Piala Uber : Sejarah Kejohanan dan Prestasi Pasukan Badminton Malaysia

Assalamualaikum dan salam sejahtera


Piala Uber : Sejarah Kejohanan

Kejohanan Piala Uber merupakan kejohanan badminton berpasukan wanita yang dianjurkan bermula tahun 1957 sehingga kini.  Piala Uber merupakan sebuah trofi yang dianugerahkan kepada pasukan badminton wanita terbaik dunia melalui kejohanan ini yang diadakan setiap dua tahun.

Kejohanan ini diadakan adalah kerana timbulnya desakan untuk menganjurkan kejohanan badminton berpasukan antarabangsa bagi wanita seperti Piala Thomas yang telah bermula pada tahun 1949. Piala ini didermakan oleh Betty Uber iaitu seorang pemain badminton wanita dari England pada tahun 1956 -1957. Kejohanan Piala Uber ini adalah setara dengan kejohanan badminton berpasukan lelaki, Piala Thomas.

Piala Uber : Sejarah Kejohanan

Mulai tahun 1984, kejohanan ini diadakan bersama-sama dengan kejohanan Piala Thomas di lokasi dan waktu yang sama. Kejohanan Piala Uber yang pertama telah diadakan di Lytham St. Annes, Lancashire, Britain pada tahun 1957. Pasukan dari Amerika Syarikat memenangi kejohanan tersebut selepas menewaskan Denmark 6-1 pada peringkat akhir. Pada mulanya kejohanan ini diadakan setiap tiga tahun sehinggalah pada tahun 1986.


FORMAT KEJOHANAN PIALA UBER

Piala Uber : Sejarah Kejohanan

Sepanjang kejohanan ini diadakan, format pertandingan telah diubah beberapa kali. Pada kejohanan pertama, sebanyak 11 pasukan negara akan bertanding mengikut zon terlebih dahulu. Kemudian, tiga pasukan yang menang pada peringkat zon/benua akan melalui pusingan kelayakan, pusingan pertama dan terus ke peringkat akhir. 

Pada kejohanan terawal, sebanyak 7 perlawanan diadakan iaitu 3 perseorangan dan 4 beregu. Kini, hanya lima perlawanan (3 perseorangan dan 2 beregu) sahaja.

Lihat pada info grafik🠋

Piala Uber : Sejarah Kejohanan


Bermula edisi 1984, tuan rumah dan juara bertahan terus layak ke peringkat kumpulan tanpa melalui pusingan kelayakan. Manakala kejohanan kelayakan peringkat benua diadakan untuk menentukan pasukan yang layak ke peringkat kumpulan.

Di kejohanan berikut-berikutnya, 16 pasukan disenaraikan untuk bermain dalam kejohanan Piala Uber. dengan kemasukan pasukan negara adalah mengikut kuota yang disediakan.

Juara dan tuan rumah akan layak secara automatik ke pusingan kumpulan manakala 4 kuota bagi pasukan Asia, 4 kuota bagi pasukan Eropah, 1 kuota bagi pasukan Pan American, 1 kuota bagi pasukan Africa, 1 kuota pasukan Oceania manakala baki 3 adalah kepada pasukan dengan ranking terbaik.


SEJARAH KEJOHANAN PIALA UBER & PRESTASI PASUKAN MALAYSIA

Piala Uber : Sejarah Kejohanan

Sehingga edisi 2018, hanya 5 buah negara sahaja yang pernah merangkul kejuaraan Piala Uber dimana China muncul sebagai pasukan yang paling berjaya dengan 14 gelaran, diikuti Jepun (6 gelaran), Indonesia (3 gelaran), Amerika Syarikat (3 gelaran) dan Korea Selatan (1 gelaran).

Pasukan Malaysia sehingga kini masih belum pernah menjadi Juara dan Naib Juara dan ke peringkat separuh akhir. Sehingga kejohanan Piala Uber 2018, Malaysia telah menyertai kejohanan sebanyak 14 kali.

SIAPA PULA JUARA PIALA UBER 2020?

Piala Uber : Sejarah Kejohanan

Piala Uber 2020 diadakan di Aarhus, Denmark dimana sehingga artikel ini ditulis, pasukan Malaysia berdepan dengan kumpulan maut, dimana mereka telah gagal ke peringkat seterusnya apabila kalah 5-0 kepada China dan 4-1 kepada Denmark. Siapa pula juara Piala Uber tahun ini? Adakah China akan melebarkan kejuaraan mereka? Sama-sama kita nantikan.

Pasukan Malaysia walaupun terkandas di peringkat kumpulan tetapi keberanian mereka membawa pemain muda adalah harus dipuji. Bukan senang untuk mereka yang berada di ranking rendah untuk berlawan dengan pemain ranking top 10 dunia. Semoga pasukan Malaysia dapat bangkit dalam edisi-edisi akan datang.

SEKIAN
RUJUKAN :
  • Google Image
  • Wikipedia

0 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment (0)

Previous Post Next Post