Lirik Lagu : Malam Semakin Dingin - Tajul & Afieq Shazwan

Assalamualaikum dan salam sejahtera


LIRIK LAGU : MALAM SEMAKIN DINGIN - TAJUL & AFIEQ SHAZWAN | Lagu Malam Semakin Dingin pernah dipopularkan oleh Achik Spin kini mendapat perhatian semula apabila dua penyanyi lelaki muda menyanyikan lagu ini semula iaitu Tajul dan Afieq Shazwan. Tajul merupakan adik kepada arwah Achik Spin dan lagu ini diberikan nafas baru dengan muzik video terbaru boleh ditonton diruangan bawah artikel ini.

LIRIK LAGU : MALAM SEMAKIN DINGIN - TAJUL & AFIEQ SHAZWAN

Tajuk : Malam Semakin Dingin
Komposer : Aiman
Penulis Lirik : Lukhman S. 


Aku cuba untuk mendekati
Tapi engkau tiada peduli
Tulusnya niat di hati
Mungkin kau tersalah erti

Bukannya ingin merantai dirimu
Ataupun mengikat janji
Masih ada banyak lagi
Harus kau pelajari

(*)
Aku ingin kemesraan
Serta senyum keramahan
Biar kekal berterusan
Tak hilang di tengah jalan

(chorus)
Kau rahsiakan kedinginan
Menyelimuti hati
Aku juga kedinginan
Kerana sikapmu itu

Walaupun setebal mana
Selimut membaluti
Aku masih kedinginan
Sepi tanpa berteman

Kedinginanmu kerana malam
Yang masih lagi panjang
Kedinginanku jauh bandingan
Dengan dirimu

(repeat *)
Usah biar malam tak berteman
Usah biar siang kekosongan
Sudilah kau memahami
Ketulusan hati ini

Andainya ku merajuk bawa hati
Dan kau pun membawa diri
Siapa harus disalahkan
Pasti kita berdua (x3)

MUZIK VIDEO RASMI MALAM SEMAKIN DINGIN - TAJUL & AFIEQ SHAZWAN


Sekian

5 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

Previous Post Next Post