Piala Sudirman : Sejarah dan Prestasi Pasukan Badminton Malaysia

Assalamualaikum dan salam sejahtera


Piala Sudirman 2021 sedang berlangsung rancak di Vantaa, Finland. Ketika artikel ini disunting, pasukan Malaysia telah pun layak ke peringkat Suku Akhir. Artikel kali ini adalah tentang Piala Sudirman dan juga prestasi Malaysia di kejohanan ini. Mengapa kejohanan ini dinamakan Piala "Sudirman"? Adakah Malaysia pernah menjadi juara? Sejak bilakah kejohanan ini diadakan? Semuanya akan diceritakan lebih lanjut dalam artikel kali ini. 

SEJARAH KEJOHANAN PIALA SUDIRMAN

Piala Sudirman merupakan sebuah kejohanan badminton bercampuran dunia yang diadakan bagi setiap dua tahun. Terdapat lima perlawanan bagi setiap pusingan iaitu, perseorangan lelaki, perseorangan wanita, beregu lelaki, beregu wanita dan beregu campuran. 

Piala Sudirman : Sejarah & Malaysia

Piala ini dinamakan bersempena nama bekas pemain badminton Indonesia Dick Sudirman. Selain itu, beliau juga merupakan pengasas bagi Persatuan Badminton Seluruh Indonesia (PBSI). Kejohanan pertama berlangsung pada 24-29 Mei 1980 di Stadium Bung Karno, Jakarta, Indonesia. Sehingga kini 16 kejohanan telah dijalankan, dan kejohanan Piala Sudirman 2021 merupakan edisi ke 17.

Lebih menariknya, kejohanan ini tiada hadiah wang yang ditawarkan kepada pemain, tetapi para pemain bermain untuk mengharumkan nama negara masing-masing selain dapat memperoleh mata ranking dunia BWF. 

FORMAT KEJOHANAN 

Format awal, setiap pasukan dibahagikan kepada beberapa kumpulan tetapi hanya pasukan dalam Kumpulan 1 sahaja akan bertanding merebut piala kejohanan, manakala pasukan lain dalam Kumpulan lain bertanding untuk dinaikkan kedudukan. Hanya 6 pasukan bertanding dalam  Kumpulan 1 sehingga tahun 2003, sebelum ditambah kepada 8 pasukan pada tahun 2005 dan kemudiannya kepada 12 pasukan pada tahun 2011. 

Piala Sudirman : Sejarah & Malaysia

"Sistem Promosi dan Turun Kedudukan" melalui kumpulan ini kali terakhir digunakan pada kejohanan tahun 2009.

Piala Sudirman : Sejarah & Malaysia

Format kejohanan pada tahun 2021 ditukar lagi dimana hanya 16 pasukan sahaja akan bertanding berbanding 32 pasukan sebelum ini. 16 pasukan ini akan dibahagikan kepada 4 kumpulan dan seperti biasa, kejohanan bermula dengan peringkat penyingkiran dalam kumpulan, suku akhir, separuh akhir dan akhir


PIALA SUDIRMAN 2021

Piala Sudirman : Sejarah & Malaysia

Seperti yang sudah sedia maklum, Piala Sudirman 2021 menggunakan format yang baru. Pusingan kelayakan adalah berdasarkan kejohanan pada peringkat benua. (Asia, Eropah, Pan Amerika, Africa dan Oceania) Malangnya, pandemik Covid-19 menyebabkan kejohanan peringkat benua tidak dapat dijalankan dan hanya benua Eropah sahaja yang berjaya menganjurkannya. Oleh itu, kelayakan bagi Piala Sudirman 2021 adalah menggunakan ranking negara BWF. 

Kejohanan tahun ini berlangsung di Finland dan sebenarnya pasukan Finland tidak berjaya menjadi peserta dan hanya menjadi menjadi pasukan simpanan. Mereka berjaya sertai setelah pasukan Perancis menarik diri, dan slot itu diisi oleh pasukan Finland. 

Selain pasukan Perancis, pasukan Australia turut menarik diri daripada kejohanan ini. Pasukan New Zealand ditawarkan untuk mengisi slot tetapi menolak, akhirnya pasukan Tahiti ditawarkan tempat mewakili benua Oceania.

SEJARAH PASUKAN MALAYSIA DI PIALA SUDIRMAN

TAHUN

 

TUAN RUMAH

JUARA

KEDUDUKAN MALAYSIA

NOTA

1989

Jakarta, Indonesia

Indonesia

9 / 28

 

1991

Copenhagen, Denmark

Korea Selatan

9 / 35

 

1993

Birmingham, England

Korea Selatan

10 / 40

 

1995

Lausanne, Switzerland

China

Tidak Sertai

 

1997

Glasgow, Scotland

China

7 / 59

 

1999

Copenhagen, Denmark

China

6 / 50

 

2001

Seville, Sepanyol

China

11 / 53

 

2003

Eindhoven, Belanda

Korea Selatan

8 / 50

 

2005

Beijing, China

China

9 / 41

 

2007

Glasgow, Scotland

China

6 / 48

Format Ditukar

2009

Guangzhou, China

China

3 / 34

Format Baru

(Separuh Akhir)

2011

Qingdao, China

China

5 / 33

(Suku Akhir)

2013

Kuala Lumpur, Malaysia

China

9 / 30

Tersingkir Peringkat Kumpulan

2015

Dongguan, China

China

5 / 35

(Suku Akhir)

2017

Goald Coast, Australia

Korea Selatan

5 / 27

(Suku Akhir)

2019

Nanning, China

China

5 / 31

(Suku Akhir)


Melihat pada jadual diatas, pasukan Malaysia belum berjaya menjuarai kejohanan ini dan kejohanan terbaik yang disertai adalah ketika tahun 2009, dimana pasukan Malaysia berjaya menjejakkan kaki sehingga ke peringkat separuh akhir.


TRIVIA

# Pasukan China merupakan pasukan paling berjaya apabila menjadi johan Piala Sudirman bagi 11 kali, diikuti Korea Selatan dengan 4 kemenangan, dan Indonesia dengan 1 kemenangan. 

# Piala Sudirman tidak pernah dimenangi mana-mana negara bukan Asia dan Denmark merupakan antara negara Eropah yang hampir menjuarainya.

# Sepanjang sejarah kejohanan Piala Sudirman ini, hanya 8 negara sahaja yang pernah capai sehingga ke pusingan separuh akhir iaitu China, Denmark, England, Indonesia, Korea Selatan, Malaysia, Thailand dan Jepun

PIALA SUDIRMAN 2021

Bagaimana dengan kejohanan Piala Sudirman 2021 kali ini? Adakah pasukan Malaysia berpeluang menjadi juara? Bagaimana dengan negara-negara lain? Adakah China akan mengungguli kejohanan ini buat kali ke 12? Sama-sama kita nantikan.

RUJUKAN : WIKIPEDIA / GOOGLE IMAGE

1 comment:

  1. Terima kasih atas perkongsian. Good luck untuk team Malaysia. Masa saya sekolah dulu, saya ingatkan Piala Sudirman ni sempena Allahyarham Sudirman Hj Arshad.

    ReplyDelete

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Powered by Blogger.