Shopee Laksanakan Program Vaksinasi untuk Kakitangannya bagi melindungi Para Pekerja dan Pembeli

Assalamualaikum dan salam sejahtera


Shopee laksanakan program vaksinasi untuk kakitangan di seluruh syarikat bagi melindungi para pekerja dan pembeli

Usaha diperkukuhkan bagi membantu rakyat Malaysia membeli-belah tanpa rasa bimbang menjelang 9.9 Hari Pembelian Hebat

Dalam usaha meningkatkan komitmennya bagi memerangi Covid-19, Shopee hari ini telah mengumumkan penyertaannya dalam program vaksinasi sektor swasta agar kakitangan mereka mendapat vaksin sepenuhnya dan dilindungi daripada virus tersebut.

Shopee memaklumkan bahawa pihaknya telah memberi keutamaan kepada petugas barisan hadapan daripada perkhidmatan logistiknya, Shopee Express, dan juga kakitangan yang bekerja di gudang memandangkan mereka menghadapi risiko tertinggi dan berkemungkinan besar paling banyak berinteraksi dengan para pembeli.

Mengulas mengenai inisiatif ini, Terence Pang, Ketua Pegawai Operasi di Shopee berkata, “Kakitangan kami merupakan tulang belakang organisasi ini. Keselamatan mereka, berserta keselamatan para pengguna, adalah keutamaan kami terutamanya apabila wabak ini terus memberi kesan kepada kehidupan rakyat Malaysia. Kami berusaha untuk menjaga kesihatan dan kesejahteraan warga kerja kami dengan lebih baik dari segi melawan Covid-19 melalui inisiatif ini, dan pada masa yang sama menyumbang kepada matlamat negara untuk mencapai imuniti kelompok."

Langkah ini juga merupakan sebahagian daripada jaminan Shopee kepada penggunanya dalam memberikan pengalaman membeli-belah atas talian yang lebih baik dan selamat dengan kebergantungan terhadap e-dagang yang semakin meningkat. Pang berkongsi, “Usaha ini kini lebih penting dengan musim membeli-belah akhir tahun yang kian menjelang, yang sentiasa menjadi tumpuan rakyat dan perniagaan-perniagaan di negara ini. Kami ingin memainkan peranan demi membantu semua orang membeli-belah tanpa rasa bimbang dan membantu perniagaan-perniagaan tempatan menjual dengan lebih mudah dan yakin. 9.9 menandakan bermulanya musim membeli-belah dan saya berharap agar dengan menjadikan aktiviti pembelian dan penjualan lebih selamat, kami dapat membawa senyuman kepada lebih ramai rakyat Malaysia.”


Komitmen ini dilaksanakan menjelang 9.9 Hari Pembelian Hebat oleh platform e-dagang tersebut yang merupakan festival pertama daripada empat festival membeli-belah akhir tahunnya.

9.9 Hari Pembelian Hebat yang akan datang, yang bakal berlangsung dari 20 Ogos hingga hari kemuncak pada 9 September, turut membawakan pelbagai tawaran istimewa kepada semua penggunanya. Para pembeli boleh menikmati baucar Penghantaran Percuma dan baucar Pulangan Tunai Syling Shopee 99%, di mana kedua-duanya dapat dinikmati tanpa pembelanjaan minimum. Paling menarik sekali, para pengguna juga berpeluang memenangi sebuah Mercedes-Benz baharu dengan mengambil bahagian dalam permainan Main & Menang Mercedes-Benz dengan mengumpul tiket emas setiap hari.


Memandangkan tarikh 25 Ogos hampir tiba, Shopee juga akan mengadakan Ogos 25 Jualan Hari Gaji yang akan menampilkan RM25 Knockout Deals di mana para pembeli boleh mendapatkan barangan seperti Samsung Galaxy A12, Estee Lauder Advanced Night Repair, kerusi permainan ergonomik Armaggeddon Shuttle II Premium PU Leather Ultimate Gaming Chair dan banyak lagi pada hanya RM25. 

Selain daripada program vaksinasi untuk kakitangannya, Shopee telah berjuang dalam memerangi penularan pandemik ini sejak bermulanya Covid-19.

Shopee telah memperuntukkan 1 juta pek baucar Shopee bernilai RM40 setiap satu menerusi kempen #ShopeeAjakVaksin untuk memberi ganjaran kepada penerima vaksin Covid-19 di pusat vaksinasi terpilih di seluruh negara, bagi mendorong orang ramai menepati temu janji vaksinasi mereka. Pada tahun lepas, Shopee bersama dengan Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) telah mengumpul kira-kira RM1 juta menerusi sebuah tabung bantuan sumbangan orang ramai bagi menyokong petugas barisan hadapan kesihatan negara.

Bagi komuniti perniagaan, Pang menyatakan bahawa platform e-dagang tersebut telah memperkenalkan Pakej Bantuan Peniaga Shopee bernilai RM15 juta pada bulan April 2020 bagi membantu perniagaan-perniagaan tradisional yang menghadapi masalah aliran tunai disebabkan oleh pelaksanaan perintah kawalan pergerakan. “Berikutan itu, kami memperkenalkan Pakej Pembangunan Marketplace Shopee yang memberi manfaat baucar kedai dan kredit iklan hingga RM1,600 demi membantu penjual Shopee yang sedia ada untuk berkembang di platform ini. Kedua-dua inisiatif ini bukan sahaja mendorong digitalisasi PMKS tempatan tetapi juga mengurangkan kesan buruk daripada wabak ini terhadap perniagaan mereka."

Beliau menambah, selain itu Shopee juga membantu para pengguna dengan menawarkan baucar penghantaran percuma melalui kempen "Stay Home, Stay Safe" untuk memberi rakyat Malaysia akses kepada barang keperluan seperti bahan makanan segar dan beku, bahan memasak, minuman, makanan ringan dan bijirin, susu formula, lampin, produk penjagaan diri, barang keperluan rumah, makanan haiwan peliharaan dan peralatan bagi melakukan kerja dari rumah secara atas talian.

Beli-belah tanpa rasa bimbang pada 9.9 Hari Pembelian Hebat ini di https://shopee.com.my/m/99.

No comments:

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Powered by Blogger.