-Ralph (2012). Antara pelakon alih suara di dalam filem ini adalah John C. Reilly, Sarah Silverman, Gal Gadot, Jane Lynch dan ramai lagi. 

#12 The Lion King (2019)

Filem Lion King (2019) merupakan sebuah filem muzikal drama yang diarahkan dan diterbitkan oleh Jon Favreau. Filem ini dibintangi pelakon alih suara seperti Donald Glover, Seth Rogen, Chiwetel Ejiofor, Florence Kasumba, Beyonce dan ramai lagi. Filem ini mendapat kutipan $1.6 billion dan mengambil alih tempat filem Frozen (2013) sebagi filem animasi dengan kutipan paling tinggi.  Filem ini turut menerima pencalonan di Golden Globe Awards, Academy Award dan banyak lagi. 

#11 Avengers : Endgame (2019)

Filem Avengers: Endgame (2019) merupakan sebuah filem adiwira berdasarkan watak di dalam Komik Marvel. Filem ini merupakan sekuel bagi filem Avengers: Infinity War (2018) dan merupakan filem ke 22 di dalam MCU. Diarahkan oleh Anthony dan Joe Russo, filem ini menampilkan jumlah pelakon yang ramai termasuklah Robert Downey Jr., Chris Evans, Mark Rufallo, Chris Hemsworth, Scarlet Johannson, Jeremy Renner dan ramai lagi. Filem ini menjadi filem paling tinggi kutipan pecah panggung sepanjang masa selepas ditayangkan dan menerima beberapa anugerah!

#10 Jojo Rabbit (2019)

Jojo Rabbit (2019) merupakan sebuah filem komedi drama ditulis dan diarahkan oleh Taika Waititi. Diadaptasi daripada buku Caging Skies (2008) oleh Christine Leunen, filem ini menampilkan bintang seperti Scarlett Johansson, Roman Griffin Davis, Thomasin McKenzie, Taika Waititi, Sam Rockwell, Rebel Wilson, dan ramai lagi. Filem ini mengisahkan tentang Jojo, seorang budak lelaki berumur 10 tahun yang merupakan peminat tegar Hitler dan mendapati ibunya menyelamatkan seorang remaja perempuan Yahudi di rumahnya.  Filem ini menerima anugerah Best Adapted Screenplay di anugerah Academy.

#9 Aladdin (2019)

Filem Aladdin (2019) merupakan sebuah filem muzikal fantasi diterbitkan oleh Walt Disney Pictures. Filem ini merupakan filem 'live-action' adaptasi daripada filem animasi Disney pada tahun 1992 dengan tajuk yang sama. Antara pelakon yang membintangi filem ini adalah Will Smith, Mena Massoud, Naomi Scott, Marwan Kenzari, Navid Negahban, Nasim pedrad, Billy Magnussen dan Numan Acar. Filem ini menerima kutipan $USD 1.051 biliion dan menjadi filem ke 9 tertinggi kutipan pada tahun 2019.

#8 Togo (2019)

Filem Togo (2019) merupakan sebuah filem drama pengembaraan diarahkan oleh Ericson Core dan diterbitkan oleh Walt Disney Pictures. Filem ini dibintangi oleh Willem Dafoe, Julianne Nicholson, Christopher Heyerdahl, Michael Gaston dan ramai lagi. 

#7 Soul (2020)

Filem Soul (2020) merupakan sebuah filem animasi yang diterbitkan oleh Pixar Animation Studios dan diedarkan oleh Walt Disney Pictures. Diarahkan oleh Pete Docter dan Kemp Powers, filem ini dibintangi pelakon alih suara seperti Jamie Foxx, Tina Fey, Graham Norton, Rachel House danr amai lagi. Filem ini mengisahkan tentang seorang guru muzik bernama Joe Gardner yang roh dan tubuhnya telah terpisah dan perlu bergabung semula untuk menjadi pemuzik jazz. 

#6 Hamilton (2020)

Hamilton (2020) merupakan sebuah filem fiksyen sejarah, muzikal drama dan menyaksikan rakaman di atas pentas secara langsung pada tahun 2015. Filem ini telah diarahkan oleh Thomas Kail. Filem ini menerima pelabgai anugerah termasuklah di anugerah Golden Globe dan pelbagai lagi.

#5 Onward (2020)

Onward (2020) merupakan filem animasi pengembaraan fantasi diterbitkan oleh Pixar Animation Studios dan diarahkan oleh Dan Scanlon, diterbitkan oleh Kori Rae. FIlem ini dibintangi oleh pelakon alih suara seperti Tom Holland, Chris Pratt, Julia Louis-Dreyfus dan Octavia Spencer. Filem ini mengisahkan tentang dua orang saudara elf untuk mencari artifak yang akan mengembalikan ayah mereka yang telah mati. 

#4 Black Is King (2020)

Filem Black is King (2020) merupakan sebuah filem muzikal dan visual diarahkan, ditulis dan diterbitkan oleh penyanyi Beyoncé. Filem ini menceritakan tentang seorang putera Afria yang melalui perjalanan mengenali diri sendiri dengan bantuan beberapa pihak. 

#3 Mulan (2020)

Filem Mulan (2020) merupakan sebuah filem fantasi, aksi dan drama diterbitkan oleh Walt Disney Pictures. Filem ini diarahkan oleh Niki Caro dan merupakan adaptasi 'live-action' kepada filem animasi dengan tajuk yang sama pada tahun 1998. Filem ini menerima beberapa pencalonan di beberapa anugerah seperti Academy Awards, British Academy Film Awards dan banyak lagi.

#2 Raya and the Last Dragon (2021)

Filem Raya and the Last Dragon (2021) merupakan sebuah filem animasi fantasi, pengembaraan dan fantasi diterbitkan oleh Walt Disney Animation Studios dan diarahkan oleh Don Hall dan Carlos  López Estrada. Filem ini menceritakan tentang seorang puteri yang mencari naga terakhir untuk kembalikan perpaduan di Kumandra. Filem ini dibintangi pelakon alih suara seperti Kelly Marie Tran, Awkwafina, Izaac Wang, Gemma Chan dan ramai lgi. Filem ini dipuji atas beberpa aspek seperti animasi, visual, aksi dan pelbagai lagi.

#1 Luca (2021)

Filem Luca (2021) merupakan filem animasi fantasi diterbitkan oleh Pixar Animation Studios. Diarahkan oleh Enrico Casarosa, filem ini menceritakan tentang pengembaraan Luca Paguiro, raksasa air yang boleh berubah menjadi manusia apabila ke darat. 

SELAMAT MENONTON

Sebenarnya ada lebih banyak lagi filem-filem menarik, dari Asia dan juga Malaysia yang berada di laman penstriman Disney plus Hotstar ini. Tetapi bagi aku cukup setakat ini dahulu. Oh ya, tak dilupakan selepas ini Disney akan menambahkan beberapa filem lagi dan aku pastinya akan menambah filem-filem tersebut di senarai ini. 

SEKIAN

2 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


  1. Wahhh movie Honey, I Shrunk the Kids pun ada! Movie fav masa kecik dulu. Mostly banyak movie Marvel, tarikan utama Disney

    ReplyDelete
  2. I dah tengok mulan mmg best!

    Jom mulakan bisnes anda dengan buat produk jenama sendiri

    ReplyDelete

Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

Previous Post Next Post