Piala Thomas : Sejarah Kejohanan dan Prestasi Pasukan Badminton Malaysia

Assalamualaikum dan salam sejahtera


Tahukah anda bahawa Malaysia merupakan pemenang pertama kejohanan Piala Thomas yang diadakan pada tahun 1949? Ketika itu, pasukan Malaysia dikenali dengan nama Malaya. Sehingga kejohanan Piala Thomas 2018, pasukan Malaysia pernah menjuarai 5 kali dan 9 kali naib juara. 

Baiklah, artikel kali ini kita akan melihat sejarah kejohanan Piala Thomas ini, Format Kejohanan dan Prestasi Pasukan Malaysia sepanjang kejohanan diadakan.

PIALA THOMAS : SEJARAH KEJOHANAN & PRESTASI PASUKAN BADMINTON MALAYSIA

Piala Thomas
Ketika Malaysia menjuarai Piala Thomas 1992

Kejohanan Piala Thomas merupakan sebuah kejohanan utama badminton peringkat antarabangsa bagi berpasukan lelaki. Kejohanan ini berlangsung setiap dua tahun dan diberi nama Piala Thomas bersempena dengan nama bekas Presiden BWF, Sir George Alan Thomas yang menderma piala ini pada tahun 1939. 

Kejohanan pertama sebenarnya dicadangkan diadakan pada tahun 1941-1942, tetapi Perang Dunia ke II yang sedang berlaku menyebabkan kejohanan ditunda. Kejohanan pertama akhirnya berjaya dilangsungkan pada tahun 1948-1949. Pertandingan bagi berpasukan wanita pula diadakan pada tahun 1956 dan dikenali sebagai Piala Uber.

Pusingan kalah mati menentukan juara, lima perlawanan (3 eprseorangan dan 2 beregu) pada setiap satu peringkat. Pasukan pertama yang berjaya memenangi 3 perlawanan pertama mara ke pusingan berikutnya. Kejohanan pertama diadakan di Queen's Hall, Preston, England. Malaysia (Malaya) menjadi juara bagi kejohanan pertama ini dengan menumpaskan Denmark 8-1 pada perlawanan akhir. 

Piala Thomas

Bagi 12 siri pertama kejohanan ini sehingga tahun 1982, kejohanan ini berlangsung selang tiga tahun sekali. Mulai tahun 1984 kejohanan ini diadakan setiap 2 tahun dan diadakan bersama-sama dengan Piala Uber.

Pasukan Indonesia memenangi Piala Thomas sebanyak 13 kali diikuti China (sepuluh kali), Malaysia (lima kali), Denmark (satu kali) dan Jepun (satu kali). Sehingga edisi  2014, pemenang Piala Thomas terdiri daripada negara Asia, tetapi edisi 2016, pasukan Denmark berjaya menjadi negara Eropah pertama menjuarai kejohanan ini. 


FORMAT KEJOHANAN PIALA THOMAS

Piala Thomas

Pada kejohanan pertama, terdapat tiga kejohanan peringkat benua diadakan menentukan negara yang akan layak dan mewakili benua masing-masing. [Pan Amerika, Eropah dan Pasifik.] Malaysia (Malaya) hanyalah satu-satunya pasukan yang mewakili benua Pasifik. Pada kejohanan pertama sebayak  9 perlawanan perlu dilawan dimana Malaysia berjaya mengalahkan Denmark dengan 8-1. 

Format pertandingan kemudiannya diubah pada edisi 1984, dimana kejohanan Piala Thomas dan Piala Uber diadakan pada waktu dan lokasi yang sama. Kejohanan juga berlangsung setiap duya tahun berbanding setiap tiga tahun sebeleum ini. Jumlah perlawanan juga dikurangkan kepada 5 sahaja iaitu 3 perseorangan dan 2 beregu.

Hanya 8 buah negara sahaja bertanding di pusingan kalah mati dimana pusingan kelayakan benua diadakan untuk memenuhi kuota 8 buah pasukan. Juara bertahan dan tuan rumah akan terus layak ke peringkat kalah mati. Bermula tahun 2004, jumlah kuota pasukan yang layak ke kejohanan ini ditambah menjadi 12 buah pasukan. 

Pada edisi 2014, jumlah kuota pasukan menjadi 16 pasukan. Pada kejohanan edisi 2018, kuota 16 buah pasukan adalah seperti berikut :
  • Tuan rumah & juara bertahan (2)
  • Asia (4)
  • Eropah (3)
  • Afrika (1)
  • Oceania (1)
  • Pan Amerika (1)
  • Ranking BWF (4)
SEJARAH KEJOHANAN & PRESTASI PASUKAN MALAYSIA

Piala Thomas

Sehingga edisi kejohanan terkini hanya lima buah negara pernah memenangi Piala Thomas iaitu Malaysia, Indonesia, China, Jepun dan Denmark. Pasukan Indonesia unggul sebagai pasukan paling berjaya dengan 13 kejuaraan dan 6 kali tempat kedua.

Pasukan China pula mengejar dengan 10 kali kejuaraan dan 2 kali tempat kedua. Malaysia pula menjadi juara sebanyak 5 kali dan naib juara sebanyak 9 kali. Sehingga edisi 2020, Malaysia telah menyertai 28 kali kejohanan ini daripada 31 kejohanan keseluruhan.  

BAGAIMANA DENGAN KEJOHANAN PIALA THOMAS 2020 ?

Piala Thomas

Kejohanan Piala Thomas 2020 yang sedang berlangsung di Aarhus, Denmark ini pastinya merupakan salah satu kejohanan yang menarik untuk dilihat. Setakat artikel ini ditulis Malaysia masih mempunyai peluang untuk layak ke peringkat suku akhir. 

Pasukan manakah akan menjadi juara untuk kejohanan kali ini? Bagaimana perjalanan pasukan Malaysia untuk kejohanan Piala Thomas kali ini? Sama-sama kita nantikan.

RUJUKAN :
  • BWF
  • Wikipedia
  • Google Image

1 comment:

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Powered by Blogger.