Floor 88 Serlahkan Bakat Lakonan Dalam Filem Hutang 2D! Tonton di Astro First

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Filem Hutang 2D Floor 88

Apa khabar rakan-rakan semua? Alhamdulillah, kali ini adalah perkongsian mengenai sebuah filem terbaru tanah air. Mesti anda pelik macam mana boleh ada filem baru, dan dimana ia ditayangkan? Ya, walaupun Malaysia masih belum membuka pawagam, tetapi kita ada platform lain seperti Astro First! Filem yang nak dikongsikan dengan anda adalah filem HUTANG 2D.

FILEM HUTANG 2D

Filem Hutang 2D Floor 88

Masih ingat dengan lagu Hutang nyanyian kumpulan Floor 88? Lagu popular Hutang nyanyian kumpulan Floor 88 melakar kejayaan tersendiri dengan mendominasi carta radio dan televisyen tempatan pada tahun 2019 serta liriknya telah menjadi siulan oleh golongan kanak-kanak hingga orang dewasa. Bait-bait lirik lagu Hutang juga membawa maksud yang cukup mendalam. Terbaharu, lagu tersebut diangkat dan dipersembahkan menerusi filem HUTANG 2D.

Filem HUTANG 2D adalah kemunculan pertama kumpulan Floor 88 menerusi filem dan ia bakal hiburkan penonton dengan gelagat, aksi dan komedi yang mencuit hati. Terdahulu, Floor 88 pernah pamerkan bakat lakonan menerusi telefilem Kau Roadblock Hatiku (2018) dan Tok Moh Talent Agency (2019) yang ditayangkan di Astro Citra.

Okay, untuk filem ini, bukan hanya kumpulan Floor 88 sahaja tetapi juga menampilkan gabungan penyanyi-penyanyi terkenal tanah air serta pelakon hebat dalam menggerakkan setiap watak. Antaranya, Baby Shima, Black Hanafiah, Fauziah Datuk Ahmad Daud, Ropie, Altimet, Wafiy Ilhan dan Coki. Untuk pengetahuan anda, sebelum ini Ropie pernah tampil dalam muzik video lagu Hutang dengan watak seorang yang banyak hutang, dan menariknya watak tersebut telah dikembangkan ke dalam filem dan menjadi salah satu konflik di dalam penceritaan HUTANG 2D.

KOS PENGGAMBARAN RM 300,000!

Filem Hutang 2D Floor 88

Penerbit Eksekutif Filem HUTANG 2D, Arie Zaharie menyatakan keseluruhan kos penggambaran 10 hari itu menelan belanja sebanyak RM300,000

“Idea asal filem ini datang dari Silentkaiju Studio dan pihak kami tertarik dengan idea untuk mengangkat lagu Hutang yang amat popular dalam kalangan masyarakat Malaysia. Memandangkan bait-bait lirik yang menggunakan gaya bahasa sarkastik dan membawa kisah tersendiri, jadi, kami cuba mengembangkan elemen serta mesej lagu tersebut ke dalam sebuah penceritaan dan kemudian mempersembahkan dalam bentuk filem. 

Malah, pihak kami juga berusaha membawa kelainan menerusi Hutang 2D dengan menyajikan penonton dengan konsep menarik. Tahniah buat barisan pelakon, terutamanya kumpulan Floor 88 yang berjaya membawa sisi lain dengan menonjolkan sisi berbeza menerusi filem.”

Filem Hutang 2D Floor 88

Sementara itu, ketika penggambaran dijalankan, negara berdepan dengan situasi pandemik Covid-19, Penggambaran yang dilakukan di kawasan perumahan flat sememangnya mencabar terutama dalam tempoh pandemik. Penggambaran HUTANG 2D dilakukan di Jalan Kuchai Lama, Kuala Lumpur dan sekitar kawasan Sungai Buloh, Selangor, pada Julai 2020 iaitu ketika negara sedang berhadapan pandemik Covid-19. Pasukan produksi terpaksa menjalankan proses kawalan SOP yang ketat di set penggambaran. 

Rumah perlu sentiasa disanitasi, memeriksa dan mencatat catat suhu kru dan pelakon. Kru wajib memakai pelitup muka, membasuh tangan dan sentiasa menjaga penjarakan ketika penggambaran dijalankan. Mereka juga terpaksa menjaga keselamatan kerana suasana di kawasan perumahan flat yang ramai orang."jelasnya.

Filem Hutang 2D Floor 88

Beliau juga amat berterimakasih kepada pihak pengurusan flat dan penduduk setempat yang memberikan sepenuh kerjasama sepanjang lapan hari kru dan pelakon ’berkampung’ di sana. “Cabaran besar adalah babak untuk menggelapkan lampu seluruh blok rumah flat ketika babak “blackout” yang mendapat kerjasama baik daripada setiap penduduk di situ yang membenarkan lampu di rumah mereka ditutup serentak selain kerjasama ketua pengurusan flat yang berurusan dengan pihak TNB untuk membantu menjayakan babak tersebut.

Kami harap, Hutang 2D dapat memberi keterujaan kepada penonton dan mencipta kejayaan seperti filem-filem terdahulu yang pernah mengangkat lagu-lagu terkenal sebagai latar kepada jalan cerita,”ujarnya lagi

HUTANG 2D

Filem Hutang 2D Floor 88

Pengarah : Irwan Rauf & Pengarah Bersama Eric Fuzi
Produksi : Arie Zahari Production & Knack Knack Studios
Durasi : 95 minit
Tarikh Tayangan : 05 Ogos 2021 (Astro First)

Filem Hutang 2D Floor 88

BARISAN PELAKON
  • Ayie Elham (Floor 88)  sebagai Ayie
  • Baby Shima  sebagai Shima
  • Eric Fuzi (Floor 88)  sebagai Eric
  • Akram (Floor 88) sebagai Akram
  • Falique (Floor 88) sebagai Falique
  • Achoi (Floor 88) sebagai Achoi
  • Amir (Floor 88) sebagai Amir
  • Fauziah Dato Ahmad Daud AMN sebagai Mak Ima
  • Ropie  sebagai Pak Jib
  • Black Hanifah sebagai Han
  • Wafiy Aan sebagai Kit
  • Coki sebagai Aiman
  • Altimet  sebagai Gua Mambang

Filem Hutang 2D Floor 88

SINOPSIS HUTANG 2D

Filem HUTANG 2D  mengisahkan tentang Ayie (Ayie Elham), seorang pelukis webtoon yang kuat berangan dan bersifat pengecut. Hubungan Ayie dan ayahnya, Pak Jie (Ropie) tidak mesra, bahkan bakat melukisnya juga sering dipandang rendah oleh Pak Jie. Itu membuatkan Ayie rasa sedih dan kurang keyakinan, termasuklah memendam rasa terhadap jirannya, Shima (Baby Shima). 

Sementara itu, Pak Jie banyak berhutang dan sering diganggu oleh dua orang gangster, Han (Black) dan Kit (Wafiy Ilhan). Apabila Pak Jie diserang di rumahnya, Ayie terus menyembunyikan diri. Segalanya berubah apabila Ayie bertemu dengan Gua Mambang (Altimet) dan telah menghadiahkan sebuah ‘tablet’ ajaib. Ayie mendapati setiap lukisannya di tablet itu akan menjadi kenyataan. Kemudian, Ayie mencipta rakan-rakan baru dengan mempunyai kuasa ‘superhero’ yang luar biasa agar dapat membantunya menyelesaikan masalah hidupnya.


TRAILER FILEM HUTANG 2D


TONTON FILEM HUTANG 2D DI ASTRO FIRST

Filem Hutang 2D Floor 88

Anda boleh menonton filem Hutang 2D yang akan berada di Pawagam Rumah Anda, Astro First bermula 5 Ogos 2021. Untuk melanggan sila ke saluran 480 atau anda juga boleh strim di Astro Go atau On Demand. Dengan hanya RM15, anda boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang. Ikuti info dan klip-klip menarik tentang filem ini menerusi akaun Instagram, Facebook, Twitter Astro Shaw.

SELAMAT MENONTON

No comments:

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Powered by Blogger.