Satelit Malaysia (MEASAT-3) Ditamatkan Perkhidmatan Setelah Hanyut Di Angkasa

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Satelit Malaysia (MEASAT-3) Ditamatkan Perkhidmatan Setelah Hanyut Di Angkasa

Pengendali satelit Measat-3, MEASAT tidak dapat menyelamatkan satelit itu setelah mengalami anomali pada akhir Jun. MEASAT membuat pengumuman itu dan sekarang ia dalam proses de-orbit yang akan berlangsung dalam beberapa minggu akan datang. 

MEASAT masih tidak dapat mengenal pasti punca anomali itu berlaku dan pihaknya masih menjalankan siasatan dengan pembangun satelit itu, Boeing Satellite Systems. " “Despite maintaining continuous telemetry and command control of Measat-3, further testing and recovery efforts found that the satellite could not re-enter service.

Satelit Malaysia (MEASAT-3) Ditamatkan Perkhidmatan Setelah Hanyut Di Angkasa

Measat-3 mula keluar daripada orbitnya  91.5° darjah Timur pada akhir bulan Jun dan pengendalinya Measat mengakui terjadinya anomali pada pertengahan Julai. Kejadian ini menyebabkan gangguan perkhidmatan sepenuhnya. Measat kemudiannya menyahaktifkan transponder pada satelit itu untuk mengelakkan gangguan dengan satelit lain dan memberitahu Combined Space Operations Centre (CSpOC)

Pada awalnya, perkhidmatan mampu dipulihkan melalui penggunaan penujah sandaran. Bagaimanapun, satelit berkenaan terus hanyut ke arah barat. Pertengahan Julai, MEASAT-3 telah hanyut dari 91.5° ke 84.52°. Hari ini, penjejak satelit merekodkan satelit berkenaan telah hanyut lebih jauh lagi ke 76.06°

MEASAT seterusnya memindahkan pelanggan perkhidmatannya ke satelit MEASAT yang lain dan juga satelit pihak ketiga yang memberikan perkhidmatan di wilayah yang sama. 

Satelit Measat-3d dibina oleh Airbus Defense and Space, berdasarkan platform satelit E3000. MEASAT berharap satelit Measat-3d ini akan mengembalikan kemampuan penyiaran dikawasan serantau pada orbit 91.5 darjah Timur serta menyediakan perkhidmatan jalur lebar yang ditingkatkan sehingga 100 Mbps di kawasan yang mempunyai sambungan terhad di seluruh Malaysia. 


Satelit Malaysia (MEASAT-3) Ditamatkan Perkhidmatan Setelah Hanyut Di Angkasa

Measat-3 telah dilancarkan pada 11 Disember 2006 dari Baikonur Cosmodrome di Kazakhstan, pusat pelancaran yang sama di masa kapal angkasa Soyuz menghantar kru ke Stesen Angkasa Antarabangsa. ExoAnalytic menyatakan bahawa tidak ada objek asing di sekitar Measat-3 yang memberi isyarat pelanggaran yang mungkin menyebabkan masalah perkhidmatan. Satelit itu juga tidak mempunyai risiko perlanggaran jangka pendek dengan objek angkasa lain.  SpaceNews pula mengatakan kemungkinan satelit Measat-3 ini kehabisan bahan bakar lebih awal daripada yang dijangkakan.



 SENARAI SATELIT MALAYSIA

SATELIT

TARIKH DILANCARKAN

 

MEASAT-1 (AFRICASAT-1)

Januari 1996

Dipindah orbit dari 91.5° Timur ke 46° Timur untuk memberi perkhidmatan di kawasan Afrika.

 

Satelit ini telah berhenti berfungi pada April 2013 dan telah 'de-orbit'.

 

MEASAT-2

November 1996

Telah ‘de-orbit’ setelah lebih 12 tahun berkhidmat.

 

TIUNGSAT-1

26 September 2000

Satelit ini merupakan satelit mikro pertama Malaysia.

 

MEASAT-3

12 Disember 2006

 

MEASAT-3a

21 Jun 2009

 

RAZAKSAT

14 Julai 2009

Satelit pemerhati Bumi pertama Malaysia.

Satelit ini gagal berfungsi selepas 1 tahun beroperasi.

 

Satelit ini merupakan satelit pertama dilancarkan oleh SpaceX dengan roket Falcon 1.

 

MEASAT-3b

12 September 2014


Measat Satellite Systems Sdn. Bhd merupakan pengendali perkhidmatan satelit di Malaysia yang memiliki dan mengEndalikan MEASAT (Malaysia East Asia Satellite) dan Africasat. Syarikat ini menyediakan perkhidmatan satelit kepada penyiar antarabangsa terkemuka, paltrform Direct-To-Home (DTH) dan pengendali telekomunikasi. Dengan kapasiti 6 buah satelit, syarikat ini menyediakan perkhidmatan satelit ke lebih dari 150 buah negara yang mewakili 80% populasi dunia di seluruh Asia, Timur Tengah, Afrika, Eropah dan Australia. 



RUJUKAN : 
  • #1https://www.satellitetoday.com/in-space-services/2021/08/06/measat-to-de-orbit-measat-3-after-confirming-total-loss-of-satellite/
  • #2 https://www.space.com/malaysian-satellite-measat-3-doomed-to-fall-from-space
  • #3 http://www.measat.com/
  • #4 https://www.universetoday.com/1063/proton-launches-measat-3-satellite/

0 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment (0)

Previous Post Next Post